Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, September 26, 2026

Selalu Baik

Kita digalakkan berbuat baik. Diharapkan, apabila kita berbuat baik, akan dapat balasan yg baik. Maka kita juga digalakkan selalu baik.

Selalu baik  atau selalu buat baik, boleh jadi, 1. Segera baik atau buat baik. 2. Sentiasa baik atau buat baik. 3. Sekali baik atau buat baik. Buat baik kpd org lain makna tolong org lain utk mereka baik atau senang.

Ada yg pesan kpd saya, jangan selalu baik atau buat baik kpd org lain. Utamakan supaya kita baik. Ada hadith (?) yg nasihatkan kita elak buat baik kpd 7 golongan org. Antara sebab adalah boleh buat sama ada kita jadi tak baik atau mereka jadi tak baik.

Paspampres Keluarga

Saya mendapat seorg paspampres utk keluarga saya. Amanah utama, jaga anak2 saya. Seterusnya jaga isteri saya.

Terma lebih sesuai mungkin paspamkel. Jaga dan lindungi keluarga utk aman. Pengaman utama utk keluarga. Jika di taman negara insyaallah ada lingkaran kedua, ketiga, dan seterusnya.

Sentiasalah berdoa, 'fi amanillah'. Bertawakallah kpd Allah setelah berusaha. Cukuplah Allah sebagai pengawal dan pelindung kita. Tuhan yg satu.

Majlis Makan dan Kawan

Hari seorg kawan dan isteri adakan majlis sarapan pagi. Saya telah diberitahu terdahulu oleh tuan rumah tujuan majlis diadakan. Alhamdulillah. Tahniah bro dan sis.

Majlis makan biasanya makan bukanlah matlamat utama. Yg dinanti adalah peluang jumpa kawan. Makanan, lokasi, masa adalah bonus.

Semasa majlis mmg ceria. Berjumpa mereka yg kita kenal. Mengimbau kenangan. Di penghujung terasa sebak. Masihkah diberi peluang bersua lagi. Semoga kita semua berjumpa di syurga.

24 jam Tanpa HP

Baru2 ini ke taman negara. Hampir satu perjalanan, kawan bertanya, 'cebad tak contact isteri?'. Baru tersedar tertinggal hp.

Tanpa hp sendiri, terasa xselesa. Xdpt hubungi keluarga, pejabat, kawan2 yg nak berjumpa di taman negara. Terpaksa pinjam hp kawan utk maklumkan semua bhw hp saya tertinggal. Urusan kewangan sama ada kad kredit atau tunai. Xboleh guna qr. Xboleh ambil gmbr.

Tanpa hp ada juga terasa aman.  Xboleh kerap tengok whatsapp, media sosial. Xboleh kerap jawab panggilan telefon. Terpaksa tidur awal.

Fitnah dan AI

Antara tanda2 kiamat adalah banyak fitnah. Fitnah yg biasa difahami sbg menyatakan sesuatu yg tidak benar.

Fitnah ada 4. Ujian/ dugaan, perpecahan/ sengketa, godaan/rasuah, dan zalim. Berkait jalan yg lurus. Biasa kita dengar, 'fitnah lebih buruk drpd membunuh', dan 'anak isteri adalah ujian (fitnah)'.

Zaman AI lebih mudah buat/ adakan fitnah. Gambar, suara, dll mudah direka utk fitnah. Kredibiliti akan dirosakkan dgn fitnah. Undang2 dunia mudah dipergunakan utk fitnah oleh yg tak amanah, yg khianat.

Sabtu, September 05, 2026

Bina Pasukan di Dungun

2 minggu lepas ada program bina pasukan (bp). Biasa disebut sebagai teambuilding (tb). Tb fsr 2026 di uitm dungun.

Hampir 75% staf dpt hadir. Alhamdulillah. Mungkin kali terakhir saya hadir sbg warga fsr sebelum pencen. Ada bbrp yg tak dapat hadir di saat2 akhir. Kerana kesihatan, hal keluarga, dll. 

Matlamat tb utk kenali dan kukuhkan organisasi. Tak kenal maka tak cinta. Tak cinta mcmana nak bekerjasama? Memang ada pernah komen, 'org sama shj xnak datang. Mungkin xnak kenal org yg kononnya pangkat lagi rendah'.

Surat Tak Berjawab

Surat tak berjawab (stb) atau surat tanpa jawapan. Stb juga surat tidak dibalas penerima.

Ada pelbagai sebab stb. Surat tak diterima oleh yg dialamatkan pada surat. Surat mungkin hilang. Surat mungkin disembunyikan. Surat diterima tapi penerima tidak menjawab atau membalas surat yg diterima.

Ramai alami stb. Kesannya spt tidak dpt sambung belajar ke luar negara. Tidak dapat berkhidmat utk negara. Tidak dapat jodoh. Tidak dpt anugerah spt pingat, gelaran.

Selasa, September 01, 2026

Medsos dan Asamgaram

Medsos atau media sosial. Atau komunikasi masyarakat. Matlamat asal kongsi berita. Utk masyarakat tahu tentang berita terkini.

Sekrg medsos banyak kongsi cerita. Cerita betul dan cerita tak betul. Banyak asamgaram dan pelbagai citarasa ditambah oleh pembaca. Maha medsos dah jadi saluran kongsi fitnah.

Manusia ramai suka kongsi cerita. Ramai suka cerita utk tunjuk diri hebat, betul, terpaling... Ramai jadi tukang adun, tukang bakar, tukang goreng, tukakang masak. Ramai jadi influencer, pempengaruh, penfitnah.

I Saka U

Saka... tinggalan. Warisan. Hutang. Perlu dijaga. Sakau... ambilan. Warisan. Hutang. Perlu dijaga. 

Dua2 saka dan sakau perlu diuruskan supaya kita baik dunia dan akhirat. Mana lebih baik? Mana lebih tak baik? Sakau ada pelbagai cara. Secara nyata. Secara tidak nyata. Sakau adalah fitnah. 

Jika hak kita disakau, maka hak itu saka kita? Di dunia saka pun boleh disakau. Di akhirat akan terserlah saka dan sakau kita. Kita inginkan laluan ke syurga tanpa hisab, seumpama kilat.