Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Ogos 20, 2026

Taksub dan Tak Suka

Taksub dikaitkan dgn percaya dan yakin. Apabila taksub dgn seseorang atau sesuatu, jarang nak percaya, yakin, hormat dgn yg lain. Taksub berkait fanatik, ekstrem.

Tak suka juga berkait taksub. Jika dah taksub dgn seseorg, atau sesuatu, kita suka dan percaya dgn seseorg atau sesuatu tersebut. Dan kita tak suka kpd mereka dan apa shj yg selain drpd yg kita taksubkan.

Lawan tak suka adalah suka. Tiada perkataan sub berlawanan dgn taksub. Kita diingatkan, ada yg kita suka, tak elok utk kita. Ada yg kita tak suka, baik utk kita. Ilmu penting utk pastikan yg terbaik utk kita.

Selasa, Ogos 18, 2026

Lembaga dan Saka

Saka di sini berkait pusaka. Ada sebut pesaka. Lembaga berkait saka. Saka berkait amanah.

Saka diperturunkan. Ada lembaga adalah juga saka. Saka mesti dijaga dgn baik. Jika tak mampu jaga dgn baik, pulangkan shj. Itulah sifat beramanah.

Tapi ada lembaga lupa dgn saka. Apabila terasa kononnya lebih baik, ada gelaran dan jawatan dunia. Kononnya sombong dgn jawatan dan status lebih baik dan tinggi berbanding yg memberikan amanah kpd lembaga. Maka lembaga berubah jadi entiti buruk, busuk, jahat, hina.

Lembaga dan Amanah

Lembaga dlm  bahasa inggeris adalah board. Ianya juga berkait dgn entiti. Kita biasa kaitkan entiti dgn makhluk bukan manusia. Makhluk jahat.

Dlm organisasi, lembaga terdiri drpd manusia, dipilih mewakili ramai. Biasanya dlm syarikat perniagaan, mewakili pemilik saham. Tugas utama lembaga adalah jaga kepentingan pemilik saham, atau pihak berkepentingan.

Lembaga dlm syarikat persendirian jarang disoalkan amanah mereka. Syarikat milik sendiri, keluarga jarang org luar peduli. Kecuali jika melibatkan urusan masyarakat dan negara.

Ahad, Ogos 16, 2026

Suka dan Saku

Kita suka jika seseorg atau sesuatu itu buat kita senyum gembira. Biasanya buat saku kita senyum. Buat saku kita penuh.

Pelbagai cara utk seseorg atau sesuatu buat saku kita penuh. Ada guna saka. Ada guna sakau. Ada guna suku. Ramai hanya ingat dunia utk suka kerana saku penuh. Ada yg suka kerana rm50. Ada yg suka kerana kain pelikat.

Janji saku penuh. Maka banyak berlaku bijak sudah ke sana. Kita jadi bodoh. Di pukau dgn yg sakau. 

Rabu, Ogos 12, 2026

Jam Tangan

Masa dulu2, tak ramai pakai jam tangan. jika seorg murid sekolah ada jam tangan, ia bermakna pemakai adalah seorang yg berjaya.
Biasanya jam tangan adalah hadiah utk kejayaan peperiksaan.

Saya pernah dapat hadiah jam tangan kerana berjaya ke sekolah asrama. Semasa di itm, saya jarang pakai jam tangan. Jadi ada alasan utk tanya masa kpd kawan perempuan yg pakai jam tangan.

Sekrg sangat mudah  dan murah utk beli jam tangan. Dulu2, jam tangan murah dibeli di jalan petaling. Model copy tak ori. Walau apa pun harganya, masa ditunjukkan jam tangan adalah sama.

Gugha Bewok

 media sosial berkait dgn komunikasi. komunikasi ada yg baik, ada yg kurang baik. ia mungkin bergantung kpd niat/persepsi penghantar maklumat dan/ atau penerima maklumat.

ramai yg guna media sosial utk ber'gugha bewok'. bahasa bakunya, bergurau biawak. bermaksud, bergurau yg boleh membuat org terasa mesej secara negatif. yg terasa mungkin pihak pertama, kedua, dan/atau ketiga. persepi mereka dlm komunikasi mungkin sama atau berbeza. tapi jika kesan adalah negatif, molek elak berkomunikasi.

tidak kira umur, persepsi negatif terhadap mesej akan membawa kpd persepsi negatif kpd yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dlm komunikasi. walau pun yg terlibat mungkin berkata, saja nak suka2, tapi kesan negatif akan kena kepada semua yg terlibat. gugha bewok boleh bawa kpd pernyataan, gilo babi.

Selasa, Ogos 11, 2026

Pencen dan Timbangan

Pencen berkait timbangan. Pilihan dan keputusan. Sebelum bekerja, semasa bekerja, selepas bekerja.

Ramai faham faham pencen adalah selepas berhenti bekerja, hidup tetap bersara. Masih ada pendapatan bulanan. Dibayar oleh bekas majikan. Maka pencen diterjemahkan sbg bersara.

Ramai menasihatkan dan dinasihatkan utk bekerja dgn kerajaan. Banyak kelebihan. Terutamanya tentang pencen. Tapi sekarang, bekerja dgn kerajaan tiada jaminan ada pencen. Maka ramai yg timbang semula bekerja dgn kerajaan.

Isnin, Ogos 03, 2026

Had Umur Sebagai Ketua

Mungkin elok ditetapkan had umur sbg ketua organisasi. Terutama sbg ketua bergaji di organisasi bukan milik 100% seseorang.

Jawatan sbg ketua, bukan sbg kemati. Atau juga sbg kesakit. Elak jawatan tetap dan berpencen. Terutama jawatan tertentu bukan jawatan hakiki.

Mungkin elok bg jawatan ketua di organisasi tertentu, had umur sbg ketua adalah 65 tahun. Nak elak buat benda sama, tapi harapkan hasil berbeza.

Satu untuk Kau

Satu utk kau, 2 utk aku. Satu utk kau, 10 utk aku. P ramlee bercerita umpama twilight zone. Umpama simpson utk caucasian?

Minggu2 ni banyak berkait dgn cerita nujum pak belalang. Berkait dgn huruf s. Sakau, saka, soko, siku, suku, suka, sibuk. Pi mai pi mai tang tu juga.

Sekali tertipu, sbb tidak bijak. Sbb tak sangka. 2 kali tertipu, sbb bodoh. Dah tau penipu, percaya juga. Mungkin juga umpama anjung dgn bayang2?

Ahad, Ogos 02, 2026

MM

Mm juga ada banyak makna. Terjemahan huruf atau perkataan, atau ayat bergantung kpd ilmu kita. Berkait dgn minat dan suka kita.

Mm di sini berkait dgn malu mata. Malu mata pula biasanya bagi org kelantan, malu nak berjumpa. Ada juga kata malu nak tegur seseorang. Mungkin kerana salah, silap, sombong kita.

Mm umpama kita malu nak telan air yg telah kita ludahkan ttg perkara, ttg org. Bayangkan kitah telah ludah, hina seseorg, dan kita perlu jumpa org tersebut utk beri kita sesuatu.

SS

Ss ada banyak makna. Syok sendiri. Ringkasan utk kelok bekalan (supply graph/line) dlm ekonomi.

Ss juga bermakna suka senang. Ramai drpd kita suka senang. Walau pun yg suka susahkan diri. Suka senang biasanya kita akan lalukan sesuatu utk senangkan diri kita. Senangkan mereka yg kita suka.

Ramai suka kpd mereka yg senangkan kita. Yg boleh kita seronok dan sejahtera. Tapi ramai hanya fikir senang dunia. Maka ramai yg tidak amanah dlm timbangan hisab.

Ahad, Julai 26, 2026

Baik Ada Makna

Dlm cerita madu 3, 'baik ada makna' ayat bakal mertua abg jamil. Yg memuji abg jamil, bakal bini baru, puji abg jamil baik.

Apabila kita suka, kita akan puji. Pihak ke3 akan ingatkan udang di sebalik batu. Banyak yg manis ada mudaratnya. 

Musim prn, pru dll pilihan bnyk janji manis. Banyak gula2. Tapi ramai yg menang akan buat, habis madu, sepah dibuang. Tapi masih ramai yg termakan janji manis.

SuPer YAman

SuPer, suka dan percaya. Boleh bermula dgn suka, baru percaya. Ada mula dgn percaya, baru suka.

SuPer juga berkait dgn YAman. Yakin dan  amanah. Dan akhirnya aman. Kita ingin hidup aman. Kita juga ingin mati aman. Dan, kita aman di akhirat.

Prn, pru, dan setiap pemilihan, hasilnya kita ingin aman. Calon yg berjanji mesti amanah. Biasanya menang kerana SuPer YaMan, yakin dgn kata2 dan janji manis.

Rabu, Julai 22, 2026

MC x2

Mc, medical certificate biasanya rujuk kpd sijil sakit. Dokumen drpd doktor yg nyatakan kita tidak sihat. Dan kita layak dpt ml, medical leave - cuti sakit.

Mc yg biasa bg saya adalah nama sekolah saya. Biasanya disebut penuh, mckk. Biasa juga kami panggil, sekolah melayu jalan stesen, smjs.

Hujung minggu yg lalu adalah obw di mckk. Mungkin kerana terlampau seronok. Mungkin kerana 4 hujung minggu berturut2 outstation. Maka saya dapat mc. 

Semasa mckk obw, saya kena vertigo, muntah2. Rupa2nya tekanan darah tinggi. Bacaan 2hari selepas vertigo dan muntah kali pertama; 164/100. Peringatan utk berehat. Usia nak masuk 60, lambat tempoh rest and recover.

Isnin, Julai 20, 2026

Sesejuk Angin Kuala 2026

Sesejuk angin kuala 2026 (ssak26) membawa pelbagai memori. Suka dan duka. Memori 8084.

Bermula sbg form 1, powae as per arwah makcik kemut di kantin new school. Berakhir, untuk sementara sbg form 5, (tiada panggilan pompai oleh makcik kemut di carpet).

Ada yg masih pulang ke kuala pada 2026. Ramai telah tiada, hanya memori. Termasuklah makcik kemut dan keluarga. Tapi angin kualer masih lagi sejuk. 

Ketibaan disambut dgn hujan. Kabus tebal di awal pagi di bukit2 keliling kualer. Hujan juga sekali sekala semasa di kualer. Sehingga berjumpa lagi kualer coolland kangsar.

A dan Kehidupan

Usia kehidupan bermula dlm kandungan. Seterusnya dilahirkan, melalui kehidupan, dan berakhir dgn kematian.

Bermula dgn dipanggil sbg anak, adik, abg. Gelaran seterusnya sbg ayah, acik, atok. Berakhir dgn arwah atau almarhum.

Semasa OBW di kualer, di koleq, peringkat usia setahun sebelum 60, panggilan diterima lebih bnyk sbg acik. Panggilan sbg adik atau abg hanya drpd kawan2 yg julat usia 10tahun.

R&R dan Sihat

Biasanya di laluan lebuhraya. Spt di plus, lpt. Tujuan utk pemandu rest and recreate/ rehabilitate. Atau utk rehat dan rawat diri.

R&r utk segar dan sihat. Jika tidak sihat, penat, mengantuk, molek kita r&r. Elak paksa diri yg tidak sedia lakukan perkara2 yg nampak mudah, tapi berisiko kpd diri yg penat.

4hujung minggu berturut2 saya ke luar stesen. Stesen terbaharu ke KK. Walaupun tidak memandu, terkena vertigo. Dan muntah. R&r juga utk rest and recover. Lagi tua lagi lambat baikpulih. Perlu rehat lebih lama.

Rabu, Julai 15, 2026

BJK

BJK biasa digunakan sbg ringkasan bijak. Bjk juga ada 3 perkataan berkait dlm kehidupan. Bahagia, jaya, dan kaya. 3 elemen kehidupan yg ramai impikan.

Diantara bjk, yg mana pilihan utama? Ramai ingin kaya, biasanya kaya harta. Ramai juga ingin jaya, berjaya dlm kehidupan. Ramai juga ingin bahagia dlm kehidupan.

Diantara bjk, yg mana merangkumi kedua2 yg lain? Bjk berkait rezeki. Doa kita ingin sejahtera dunia dan akhirat.

H2 Helo dan Holo

Antara 2 perkataan biasa digunakan org kelantan adalah helo dan holo. Dua2 berkait dgn komunikasi. Minima libatkan 2 orang.

Demo helo la kawae. Apo2 helo jah. Call. Telefon. Hubungi melalui panggilan telefon. Jika diberitahu begitu, bermakna yg beritahu yakin dan percaya dgn kita.

Holo la sikit. Acu holo. Biasanya kalau pergi kenduri kahwin. Org politik biasa buat. Terutama semasa melawat. Holo adalah hulur. Biasanya hulur duit. Tapi ada juga di meja makan, kita minta, acu holo budu tu ko ambo.

GM Gua Musang

GM adalah satu bandar penting di Kelantan.
Dari GM boleh ke CH, ke Jeli, ke Kuala Lipis, ke Tasik Kenyir. Ada laluan jalanraya, laluan keretapi, dan bakal siap LTU.

GM mempunyai pelbagai hasil primer mengikut kiraan pendapatan negara. Hasil semula jadi dari alam sekitar amat pelbagai. Emas, kuari batu kapur, durian, kelapa sawit, dll. Balak juga antara hasil dari GM.

GM ada bandar lama dan bandar baru. Simpang 3 utama GM antara 'bottle neck' semasa cuti raya, cuti sekolah, cuti am. GM mmg tempat laluan gi mari org kelantan dan bukan kelantan.

CH

CH adalah huruf yg terpampang di kenderaan spt 4x4 dpt dilihat di cameron highlands. Kenderaan ch biasanya terlibat dlm industri pertanian. Dan cameron highlanfs - ch adalah antara lokasi besar utk pertanian kerana suhunya yg rendah sesuai utk tanaman spt sayuran.

CH juga antara lokasi pelancongan kerana suhunya yg rendah. Setelah hampir 10tahun tak ke ch, perubahan amat ketara. Banyak bangunan penginapan dan komersil telah dan sedang dibina. Fasiliti spt tempat makan, stesen minyak, parkir, dll makin banyak.

Di CH, terasa spt berada di luar negara. Selain suhu sejuk, pilihan makanan dan buah2an yg pelbagai, CH juga tumpuan warga asing. Sama ada sbg pelancong atau sbg pekerja.

Sabtu, Julai 11, 2026

Beli atau Sewa

Mana lebih baik? Mana lebih murah? Beli atau sewa utk rumah, kereta.

Cara mana adalah pelaburan? Cara mana adalah perbelanjaan. Cara mana utk kaya? Cara mana utk bahagia? Ada rumah, ada kereta utk apa?

Boleh rujuk tulisan dgn membaca. Boleh rujuk pakar kewangan. Boleh rujuk keluarga. Boleh rujuk agamawan. Boleh rujuk jutawan. Jangan rujuk saya.

T2

T2 adalah satu model kereta china. Antara model jenama china yg laris sekrg sbb harga rm160k. Model jenama lain mirip T2 ada berharga rm800k, ada berharga rm2j.

T2 juga adalah taktik dan teknik. Taktik adalah pelan. Teknik adalah kemahiran. Digunakan bersama2, 2T ni amat berguna dan berkesan.

Taktik boleh dikatakan umpama teori. Teknik adalah umpama amali. Jika diguna secara berasingan, kualiti dan kuantiti tidak mungkin tercapai semaksima termampu.

Jumaat, Julai 10, 2026

Jual Diri

Berniaga amat digalakkan. Sama ada jual barang atau sediakan perkhidmatan. Ada juga yg jual barang dan sediakan perkhidmatan.

Jika seseorg disebut sbg jual dirinya, biasa diandaikan sesuatu kerja yg tidak baik. Dan jika jual jiwa atau ruh, ianya satu kerja yg amat dikeji. Jual diri umpama tidak amanah kpd diri.

Jika berniaga, barangan atau khidmat, jual secara beramanah. Saya 'terbeli' janji utk sewa bilik. Tapi penjual tidak munculkan diri. Saya disidai selama 2jam. Alhamdulillah dpt bilik seblm keluarga sampai. 

Khamis, Julai 09, 2026

Saing Lamo

Saing bukan bermakna lawan shj. Saing juga bermaksud kawan bg org kelantan. Saing boleh sokong atau jatuhkan kita.

Beberapa hari lepas, seorg saing lamo telefon saya. Mendengar suara beliau, masa kembali ke 1985. Kajian perakaunan itm. Saya kelas e. Beliau kelas f. Kami sama2 di hostel jati. Saya blok b, beliau blok d. Blok yg mengadap blok e, blok siswi.

Saing jika disebut lain sedikit bermaksud seiring. Bersama2 lalui cabaran. Bersama2 ambil peluang. Alhamdulillah saing ambo ni saya andaikan berjaya dlm kehidupannya, sebagaimana ramai kawan2 lepasan dia itm.

Udang dan Petang

Biasanya makan udang dgn nasi. Udang butter. Gulai udang. Udang bakar makan secara bbq. Ada kala makan udang dgn mee, bihun, kue tiaw.

Udang biasa dimakan di waktu malam. Tapi ada juga makan di waktu tengahari. Sekali sekala di waktu petang, uct. Udang celup tepung. Kalau singgah di penarik, selain uct, pekena sct, ict, nasi air. Beserta air nyo.

Petang tadi makan udang. Durian udang merah. Harga sekrg dah harga bolehlah rasa. Nak sedap, makan durian tak kira jenisnya, dgn pulut. Bersama santan dan gula.

Isnin, Jun 29, 2026

Kereta dan Kampung

Memang seronok balik kampung. Terutama musim perayaan dan kenduri. Jika lebih drpd seorg, lebih jimat balik kampung naik kereta.

Ramai nilai seseorg berdasarkan kereta yg dipandu. Jika balik kampung dgn kereta baru, atau jenama tertentu, org kampung andaikan pemandu dan keluarganya berjaya dlm hidup.

Saya biasa balik kampung pandu kereta pinjam. Memang terasa lain jika bawa balik kereta baru atau jenama tersohor. Saya berjaya dan mampu pinjam shj. Kereta milik ahli keluarga.

Kereta dan 3K

Ramai memandu kereta sendiri sekrg. Berbanding 10tahun yg lalu. Dulu2, purata rumah di bandar ada sebuah kereta shj.

Mempunyai kereta ada kaitan dgn 3k. Keyakinan, kepercayaan, kemampuan. Ramai lihat pemandu kereta sendiri yakin dan percaya, pemandu itu sbg seorg yg mampu ada kereta. Sbg seorg yg ada duit.

Tapi ramai ada kereta secara hutang. Dulu hutang kereta maksima 5tahun. Sekrg hutang kereta maksima 9tahun. Ramai per dan yakin mampu berhutang utk beli kereta sendiri.

Kereta dan Keyakinan

2 minggu lepas kereta hampir klasik saya, hampir usia 25tahun rosak di lpt. Terpaksa naik trak. Sibuk jaga kereta org lain, lupa jaga kereta sendiri.

Ramai yg tidak yakin dgn kereta kebal saya. Ramai minta saya tukar kereta lain. Mereka risau kereta kebal saya akan meragam lagi, berlaku di tempat bermasalah dpt bantuan.

Saya masih yakin dgn kemampuan kereta. Setelah ditukar jantungnya, insyaallah boleh berkhidmat lagi 10-15 tahun. Saya yakin, insyaallah kereta lama yg dijaga dgn baik lebih murah kos berbanding kereta baru.

Ahad, Jun 28, 2026

Kesempatan Yang Datang

Kesempatan yg datang antara lagu kesukaan saya. Lagu dinyanyika kumpulan pelangi. Lagu tentang penyesalan.

Sempat berkait dgn masa. Biasanya jika cepat, banyak masa, akan sempat. Jika lambat, sedikit masa, masih sempat, mungkin tak sempat. Kesempatan yg datang adalah masa diberi peluang. 

Kesempatan yg datang ada hanya sekali. Ada berulang kali. Peluang diberi perlu keputusan. Ambil/terima atau tolak peluang. Jika biasa lambat, masa yg sempat jadi sempit. Dan mungkin terlepas peluang.

Sabtu, Jun 27, 2026

Kampung dan Durian

Antara durian paling murah adalah durian kampung. Saya tak tahu kenapa dipanggil durian kampung. Sedangkan pokok banyak di tanam di kebun2 luar kampung.

Balik kampung di musim durian, boleh dapat harga durian lebih murah drpd di bandar. Semalam dan hari ni, beli durian kampung. Rm4 satu kg. Pada tahun lepas, di puncak alam, durian kampung antara rm8-10 satu kg. Durian dari raub.

Di kuala krai tahun ini berlaku lambakan durian di pasaran, spt di tempat2 lain. Ada jenis durian harga hanya 1/3 drpd harga sebelum2 ini. Seorg penjual beritahu kilang yg beli banyak durian dah tutup tahun ini. Maka apabila ss>dd, harga akan turun.

Rezeki di Kampung

Kampung dimaksudkan adalah rumah ibubapa, tempat asal keluarga. Kampung di sini mungkin bukan kampung yg biasa dimaksudkan (rumah kayu, air telaga, jauh drpd kemudahan biasa yg ada sekrg).

Biasanya ramai hijrah dari kampung. Mencari rezeki atau rezeki yg lebih baik. Rezeki berkait kerja dan pendapatan. Sebab kampung biasa dianggap kurang atau tiada peluang cari rezeki sesuai dgn gaya hidup sekarang.

Sebenarnya, rezeki di kampung ada kalanya lebih baik berbanding di luar kampung. Perlu perbandingan yg wajar utk penilaian tahap rezeki di kampung. Selain bandingkan kesihatan kewangan, bandingkan juga faktor2 bukan fizikal. 

Berat & Kampung (3)

Saya suka balik kampung. Dan saya takut balik kampung.

Setiap kali balik kampung saya stres tentang fizikal saya. Stres berat badan akan naik. Biasanya jika balik kampung, rutin pemakanan harian saya akan ke laut.

Saya jarang makan pagi. Dulu2 orang kata wajib makan pagi. Tapi bergantung kpd banyak faktor. Jika bukan di kampung, jika tidak berpuasa, makanan utama pertama saya seawal 11pagi.

Tapi jika balik kampung, biasanya seawal 8pagi sudah makan pagi. Dan di kampung, makan pagi biasanya dgn nasi.

Jumaat, Jun 26, 2026

Berat & Kampung (2)

Tajuk berat dan kampung pun ada kaitan dgn berat fizikal, mental, emosi, spiritual, sosial dan kewangan. Keputusan balik boleh pengaruhi faktor2 tersebut.

Balik kampung biasanya akan kurangkan berat kewangan kita. Balik kampung banyak gunakan wang. Ramai di kampung andaikan mereka yg balik ke kampung adalah kaya. Sebab hijrah dari kampung utk cari makan, cari duit lebih banyak berbanding kerja di kampung.

Pada musim perayaan, majlis keraian, mereka yg balik kampung ditunggu oleh orang kampung utk 'belanjakan' org kampung. Selain stres duit, wujud stres airmuka.

Berat & Kampung

Berat dan kampung berkait utk beberapa perkara. Keberadaan dan timbangan adalah antara kaitan berat dan kampung.

Ada yg berat nak balik ke kampung. Balik ke rumah ibubapa. Balik ke tempat asal keluarga, walaupun mungkin bukan kampung. Maka ada yg tak nak balik kampung. Mungkin ada kenangan negatif berada di kampung.

Maka sebelum balik ke kampung, ada yg akan timbang berulang kali sebelum buat keputusan nak balik kampung.  Tapi jika kenangan adalah positif, maka biasanya berat nak tinggalkan kampung.

Selasa, Jun 23, 2026

3K Semasa Belajar

Alhamdulillah sejak tadika sehingga ke ipt, saya ada ramai 3k. Diantara 3k ni ada yg jadi 2k, kerabat dan karib. 2k ini bermaksud hubungan yg sangat akrab.

Tadika tempat bermula kumpul 3k. Ada bersama semasa sekolah rendah. Ada yg jumpa semula semasa sekolah menengah. Ada yg jumpa semula semasa di ipt. Alhamdulillah, hubungan 3k kekal baik.

Ada diantara 3k bersama dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ipt. Cuma tidak sepenuhnya. Apabila berjumpa 3k sekarang, terasa muda kembali. Ada yg lupa sudah bercucu.

3K dan KK

3 K. Keluarga, kawan, kenalan. Alhamdulillah di kk, kuala kangsar, saya punya ramai 3k.

Semasa masuk f1, 14org kawan dari sekolah rendah bersama saya. Ada yg pernah jadi rakan sekelas. Ada yg tak pernah jadi rakan sekelas. Awal2 lagi dah lebih 10% drpd 120 adalah 3k saya. 

Kemudian ada yg asal dari kampung di pasir puteh, ada asal dari jelawat, ada keluarga asal besut. Kampung2 keluarga saya, dan mereka kenal keluarga saya. Ada juga anak2 kpd kawan arwah ayah. Ada ibubapa yg ibubapa saya kenal.

Selain 3k sama batch dgn saya, ada 3k dari batch2 senior dan junior saya. Ada yg rumah mereka di depan rumah saya. Ada anak2 3k ibubapa saya, keluarga. Ada juga keluarga saya, anak sdara nenek saya.

Selepas saya keluar kk, ada junior dan senior jadi 3k melalui perkahwinan dgn 3k saya. Ada yg saya baru tahu 3k saya. Nasib baik tak bergaduh.

Isnin, Jun 22, 2026

4 A

4 A kali ni berkait A yg membantu membentuk kita sama ada secara positif atau sebaliknya. A ini ada kaitan dgn 3 K.

4 A ini berkait dgn tahap atau aras hubungan kita. A yg pertama, aras Ayah, termasuk ayah saudara. A kedua, aras Atok. A ketiga, aras adik beradik. A ke 4 aras anak, termasuk anak buah, dll. 4A ini boleh jadi keluarga, kawan, atau kenalan kita.

Org sekrg biasa sebut ttg kabel. Beruntung jika berada di mana2, ada 4A yg sedia bantu kita.

Beruntung jika kita masih ada 

Ahad, Jun 21, 2026

Ayahanda

Ayahanda. Ayah. Bapa. Daddy. Abi. Appa. Dll. Panggilan kpd lelaki yg dimurahkan rezeki melalui anak. Anak kandung, anak tiri, anak angkat, anak buah, anak menantu, dll.

Hari ini hari bapa. 364 hari lain dlm setahun adalah hari ibu. Selamat hari bapa kepada bapa2 semua. Terima kasih bapa2. Terima kasih ibu2. Terima kasih anak2. Untuk jadi bapa mesti ada ibu, ada anak.

Alhamdulillah, 250825 Allah kurniakan kpd saya dan isteri saya 2 anak kembar. Menjadikan saya seorg ayah. Semoga Allah permudahkan dan panjang usia bapa2 dlm menjalankan amanah sbg seorg bapa.

10 30 60

Jarak dlm kiraan km. Angan2 atau arahan. 1 3 6 pun belum pernah.

Seorg kawan jemput saya utk larian 30km. Larian denai, trail run. Sempatkah utk bersedia atau semput semasa bersedia? Kayuhan 5km pun saya dah semput. Belajar berenang dlm 1m pun hampir lemas. Berjalan 28km pun 3h2 mlm. 

Tapi, menarik juga cabaran 30km. Kalau xlarat sbg peserta. Boleh turut serta sbg urusetia. Kalau sbg pengiring, naik scrambler atau mtb?

Lelaki Seterika

Semasa di sekolah asrama dan itm, tiada peluang jadi lelaki seterika. Pakaian yg berkedut biasanya di letak di bawah tilam. Atau di himpit dgn apa2 yg berat utk kurangkan kedut.

Di langkawi pada 2017, berpeluang lihat ketibaan lelaki dan perempuan seterika tiba untuk acara Ironman. Ada dikalangan mereka adalah 3k saya, tapi tak terserempak dgn mereka.

Ramai drpd 3k saya adalah ironman. Saya hanya setakat lelaki seterika, atau lelaki besi biasa. Bukan spt mereka yg berupaya berenang, berlari, dan berbasikal untuk jarak yg jauhdan tempoh yg lama.

Sabar dan Rezeki

Kita dinasihatkan, digalakkan, dianjurkan. Sabar dlm hadapi ujian. Dan hidup adalah ujian. Sabar hadapi ujian buruk, dan ujian baik kpd kita.

Rezeki juga adalah ujian. Biasanya rezeki berkait perkara baik kpd kita. Perkara baik yg berlaku kpd kita adalah ujian utk bersabar. 

Elak adalah satu cara bersabar. Elak sombong, tamak, kedekut dgn rezeki kita. Elak dengki dgn rezeki org lain. Ada yg eja sabar dan rezeki spt sabr dan rizqi.

Sabar dan Redha

Sabar dan redha. Maksud berbeza. Tapi ada kaitan. Dan ramai salahfaham. Sebab ramai salahguna diantara keduanya pada keadaan yg tidak sesuai.

Ilmu sekarang buktikan ilmu berada di hujung jari. Malah telah terbukti, ilmu di hujung mulut. Paling mudah, bertanya utk tahu apa itu sabar, apa itu redha. Sama ada tanya secara lisan, atau tanya secara bukan lisan.

Sabar dikatakan sebagai menahan diri. Sabar semasa hadapi ujian yg duka. Redha adalah tahap selepas sabar.  Terima ketentuan Allah. Dan sabar serta redha juga berkait dgn suka, bukan hanya duka. Setiap kesusahan itu ada kesenangan.

3K

Rumah arwah wan di pasir puteh dijenamakan sbg c3k. Lokasi di cabang 3 kamil. Atau cabang 3 sekolah kamil. Cabang 3 adalah simpang jalan kamil dgn laluan kb bandar pasir puteh.

Apa itu 3k? 3k juga boleh bermakna 3 sekolah kamil. Tapi ada lebih dari 3 sekolah kebangsaan sk kamil? Tapi sebuah sekolah menengah smk kamil. Sekolah2 amil ini adalah di kompleks sekolah kamil.

3k juga berkait dgn hubungan. Keluarga, kawan, kenalan. Ada hubungan darah daging, ada hubungan bukan darah daging. Hubungan terbaik adalah hubungan yg beri kebaikan dunia dan akhirat, kepada kesemua pihak.

Sabtu, Jun 20, 2026

Air dan Mata

Berbicara tentang air dan mata, berbicara tentang rasa. Rasa suka, rasa duka. Spt cerita kabhi kusha kabhi gum.

Mata air adalah sumber kesukaan. Sebab mata air adalah punca air utk kehidupan. Dari mata air sehingga mengalir ke laut. Mata air juga jadi duka jika suka bertukar duka.

Air mata boleh jadi suka, boleh jadi duka. Biasanya berbicara tentang air mata berbicara tentang duka. Nabi yaacob menjadi buta, kerana terlampau banyak air mata duka.

Doa adalah permintaan kpd Allah. Ada yg berdoa sehingga keluar air mata. Ada yg suka dan berterima kasih sehingga keluar air mata. Ada yg ketawa sehingga keluar air mata.

Musibah dan Sahabah

Musibah atau musibat, biasa dikaitkan dgn yg tidak baik. Adakala kerana subahah, atau subahat, kerana terlibat dgn yg tak baik. Kerana kita turut lakukan yg tidak baik.

Sahabah atau sahabat adalah kawan. Mereka yg membantu kita jadi baik. Baik secara fizikal dan bukan fizikal. Baik sekarang, dan baik utk masa akan datang.

Musibah kerosakan kereta saya, membolehkan bertemu sahabah baru. Musibah kereta saya membolehkan saya dibantu sahabah lama. Terima kasih prof M, sudi hantar saya balik dari fsr. Terima kasih juga prof M, belanja saya makan. Terima kasih sahabat, bro.

UMR Kita

UMR berkait umur, masa, dan rasa kita. Ketiga2 ini saling berkait. Ketiga2 ini saling memberi kesan kpd hidup kita.

Setiap masa, umur kita di dunia semakin bertambah. Setiap masa, baki umur kita di dunia makin berkurang. Semakin berumur, ada rasa yg bertambah, ada rasa berkurang.

Sebaiknya utk kita, UMR mengingatkan kita tentang dunia dan akhirat. Setiap kali UMR bertambah, setiap kali juga peluang UMR mendatang berkurang.

Masa dan Rasa

Masa boleh pengaruh apa kita rasa. Apa kita rasa boleh pengaruh masa kita.

Masa boleh dikaitkan dgn masalah. Rasa boleh dikaitkan dgn perasaan dan perasan. Bolehkah masa dikaitkan dgn kecemasan?

Jika kita rasa masa adalah emas, kita akan hargai setiap masa yg kita ada. Jika kita rasa masa adalah tidak ternilai kerana masa yg ada tidak dapat diganti semula, kita akan gunakan masa yg ada sebaik mungkin utk kita.

3 Cahaya Di Hari Jumaat

Alhamdulillah. Selesai solat jumaat di masjid uitm, saya diketemukan dgn 3 cahaya.

Cahaya dlm bahasa arab adalah nur. Selain drpd nur, adalah zahra dan azhar. 3 cahaya yg saya jumpa adalah 3 azhar. 3 org kawan saya di uitm.

Azhar pertama, pernah kerja bersama saya di fsr. Azhar kedua, rakan sekerja semasa di ined. Dan azhar ke3 kawan pensyarah di masscomm. 2 drpd cahaya sek kito jangae pecoh. Semoga 3 azhar ini terus bercahaya utk diri mereka dan org lain.

Rabu, Jun 17, 2026

Pinjaman Masa

Kita di dunia dgn masa yg dipinjamkan. Setiap saat adalah pinjaman.

Adakala kita pinjam masa org lain. Ada masa org lain pinjam masa kita. Pastikan masa yg dipinjamkan, sama ada daripada kita, atau kepada kita, digunakan utk kebaikan bersama.

Pinjaman masa jarang boleh dikembalikan. Setiap saat adalah masa yg baru. Tahun baru maal hijrah adalah pinjaman masa baru untuk kita. Gunakalah sebaiknya.

Pinjam & Tumpang

Hidup kita adalah pinjaman. Hidup kita adalah tumpangan. Hidup di dunia hanyalah pinjaman dan tumpangan.

Ramai yg lupa. Apa yg kita ada di dunia, bukan milik kita. Apa yg kita ada di dunia, adalah amanah yg perlu kita jaga. Termasuk masa, ilmu, kesihatan. 

Tapi ramai yg diberi pinjam kekayaan, lupa pemilik sebenar. Ramai yg bermewah2, berbelanja, seolah2 hak di dunia.

Ahad, Jun 14, 2026

Penat dan Sakit

Biasanya penat dikaitkan dgn sakit. Penat sebab sakit. Sakit sebab penat.

Penat juga berkait dgn risiko. Risiko negatif. Penat juga berkait dgn produktiviti. Penat boleh jadi punca. Penat boleh jadi kesan.

Penat mungkin dari segi fizikal, mental, emosi, spiritual, sosial, kewangan. Jika spiritual kita sihat, kuat, insyaallah dpt hadapi, atasi, kurangkan punca dan kesan penat pada elemen2 lain - fmesow.

Kursus Di Taman Negara

Alhamdulillah, 9-11jun 2026 saya ke taman negara pahang. Menginap dan perkongsian ilmu dlm bangunan/ indoor di tempat saya pernah pergi sejak 2005.

Pengalaman di taman negara kali ini kali pertama di kampung kuala sat. Sebelum ni hanya lihat di fb shj. Dan kampung ini telah berulangkali, Jad Hasriq jemput saya. Kursus outdoor diketuai kawan penduduk kg kuala sat, Camry al yahya.

2026 adalah tahun ke 35 saya ke taman negara pahang. Kali pertama pada jun 1991. Dgn 2org pakcik saya, dan 3 kawan2 mereka. Terima kasih kpd arwah ayah jan yg menimbulkan minat saya ke taman negara.

Geroh dan Jadi

Manusia merancang. Allah merancang. Allah sebaik2 perancang. Allah maha mengetahui.

Rancangan nak memandu 4jam ke kuantan. Baru 3/5 perjalanan, kereta bermasalah. Rancangan sampai ke kuantan 2.30ptg. Tapi smp 9.30mlm. Tunggu towtruck. Tunggu diambil isteri dari kuantan. Makan malam berserta mkn tgh.

Dah nk geroh. Dah nk jadi. Alhamdulillah semasa kereta rosak, semasa menunggu nak ke bengkel, nak ke kuantan diambil isteri, saya hanya seorg. Alhamdulillah tiada ahli keluarga lain, terutama ibu, isteri, anak kembar.

Alhamdulillah, kesihatan fizikal ok. Kesihatan kewangan yg terganggu. Mungkin dah biasa tunggu lama? Tidak berpeluh, tidak panik. Alhamdulillah.

Isnin, Jun 08, 2026

BnB Bas dan Burger

BnB biasa dikaitkan dgn perjalanan. Bed and breakfast. Penginapan dan dan sarapan pagi. Biasanya dikaitkan dgn tempat tidur dan makanan disediakan bersama penginapan.

BnB bas dan burger mula di Malaysia mungkin seawal tahun 70an atau awal 80an. Zaman di mana belum banyak RnR utk musafir berhenti utk rehat dan isi perut. Mereka yg naik bas utk perjalanan antara kota spt balik kampung atau outstation, akan boleh beli burger serendah rm1 sebiji. Burger bodoh. Hanya ada daging dlm roti, dgn sos tomato atau cili.

Sekrg, di rnr rasmi atau di tepi jalan dlm perjalanan, mudah nk beli burger. Ada jenama mahal, ada jenama sendiri. Semlm, dlm perjalanan dgn bas, saya beli sebiji burger di sebuah rnr gua musang. Rm4.70 termasuk cukai.

Selasa, Jun 02, 2026

Ekonomi dan Kereta

Ramai mengeluh, kos kehidupan sekrg lebih tinggi berbanding dulu2. Tapi ada juga yg kata sekrg lebih senang drpd dahulu.

Kereta di rumah, di jalanraya dikatakan antara petanda ekonomi. Jadi, dgn bilangan kereta yg banyak sekrg berbanding dulu2, ada yg katakan ekonomi sebenarnya lebih baik bagi majoriti rakyat kita.

40tahun dahulu, tidak ramai pensyarah dan kakitangan itm miliki kereta. Pelajar juga sgt sedikit pandu kereta ke kuliah. Berbanding sekrg, parkir kereta antara masalah utama kerana ramai yg pandu kereta ke uitm.

Balik Kampung dan Volvo

Tadi, baru sampai ke rumah. Setelah balik kampung untuk beraya. Perjalanan balik kampung dan kembali ke kampung baru kali ini lebih 12jam.

Dulu2 balik kampung dgn volvo ayah biasanya paling lama 10jam. Volvo pertama ayah, 144s. Warna asal putih. Apabila diberi kpd arwah atuk, dicat kuning. Terakhir warna biru. BX717.

Sekrg, balik kampung, saya lebih selesa naik volvo juga. Dgn pemandu khas. 2 org. Ada tandas. 2 tingkat. Perjalanan biasa 7jam, ikut gua musang.

Sabtu, Mei 16, 2026

16 Mei

Setiap tahun, 16 mei adalah hari guru. Hari biasanya guru terima paling banyak ucapan penghargaan. Hari ramai guru terima hadiah drpd anak murid.

Guru dlm bahasa sanskrit terbahagi 2. Gu dan ru. Seorg prof fakulti pendidikan yg telah pencen kongsikan dgn saya erti guru dlm bahasa sanskrit. Pemberi cahaya dlm kegelapan.

Ada institusi pendidikan gunakan moto, 'ilmu suluh hidup'. Atau moto yg hampir sama dgn erti guru. Selamat hari guru kpd semua guru. Terima kasih cikgu.

Round Di Hospital

Mei 2026, saya buat round di hospital. Hsip kkrai. 6hari 5malam. Seorg drpd kembar demam. Suhu tinggi.

Buat round di hospital peluang kesedaran utk diri. Melihat pesakit. Melihat pelawat. Melihat petugas kesihatan. Melihat petugas bukan kesihatan. Melihat suka dan duka.

Round sebelum ini lebih lama. 9hari 8malam. Di hospital uitm. Hasa puncak alam. Hospital berbeza peluang lihat benda yg sama, dan benda berbeza.


Ahad, April 05, 2026

Syawal dan Kenangan

Syawal 1447h, alhamdulillah, syawal pertama dgn 2puteri kembar. Syawal pertama sbg seorg bapa.

1 syawal kami balik kampung. Ke kg gaal, dan kg gong kepas. Ke rumah makcik2. Perjalanan memang lebih lama drpd biasa. Kenderaan perantau spt kami membanjiri laluan. Alhamdulillah, kedua2 puteri kurang kerenah mereka.

Perjalanan kembali dari rumah2 makcik juga lebih lama sedikit drpd biasa. Kelihatan trafik dari arah gua musang ke kb, dll bertali arus. Alhamdullilah, perjalanan kami tanpa gangguan.

Sabtu, April 04, 2026

Manusia dan 3L

Ada berkata, melayu mudah lupa. Ada berkata, manusia mudah lupa.

Manusia dan 3L adalah, leka, lalai, dan lupa. Mungkin ada lagi perkataan bermula dgn huruf L, yg beri kesan negatif kpd manusia.

Saya pun mudah terkena 3L. Biasanya berkait dgn sombong, dengki, tamak, kedekut. Ada juga diantara kita, 3L berkait dgn khianat.

Jumaat, Mac 27, 2026

Perjalanan Balik Kampung Ramadan 1447h

Tiket bas ekspres utk balik beraya 1447h saya beli 2minggu seblm trip bas. Alhamdulillah, dpt tiket yg beza rm10 drpd harga biasa. Ada tiket berharga rm120.

Alhamdulillah, sampai di terminal bas shah alam 45minit sebelum bas dijadualkan berlepas. Dihantar oleh pesara navy (bukan paskal).

Alhamdulillah bas bertolak lambat bbrp minit drpd dijadualkan. Bas blm penuh dgn penumpang, kerana ada 2 terminal selps shah alam utk ambil penumpang bas.

Balik Kampung Raya 1447

Saya balik ke kampung utk beraya tahun ni pada 19mac. Tarikh sama ada sehari sebelum raya atau 2hari seblm raya.

Saya naik bas ekspres semula, setelah lebih 6bulan tak naik bas ekspres. Alhamdulillah, bas ekspres sekrg sgt berbeza berbanding bas ekspres pada tahun 70an (setengah abad yg lalu).

Perjalanan dari turun rumah dan naik rumah di kampung hampir 14jam. Perjalanan bas dari stesen bas ke destinasi 13jam. Terima kasih kpd kedua2 pilot, perjalanan selesa.

Balik Kampung

Biasanya kita seronok balik kampung. Seronok antara lain, kerana suasana di kampung yg biasanya berbeza drpd suasana harian di sepanjang tahun mencari rezeki atau belajar.

Balik kampung tidak sama bg semua orang. Kerana makna kampung tidak semuanya sama bg semua. Balik kampung utk pelbagai sebab. Sebab sukarela, sebab paksarela.

Bagi budak sekolah jalan stesen, balik ke kualer spt balik kampung juga. Balik ke alma mater, kpd ibu yg memberikan ilmu kematangan.

Selasa, Mac 10, 2026

Ramadan dan Kenangan (4) Di Kualer

Ramadan adalah bulan puasa. Menahan diri dgn lapar makan, dahaga air, bisu dan pekak fitnah. Peluang juga utk jimat berbelanja wang.

Banyak kenangan ramadan di asrama sekolah antara 1980 hingga 1984. Dikejutkan dgn loceng utk sahur. Hidangan telur masin utk sahur. Ada yg terima grub spt sambal daging/ ayam/ bilis, sbg parcel di bulan puasa.

Lebih bnyk masa utk rehat dan tidur. Serta solat terawih di masjid rizwaniah kuala kangsar. Dan hidangan supper selepas terawih.

Waktu games hour tidak wajib. Tapi ada juga yg beriadah. Lebih ramai yg tidur. Dan ada yg siapkan kerja sekolah, ada yg mugging. 

Ramadan dan Kenangan (3) Iqra

Ramadan bulan ayat pertama alquran diturunkan. Iqra. Ramai terjemahkan sbg baca. Dlm bahasa inggeris ada kata read, recite, proclaim.

Ramadan dikatakan sbg madrasah. Bulan utk belajar. Bulan utk mengajar. Bulan mengingatkan. Bulan diingatkan.

Ramai akan berpuasa, berbanding bulan2 lain. Ramai akan solat, berbanding bulan2 lain. Ramai juga akan bersedekah dlm bulan ramadan berbanding bulan2 lain. Kanak2 berpeluang belajar solat dan berpuasa drpd org dewasa.

Ramadan dan Kenangan (2)

Ramadan ada beri kenangan suka. Ramadan ada beri kenangan duka. Ramadan juga beri peringatan.

Apabila ramadan tiba, biasanya ramai yg fokus kpd syawal. Ramai rasakan syawal lebih bnyk kegembiraan drpd ramadan. Kanak2 lebih teruja dgn syawal kerana akan dapat duit raya, baju raya, cuti sekolah. 

Ramadan dikatakan sbg bulan barakah. Bnyk kebaikan tersedia bg yg tahu, mencari, berusaha mendptkannya.

Isnin, Mac 09, 2026

Ramadan dan Kenangan: Bersama Keluarga

2026 atau 1447 adalah kali ke 59 bagi saya. Ramadan pertama saya pada disember 1967. Saya sambut di kota bharu, kelantan dan di kg raja besut.

59 kali sambut ramadan mmg banyak kenangan utk saya. Kenangan bersama ibubapa, tokayah, wan, tokwan, nye tokayah, nek, dll. Ramai drpd mereka telah kembali ke rahmatullah. Ramai juga ahli keluarga baru.

Antara kenangan ramadan adalah berbuka puasa di rumah sendiri, dan di rumah saudara mara. Berbuka dgn keluarga mmg menaikkan selera.

Sabtu, Mac 07, 2026

Ibu dan Anak (7)

Pengorbanan seorg ibu biasa dikaitkan dgn penģorban mengandung selama 9bulan. Seorg ibu perlu menatang anak utk memastikan anak lahir dgn sihat dan sempurna.

Selain mengandung, pengorbanan seorg ibu adalah sebelum mengandung, dan selepas melahirkan anak. Sebelum mengandung, seorg bakal ibu menilai dan memilih bakal suaminya, dan bakal bapa kpd anaknya. Pengalaman langsung dan tidak langsung seorg bakal ibu mempengaruhi keputusan menilai dan memilih bakal suami dan anak.

Pilihan seorg bakal ibu ada pelbagai - terpilih, dipilih, tiada pilihan. Secara tidak langsung, seorg anak terlibat dlm proses menilai dan memilih bakal ayahnya?

Ibu dan Anak (6)

Ada anak berasa dirinya lahir bukan kerana kasihsayang ibubapa. Ada yg terasa dirinya hasil termengandung. Ada anak yg setelah lahir tidak mendapat kasihsayang ibubapanya.

Kasihsayang ibubapa sangat penting dlm proses pembesaran seorg anak. Biasa dikatakan, kasihsayang seorg ibu lebih penting drpd kasihsayang seorg bapa. Tapi ada kajian menunjukkan, seorg yg dibesarkan tanpa kasihsayang seorg bapa akan menghadapi masalah juga.

Memang masyarakat biasanya melihat pengorbanan dan kasihsayang seorg ibu lebih besar berbanding seorg bapa. Tapi, peranan bapa dlm sebuah keluarga juga penting utk masa depan anak.

Ibu dan Anak (5)

Biasanya, ramai akan berkata, seorg ibu lebih banyak berkorban utk anaknya. Jarang dikatakan seorg ayah lebih banyak berkorban utk anaknya, berbanding seorg ibu.

Ada yg biasa kata, pengorbanan bermula mengandung selama 9bulan. Ada kenalan yg sanggup mengandung sehingga anaknya lahir, walau pun dgn mengandung, beliau membahayakan nyawanya sendiri. Beliau meninggal dunia dalam masa beberapa tahun selepas lahirkan anak. 

Ada yg meninggal dunia selepas lahirkan anak. Ada yg anak dilahirkan setelah ibu meninggal. Ada anak berasa bersalah ibu meninggal kononnya sebab mengandung/melahirkan anak. Ada anak dipersalahkan kerana ibunya meninggal kerana mengandung/melahirkan dirinya.

Ibu dan Anak (4)

Disarankan, dlm memilih seorg bakal ibu, lihat kpd 4perkara. Kecantikan, kekayaan, keturunan, dan kepercayaan (agamanya). Ramai suka berseloroh, kahwinlah 4perempuan, setiap seorg penuhi 1perkara.

Kita dibagitahu, pilihlah yg kuat kepercayaannya, iaitu pegangan agamanya. Apabila kepercayaan agama adalah kuat, secara automatik, 3perkara lain akan wujud bersama. Kesemuanya penting utk seorg ibu dlm membesarkan, menjaga, dan mendidik anaknya.

Cantik fizikal adalah subjektif. Kaya harta adalah subjektif. Pangkat keturunan adalah subjektif. Pegangan dan kepercayaan beragama adalah objektif. Utk anak sejahtera akhirat.

Ibu dan Anak (3)

Kita biasa dengar, seorg lelaki dinasihatkan memilih bakal isteri berdasarkan 4perkara. Kecantikan, keturunan, kekayaan, dan pegangan agamanya. Yg amat disarankan, yg terbaik, adalah pegangan agama bakal isterinya.

Kecantikan akan pudar, keturunan boleh menjadi hina, kekayaan boleh menjadi miskin. Tetapi pegangan agama yg betul, baik, dan kuat akan menjadi asas utk keluarga, dan anak2 bakal dilahirkan. Tapi, bagaimana menilai pegangan agama seseorang, selain pakaiannya?

Selain bakal ibu, bakal bapa juga perlu dinilai. Tapi jarang dikongsi apakah penilaian yg betul, dan baik, utk menilai seorg bakal bapa. Biasanya, ramai menilai ikut status akademik, status harta, status keturunan. Beruntung seseorg yg masih ada ibu dan juga bapa.

Ibu dan Anak (2)

Sangat beruntung seseorg ibu yg tua, masih mempunyai anak yg menjaganya. Tapi lebih beruntung seorg anak, yg masih diberi peluang menjaga ibunya, tidak kira usia ibunya.

Seorg muslim diberitahu utk menjaga kedua ibubapanya. Sebuah ayat yg kerap dibaca,  menyuruh kita, setelah berusia 40tahun, utk menjaga kedua ibubapa kita. Jaga sebgmn kedua ibubapa jaga kita. Lebihbaik lagi, kita cuba jaga mereka lebih baik drpd mereka jaga kita.

Ramai tahu besarnya pengorbanan seorg ibu terhadap anaknya. Bermula drpd sebelum kahwin, dgn memilih bakal bapa kpd bakal anak2nya.

Ibu dan Anak

Semasa tokwan kalsom meninggal dunia pada 1949, beliau tinggalkan 4org anak kecil. Maklong, yg paling tua berusia 6tahun. Bonda saya berusia 4tahun. Ayah yan berusia 1tahun 10bulan. Dan arwah ayah jan berusia 9bulan.

Di kala tokwan kalsom akan meninggal dunia, dia meminta utk diberi pegang arwah ayah jan. Seolah2 tokwan kalsom tahu masanya di atas dunia tidak lama. Arwah ayah jan pun, ikut kata bonda saya, seolah2 tahu, bhw pegangan oleh tokwan kalsom adalah pegangan terakhir.

Naluri seorg ibu terhadap anaknya, dikatakan sangat kuat. Dapat merasa baik dan buruk tentang anaknya. Mungkin sebab seorang anak yg dilahirkan ibunya, meninggalkan kesan fizikal dan bukan fizikal selama2nya di dlm ibunya.

Kubur Kg Raja (2)

2026 adalah tahun ke 40 kembalinya arwah tok ayah fauzi ke rahmatullah. Tok ayah meninggal pada 1986. 28 disember 1986. Sakit jantung. Pada usia masihi, 63tahun.

Selain tok ayah, kedua ibubapa beliau, tokwan (panggilan tidak rasmi) kalsom juga disimpan di kubur kg raja. Tokwan kalsom meninggal pada 1949. Alhamdulillah, hampir 40tahun kemudian tok ayah disimpan bersebelahan tokwan kalsom.

Dlm barisan yg sama, selang bbrpa kubur, disemadikan ayah kpd tok ayah, nye tokki hussin (1964), dan ibu kpd tok ayah, nye tok saadiah (31.8.1973). Dlm barisan sama, kubur tokki no1 (adik kpd tokwan kalsom) dan isteri beliau, tokwan cikgu zainab) mengapit kedua2 kubur tok ayah fauzi dan tokwan kalsom.

Kubur Kampung Raja

Antara tujuan seorg pakcik balik kampung bbrp hari lepas, adalah utk melawat kubur kedua ibubapa beliau. Kubur datuk dan nenek saya sebelah bonda saya. Kedua2 kubur ini terletak di satu drpd 2 kawasan perkuburan islam kampung raja besut.

Bonda, bonda saudara sulong dan saya turut serta pakcik saya. Biasanya, ahli keluarga akan melawat kubur keluarga sama ada sebelum, atau selepas solat raya aidil fitri. Dulu2 sempat utk bersolat raya di masjid besar pasir puteh, kelantan. Dulu2 kenderaan tidak sebanyak sekrg.

Selain kubur tok ayah fauzi, dan kubur bonda kpd bonda saya (beliau meninggal dunia pada usia awal 20an), terletak kubur moyang lelaki dan moyang perempuan ( kedua ibubapa tok ayah fauzi) berhampiran kubur tok ayah fauzi, dan bonda kpd bonda saya (tiada panggilan rasmi spt tok wan kalthom). 

Khamis, Mac 05, 2026

Perjalanan terakhir ayahanda balik kampung

Pada januari 2020, adalah perjalanan terakhir arwah ayahanda balik ke kampung. Walau pun bukan ke kampung asal ayahanda, mahu pun bukan ke kampung rumah arwah bonda arwah ayahanda. Balik ke rumah arwah ayahanda dan arwah bonda kpd bonda saya.

Perjalanan terakhir arwah ayahanda bersama saya termasuk bonda, 2bonda saudara. Perjalanan melalui lpt1 dan lp2. Dlm perjalanan, setiap kali ayahanda ingin ke bilik air, saya akan bawakan ayahanda. 

Adakala guna tandas biasa, adakala guna tandas oku. Di satu rnr, ayahanda berpeluang menggunakan tandas dgn diawasi sang saka biru bersenjata.



Perjalanan 300tahun

Minggu ini minggu perjalanan 300tahun. Seumpama frasa inggeris, a trip of memories. Kenangan berusia 300tahun, atau lebih.

Saya memandu kereta membawa bonda, bonda saudara, dan ayahanda saudara balik ke Kelantan. Mereka ingin berpuasa, berbuka puasa, bersahur, di kampung. 2 drpd mereka berusia lebih drpd 80tahun. Seorg berusia hampir 80tahun. Pemandu berusia hampir 60tahun.

Walaupun perjalanan melebihi 400km, hampir 8jam, merekaa bertiga tidak tidur sepanjang perjalanan. Perjalanan balik ke kampung, dan balik dari kampung, akan dipenuhi dgn kenangan seumur hidup mereka.

Isnin, Mac 02, 2026

Masa dan Usia Kita

Alhamdulillah, 250226, usia saya 59tahun ikut tahun masihi. Jika ikut tahun hijrah, lahir 15 zulkaidah 1386, usia saya dah 60tahun. Tahun ini juga tahun pertama sambut ulang tahun kelahiran dgn kehadiran kembar, maryam dan fatima.

Arwah ayah meninggal usia 83tahun. Alhamdulillah, ibu masih ada, sihat usia dah 80tahun. Arwah datok belah ibu meninggal usia 63tahun. Arwah nenek belah ibu meninggal umur 22 tahun. Dalam keluarga, ada yg hidup lebih 100tahun. Ada yg meninggal sebelum dilahirkan.

Kita tidak pasti berapa lama masa kita di dunia. Maka kita perlu sentiasa diingatkan, utk bersedia sebelum kita tiada lagi masa di dunia. Semoga masa dan usia kita di dunia sentiasa dgn kebaikan, sakinah, mawwadah, barakah.

Ahad, Februari 22, 2026

Masa dan Pensyarah (2)

Lega. Tersangat lega. Perasaan setelah berjaya muatnaik keputusan kursus setiap semester. Terasa beban amanah telah diangkat dari diri pensyarah.

Walaupun ada lagi aktiviti yg belum selesai, pensyarah akan tarik nafas lega. Sebelum muatnaik markah keputusan kursus, kami seolah2 bernafas tak lepas. Tercungap2.

Maka bolehlah fokus masa dgn keluarga dan kawan. Boleh senyum simpul. Terasa sangat nikmat setelah selesai sempurnakan amanah sbg seorang pensyarah pada setiap sem.

Masa dan Pensyarah

Biasanya terdapat beberapa perkara berkait dgn masa dan pensyarah. Antara yg utama adalah kalendar akademik. Selain itu adalah jadual waktu kuliah. Dan juga, pengurusan peperiksaan akhir.

Antara masa yg kritikal dan mendebarkan adalah masa menyemak dan memuat naik markah keputusan kursus pada setiap semester. Selagi tidak selesai, selagi itulah stres pada tahap ekstrem. 

Setiap pensyarah diamanahkan utk pastikan keputusan dimuktamadkan. Pada masa ini, ada yg tangguh atau pendekkan cuti. Ada yg kurang fokus dgn keluarga dan kawan. Sentiasa berdoa, kita tidak sakit atau kembali kpdNya sebelum muktamadkan keputusan kursus yg diamanahkan kpd kita pada setiap semester.

Isnin, Februari 02, 2026

BP dan Adikberadik

Pagi semlm, bangun dari tidur, bp masih tinggi. Bacaan atas dan bawah tinggi. Nadi pun tinggi. Setelah makan ubat, bp turun.

Tengahari, saya keluar makan dgn 2 adik saya. Makan di gerai makan di medan selera. Kemudian ke kedai runcit dan kedai sayur/buah. Balik ke rumah, saya ambil bacaan bp. Yg atas bacaan cantikpada kali ke3. Yg bawah kurang drpd 100. Tapi nadi tinggi.

Bp dan nadi tinggi tanda tidak sihat. Tapi, apabila bersama adikberadik, mampu rendahkan bp. Kesihatan emosi dan sosial ada kesan kpd kesihatan fizikal.

Sabtu, Januari 31, 2026

Bp dan sakit leher

Bos di pejabat tanya adakah saya terasa sakit di leher, apabila saya bgtau bp saya tinggi. Jawab saya, ya. Ada terasa sakit di leher, terasa leher keras. Susah nak berpaling.

Saya ada terbaca, antara cara kurangkan sakit leher adalah berada dlm keadaan spt sujud. Dahi sentuh tanah selama 5 minit.

Tadi selepas solat maghrib saya cuba. Tapi dlm kedudukan sujud, sambil berdoa cuba selama 5minit. Alhamdulillah, sakit leher hilang. Bp turun kurang drpd 140 utk bacaan atas. Kurang drpd 100 utkbacaan bawah.

BP dan ubat

Saya dah lama tak buat pemeriksaan kesihatan di pusat kesihatan. Kononnya sebab sibuk, tiada masa. Sepatutnya buat pemeriksaan kesihatan setiap 4 bulan. Utk doktor tentukan ubat jika perlu, atau dos ubat.

Ubat (selain senaman, rehat, dll) utk darah tinggi berupaya turunkan bp saya (dgn izin allah). Doktor jantung tidak beri ubat tetapi suruh saya cukup rehat.

Bp berpunca drpd pelbagai faktor. Tekanan fizikal (rehat, pemakanan, dll), tekanan mental/emosi dari persekitaran (pergi/balik bekerja, tekanan peribadi, tekanan profesional). Mereka yg mengarah antara punca kesakitan/kematian?

BP dan Kesihatan

BP atau blood pressure. Tekanan darah. Normal 120/80. Bp satu ukuran tahap kesihatan.

2 hari lepas, setelah lama tak ambil bp, saya ukur bp saya. Berkali2 tunjukkan lebih drpd 150 utk bacaan atas, dan lebih drpd 100 utk bacaan bawah. Tanda tidak sihat.

Apabila bacaan bp saya pos dlm fb, keluarga, kawan, kenalan nasihatkan ambil ubat. Setelah lama saya xambil ubat, saya ambil pada pagi selasa lepas. Petang terasa sakit kepala. Jadi sekrg saya ambil separuh biji ubat dahulu.

Rabu, Januari 28, 2026

Memori - laluan 84 (2)

Laluan 84 adalah laluan keluarga. Dari sebelum simpang 3 jertih ke kg raja, hingga ke kuala besut, ramai keluarga kami bina rumah dan kedai mereka. Sama ada di laluan 84 atau di kawasan hampir laluan 84.

Tahun 86 tahun terakhir arwah tok ayah melawat saudara mara beliau pada hari raya puasa. Naik kereta mecedih kuning arwah ayah jan. Singgah di jertih, kg raja, kuala besut.

Kereta masih tidak banyak pada 1986. Biasanya ke kubur di kg raja sebelum solat raya. Dulu sempat balik solat raya di pasir putih. 

Memori - laluan 84

84, no signifikan. Tahun saya dlm tingkatan 5. Laluan yg jadi satu soalan pada geografi spm 1984.

Laluan 84 dari Jertih ke Kuala Besut. Dalam daerah Besut, Terengganu. Laluan yg akan saya lalui pada hari raya puasa, dari kota bharu atau pasir putih. Dulu2 bersama arwah tok ayah, arwah ayahanda, arwah ayah jan, arwah ayah ngah, arwah cik yah sekeluarga.

Apabila melihat dan membaca soalan geografi spm 1984, saya tersenyum lebar. Soalan berkaitan laluan yg ada seribu memori. Jawapan saya berdasarkan pengalaman untuk peta topo. Tapi mukabumi sekrg banyak telah berubah. Banyak sawah padi berubah jadi tapak rumah dan bangunan.

Isnin, Januari 26, 2026

Makan Malam Ini

Alhamdulillah. Malam ni makan nasi putih kuah kari ikan, dgn sup keting/urat. Hajat nak makan bersama daging dan lemak bakar. Tapi perut dah terasa kenyang, walau pun nasi separuh shj.

Sekrg, mkn mlm saya lewat. Tidak spt dulu, seblm 8mlm. Jima makan sebelum 8mlm, sempat utk IF selama 16jam, lunch 12tgh. Tapi jadual sekrg berkisar dgn kembar.

Apabila balik ke Kelantan, mmg nafsu nak makan besar. Apabila ke kedai makan, atau gerai makan, terasa nak banyak. Mungkin sbb harga murah sedikit berbang KL? Atau nostalgia makan malam beramai2 serentak dgn keluarga, dgn pelbagai juadah hidangan apabila balik kampung?

SKMK Lemak Bakar

Sekrg, di hari raya, telah jadi kebiasaan tuanrumah jamu kambing panggang, atau kambing bakar. Begitu di majlis perkahwinan, hidangan kambing bakar sudah jadi kebiasaan.

Di kelatae spt di negeri2 lain, kita biasa lihat kambing bakar sbg lauk pilihan utk nasi kerabu, nasi sup. Selain kambing bakar, ada ayam bakar, ikan bakar. Dan ada juga lemak bakar.

Hari ni, ambo makae nasi putih dgn daging bakar bercampur lemak bakar. Di bulan puasa, di bazar ramadan, lemak bakar antara lauk yg paling cepat habis dijual. Lemak bakar sedap dimakan panas2 dgn nasi panas.

SKMK Nasi Sup

Ambo suko makan nasi sup. Nasi sup bukan nasi dicampur sup, tetapi nasi dihidang dgn sup, kuah kari dan daging bakar.

Di kota bharu (kb), dulu ada nasi sup tok ayah, di padang bank. Sekrg ada gerai besar nasi sup di tapak bangsal basikal lama, di jln post ofis lama. Berdepan tapak rumah arwah tok wan.

Nasi sup sekrg ada pilihan selain daging bakar cicah air asam. Boleh pilih ayam bakar, kambing bakar. Saya tak tahu jika ada itik bakar, dan lemak bakar.

SKMK Nasi Belauk

Antara makanan yg famous di kelataey adalah nasi belauk. Bukan nasi berlauk. Nasi belauk sekrg adalah nasi putih, dgn gulai ikan (aya, kembong, selar - segar/kering), sambal lada. Ada dgn timun. Ada dgn telur rebus.

Org dulu2 biasa spt arwah tokwan, arwah ayah dan keluarga, serta kawan2 makan nasi belauk sbg sarapan pagi. Org kelataey makae nasi 3kali sehari, pagi, tengahari, malam. Antara nasi belauk yg famous utk org dulu2 adalah nasi belauk moknoh, di kb.

Selain gulai ikan, ada juga gulai ayam. Tapi ambo suko gulai ikae. Di pasir putih, famous dgn keluarga ambo, nasi belauk dgn sambal lada cik muda. Di kl, ada nasi belauk air dingin. Dulu2 nasi belauk akan dibawa ke kl dgn mas.

SKMK JJCM

Biasa kita dengar, skmk - sampai kelantan, mesti kahwin. Sekrg, skmk - sampai kelantan, makan kenyang. Atau skmk - sengoti kenyae maghi kelatae.

Kelantan spt negeri2 di negara kita punyai pelbagai juadah utk kita makan. Dari pagi smp dinihari, smp mlm.

Jika dulu2 hanya juadah masakan melayu dan siam, sekrg pilihan juga termasuk mamak, chinese muslim, western dll

Khamis, Januari 01, 2026

Kembar dan Kesihatan

1.1.26, kembar nò2 sambut tahun baru di rumah dgn saya. Kembar no1 sambut tahun baru di hospital dgn ibunya.

Kedua2 kembar sakit rsv. No2 masuk wad dahulu. 3h2. Keluar rabu 24dis petang. 24dis malam, kakak no1 pula masuk. Sakit lebih teruk drpd adik.

Sihat dan sakit adalah ujian. Ujian kpd kembar secara langsung. Ujian kpd kami, ibubapa dan bibik yg menjaga. Ujian kpd sedara mara yg tahu kembar tidak sihat, risau ttg kesihatan kembar. Semoga diampunkan allah.

Ibubapa dan Tidur

Tidur biasanya cabaran kpd ibubapa. Menjadi ibubapa akan mengubah tidur ibubapa. Biasanya ibubapa tidak cukup tidur berbanding sebelum ada anak.

Tapi sebelum ada anak, suami isteri tak cukup tidur, berusaha utk dapat anak. Suami isteri juga tidak cukup tidur semasa isteri mengandung. Begitu juga apabila masa utk melahirkan semakin hampir.

Setelah dikurniakan anak, biasa utk ibubapa xcukup tidur. Kerap bangun di waktu malam utk beri susu, tukar lampin anak. Jika ke klinik utk pemeriksaan kesihatan anak kecil/bayi, jelas kelihatan ibibapa tidak cukup tidur.

01012026

Hari ini 1 januari 2026. Hari pertama utk 2026. Merayakan kali pertama dgn anak2 tahun baru.

Tapi seorg shj kembar di rumah, fatima. Maryam, kakak, merayakan tahun baru di hospital uitm, hasa. Masih belum sembuh drpd sakit rsv pneumonia. 

2025, alhamdulillah, allah kurniakan kpd kami kembar 2 perempuan. Maryam dan fatima. Lahir pada 25.08.25. Pada usia saya 58tahun 6bulan.