Semoga catitan di blog ini dapat memberi perubahan positif kepada saya dan pengunjung blog ini.
Isnin, Jun 30, 2025
UiTM Jun 2025 (2)
UiTM Jun 2025
ITM Jun 1985
Memori 40 tahun dulu. Memori di shah alam. Sebelum ada bas mini. Belum ada gerai makan di seksyen 2 shah alam.
Terlihat kawan lama duduk di jalan naik ke perindu. Kawan semasa darjah 1. Kawan semasa sekolah menengah di kualer. Anak kpd bekas pengarah itm, dan bekas nc uum dan upsi.
Terlihat nama seorg kawan lama di senarai kelas sama. Kawan sekelas semasa darjah 1. Ketua kelas semasa darjah 1. Berjumpa semula setelah lebih 10tahun. Anak kpd seorg drpd profesor yg tubuhkan ukm.
Alhamdulillah kedua2 kawan lama ini masih sihat sejahtera. Masih berpeluang berjumpa lebih kerap berbanding dahulu.
Isnin, Jun 16, 2025
Memori ITM
ITM Jun1985 - UiTM Jun2025
40 tahun. 4 dekad. Secara langsung dan tidak langsung bersama ITM dan UiTM. Dari umur 18tahun sehingga 58tahun.
Bermula dari jun 1985, sebagai pelajar diploma perakaunan. Kelas di bangunan akademik 2, bangunan baru. Setiap kali lalu di bangunan ini, terbayang mereka yg turut sama bersama. Ada yg dah tiada.
Bermula duduk di asrama jati. Tak ingat blok b atau c. Medan selera seksyen 2 belum dibina. Terdapat penjual2 makanan di luar jati. Jati pun dah 8 tahun tiada, dirobohkan. Tapi memori masih jelas di hati.
Ahad, Jun 15, 2025
Arahan dan Teguran
Biasanya arahan tidak boleh ditegur. Terutamanya arahan dari atas, yg dibawah tidak boleh tegur. Jika org bawah tegur, biasanya teguran yg negatif, org bawah akan dihukum secara negatif.
Dlm cerita a bridge too far, org bawah tegur kewarasan arahan org atas, seorg 5bintang. Teguran sbg waspada terhadap nyawa lebih 35ribu tentera. Seorang bawahan pangkat leftenan yg tegur utk berhati2 telah diarahkan utk cuti sakit.
Seorg ketua perlu terima pandangan pelbagai. Nilaikan dan buat keputusan. Elak bodoh, sombong.
Isnin, Jun 09, 2025
Bangau dan KPI
Ada suruh tanya hud2. Tapi ramai biasa tanyakan bangau. Tentang kpi, ttg kemalangan, tentang seronok dan sejahtera.
Pelbagai faktor mempengaruhi risiko kemalangan kerja, kemalangan perjalanan kenderaan darat. Kesihatan pemandu, keadaan kenderaan, keadaan jalan - bentuk, kualiti, pencahayaan, papantanda, kelurusan, dll.
Tanyalah bangau, apakah kpi perjalanan yg selesa? Siapakah beramanah ttg kpi perjanan yg selesa, selamat, seronok? Polisi dan prosedur tanpa pelaksanaan dan pemantauan adalah punca risiko kemalangan berlaku.
Bas dan KPI
Saya pernah bertanya kpd pemandu bas ekpres ttg bilakah mereka dpt hari berehat drpd bekerja. Saya andaikan, selepas sehari pergibalik libatkan 2 trip, pemandu berehat sehari.
Jawapan pemandu, selepas bekerja 4 hari berturut2, iaitu minima 8 trip pergi dan balik, mereka akan diberi rehat sehari. Pemandu ini purata bersama pemandu bersama, akan memandu perjalanan sejauh hampir 500km dgn bbrp hentian selama hampir 10jam satu trip, bergantung kpd keadaan trafik.
Setiap pemandu dlm perjalanan berehat 5jam. Sampai di destinasi akhir, ada rezeki, rehat 2jam, sebelum sambung trip seterusnya utk kerja sehari. RnR yg baik, kenderaan yg selesa, jalan yg lebar dan berturap kemas, lampu jalan dan panduan yg jelas dan terang, antara yg dpt kurangkan risiko perjalanan.
Kejar, Kerja dan KPI
Ahad, Jun 08, 2025
Penat dan Malas
Penat biasa dilihat sbg hasil drpd usaha. Penat biasa dikaitkan sbg positif. Malas biasa dilihat sbg keadaan sebelum berusaha. Malas juga biasa dilihat sbg negatif.
Adakala penat berbeza dgn malas. Adakala penat ada kaitan dgn malas. Ada sebuah buku tulisan seorg psikologis bertajuk penat. Saya tak pasti sudah adakah buku bertajuk malas.
Melayu dicanang sbg pemalas. Melayu jarang dicanang penat dgn kerja. Tapi melayu sebenarnya rajin. Apabila penat setelah pelbagai usaha dilakukan, janji manis di mulut shj, ramai jadi malas. Penat dan malas dgn yg kononnya jadi ketua, tetapi tidak amanah.
Raya dan Jalan
Kalau tak berjalan utk beraya, kita dikatakan tak beraya. Berjalan utk beraya dulu2 ada yg sama dgn sekarang. Ada yg berbeza berjalan dahulu dgn sekarang.
Dulu2, ramai betul2 berjalan, jalan kaki utk beraya. Ada pelbagai sebab kenapa ramai berjalan kaki. Rumah2 utk dilawati dekat2 shj. Ramai dulu2 tinggal di dalam satu kawasan shj. Satu kampung.
Sekrg, atas pelbagai faktor, berjalan utk beraya ramai gunakan kereta. Balik ke kampung dari tempat kerja. Balik ke kampung dari tempat belajar. Dan jalan raya akan jem raya. 1445h, raya puasa balik dari kampung, perjalanan saya 15jam. Raya haji dari kampung, 11jam shj.
Raya dan Keluarga
Raya dan keluarga adalah satu pasangan kembar. Biasanya kita beraya dgn keluarga kita. Kita akan usahakan sewal yg mampu utk dapat beraya dgn keluarga.
Raya ada pelbagai maksud. Sambut hari kebesaran dlm islam. Sesuatu yg besar drpd biasa. Raikan acara dgn besar. Raya adalah besar?
Beruntung yg dapat beraya dgn keluarga. Keluarga tidak mesti ada pertalian darah daging. Keluarga biasa juga mereka yg amat rapat dgn kita. Umpama kawan karib. Keluarga adalah mereka yg kita selesa berada bersama mereka.
Raya Haji 1446h
Raya haji atau juga dikenali sbg raya korban. Raya haji sebab raya sambut ibadah haji. Raya korban sebab raya yg ada ibadah korban.
haji adalah satu drpd rukun islam. Korban bukan rukun islam. Tunaikan haji jika mampu. Tunaikan korban jika mampu. Ramai lebih mampu lakukan korban.
Raya haji 1446h berbeza dgn raya haji 1444h dan 1445h bagi saya. 1444h raya kedua saya balik ke kelantan. 1445h raya kedua saya balik ke kl. 1446h raya kedua saya dah di kl sebab sehari sebelum raya haji saya balik ke kl.