Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Ogos 31, 2024

Pemimpin dan Keputusan

Seorg pemimpin mesti buat keputusan. Keputusan utk tetapkan matlamat, tentukan strategi capai matlamat, laksanakan perancangan, dan semak semula tindakan dan pencapaian. POLC atau PDCA.

Walaupun tidak nyata keputusan adalah satu keputusan, tanpa keputusan bertulis akan beri risiko kpd pencapaian matlamat. Risiko kpd pekerja dan org bawahan yg perlu jalankan arahan.

Ramai ingin jadi pemimpin. Tapi sebenarnya adalah ketua. Yg takut buat keputusan sebab takut hilang populariti.

Khamis, Ogos 22, 2024

Sihir dan Sifir

Sihir dikaitkan dgn ilmu hitam. Dikaitkan menggunakan perantara utk niat buruk kpd org lain, niat baik kpd diri sendiri, dgn menolak tuhan yg esa ke tepi. Sihir dikaitkan dgn syirik, sebab memohon pertolongan dgn mengandaikan makhluk tuhan sama kuasa atau lebih berkuasa drpd tuhan.

Sifir adalah kira2. Berkaitan hisab. Yg amalkan sihir berkira2 utk kebaikan diri di dunia, tapi tolak ke tepi atau abaikan kira2 utk sejahtera di akhirat. Pengamal sihir hanya ingin sifir dunia.

Sihir dan sihir berkait ttg kaya dunia, spt pangkat, jawatan, gelaran, harta, kuasa utk diri, tetapi aniaya org lain. Mereka sebegini ada inferiority complex. Mereka sombong, tamak, dengki, kedekut ttg dunia kerana bodoh akhirat?

Ahad, Ogos 11, 2024

Sukan & Complex

Kita biasa dengar kompleks sukan, atau sports complex, dari sudut fizikal. Biasanya ttg pembinaan dan pembangunan infrastruktur, utk pembangunan, persediaan, penganjuran, pertandingan, berkaitan sukan.

Ada juga yg faham ttg sukan dan kompleks, tapi dari sudut psikologi. Kompleks yg berkaitan adalah superiority complex dan inferiority complex. Ramai terlibat dlm sukan utk menukar inferiority complex dlm diri kpd superiority complex. Secara sportsmanship. Jika dilakukan secara beretika dan bermoral, ianya dipuji dan dihormati.

Tetapi, ramai juga ingin jadi superior, tapi secara tidak beretika dan tidak bermoral. Secara gamesmanship. Sanggup lakukan apa sahaja, janji menang. Walau pun menipu, tidak jujur. Kerana sentiasa ada inferiority complex. Tak mahu ada yg lebih baik, lebih bagus drpd dia. Sebab narsistik? Sebab tamak, dengki, kedekut, sombong, bodoh.

Jika pertandingan adalah bias, tidak adil, tidak saksama, kita ada pilihan. Sertai juga, sertai dan cuba perbetulkan, atau tarik diri. Either you join them, or you beat them, antara pesanan yg kerap kita dengar juga.

Rabu, Ogos 07, 2024

Ruang Solat Jumaat

Biasanya, solat jumaat didirikan di masjid. Sekarang, banyak surau yg binaan tersendiri, bukan dlm bangunan lain, dibenarkan utk didirikan solat jumaat. 

Bangunan tabung haji dah lama diberi kebenaran dirikan solat jumaat. Begitu juga surau di pwtc, di klia. Tetapi adakah shopping mall, kompleks, hotel yg dibenarkan dirikan solat jumaat?

Solat jumaat tidak perlu bangunan besar dan luas, yg boleh muatkan ratusan atau ribuan jemaah. Cukup yg boleh penuhi syarat sah/wajib utk dirikan solat jumaat. Elak berbangga dgn bangunan besar, cantik, dan kos yg mahal2 shj. Utamakan substance over form.

Bukan mudah utk jemaah pada hari bekerja ke masjid. Isu masa, parking, perjalanan dll. Jika dibenarkan di bangunan spt mall, shopping komplex, dewan/balai org ramai, memudahkan jemaah tidak tergesa2 pergi dan balik utk solat jumaat. Saya beberapa solat jumaat di ruang gimnisium sekolah indonesia di kl.

Jumaat, Ogos 02, 2024

SCOp

SCOp adalah 3 asas dlm ekonomi. Scarcity, iaitu kekurangan, kekangan atau terhad. Choice, atau pilihan dan keputusan. Opportunity cost atau kos melepas, jika telah dibuat pilihan.

Kehidupan juga berkait dgn SCOp atau KPKm. Sumber utk kehidupan hampir semuanya terhad, spt masa, umur, sihat, kekayaan. Perlu kpd bimbingan dan panduan.

Jangan bodoh sombong, bertanyalah. Jangan tamak, kedekut, berdengki. Semua sumber adalah pinjaman dan sementara.

Khamis, Ogos 01, 2024

Iqra dan Ilmu

Ramai faham iqra sbg baca. Iqra perlu berkait dgn komunikasi, dgn bahasa. Tanpa keupayaan berkomunikasi, dgn bahasa sbg medium, tiada perkongsian ilmu.

Jika kita lemah atau tidak faham bahasa yg digunakan pengajar, ilmu yg kita dpt mungkin sedikit atau tiada. Maka kemahiran berkomunikasi dan menguasai bahasa yg digunakan dlm perkongsian ilmu amatlah penting.

Iqra berkait dgn mendengar, mengulang apa yg didengar. Jika kita pekak secara fizikal, masih boleh berkomunikasi. Tapi jika pekak bukan fizikal, susah nak berkongsi ilmu. Antara pekak bukan fizikal adalah sombong.