Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Jun 29, 2026

Kereta dan Kampung

Memang seronok balik kampung. Terutama musim perayaan dan kenduri. Jika lebih drpd seorg, lebih jimat balik kampung naik kereta.

Ramai nilai seseorg berdasarkan kereta yg dipandu. Jika balik kampung dgn kereta baru, atau jenama tertentu, org kampung andaikan pemandu dan keluarganya berjaya dlm hidup.

Saya biasa balik kampung pandu kereta pinjam. Memang terasa lain jika bawa balik kereta baru atau jenama tersohor. Saya berjaya dan mampu pinjam shj. Kereta milik ahli keluarga.

Kereta dan 3K

Ramai memandu kereta sendiri sekrg. Berbanding 10tahun yg lalu. Dulu2, purata rumah di bandar ada sebuah kereta shj.

Mempunyai kereta ada kaitan dgn 3k. Keyakinan, kepercayaan, kemampuan. Ramai lihat pemandu kereta sendiri yakin dan percaya, pemandu itu sbg seorg yg mampu ada kereta. Sbg seorg yg ada duit.

Tapi ramai ada kereta secara hutang. Dulu hutang kereta maksima 5tahun. Sekrg hutang kereta maksima 9tahun. Ramai per dan yakin mampu berhutang utk beli kereta sendiri.

Kereta dan Keyakinan

2 minggu lepas kereta hampir klasik saya, hampir usia 25tahun rosak di lpt. Terpaksa naik trak. Sibuk jaga kereta org lain, lupa jaga kereta sendiri.

Ramai yg tidak yakin dgn kereta kebal saya. Ramai minta saya tukar kereta lain. Mereka risau kereta kebal saya akan meragam lagi, berlaku di tempat bermasalah dpt bantuan.

Saya masih yakin dgn kemampuan kereta. Setelah ditukar jantungnya, insyaallah boleh berkhidmat lagi 10-15 tahun. Saya yakin, insyaallah kereta lama yg dijaga dgn baik lebih murah kos berbanding kereta baru.

Ahad, Jun 28, 2026

Kesempatan Yang Datang

Kesempatan yg datang antara lagu kesukaan saya. Lagu dinyanyika kumpulan pelangi. Lagu tentang penyesalan.

Sempat berkait dgn masa. Biasanya jika cepat, banyak masa, akan sempat. Jika lambat, sedikit masa, masih sempat, mungkin tak sempat. Kesempatan yg datang adalah masa diberi peluang. 

Kesempatan yg datang ada hanya sekali. Ada berulang kali. Peluang diberi perlu keputusan. Ambil/terima atau tolak peluang. Jika biasa lambat, masa yg sempat jadi sempit. Dan mungkin terlepas peluang.

Sabtu, Jun 27, 2026

Kampung dan Durian

Antara durian paling murah adalah durian kampung. Saya tak tahu kenapa dipanggil durian kampung. Sedangkan pokok banyak di tanam di kebun2 luar kampung.

Balik kampung di musim durian, boleh dapat harga durian lebih murah drpd di bandar. Semalam dan hari ni, beli durian kampung. Rm4 satu kg. Pada tahun lepas, di puncak alam, durian kampung antara rm8-10 satu kg. Durian dari raub.

Di kuala krai tahun ini berlaku lambakan durian di pasaran, spt di tempat2 lain. Ada jenis durian harga hanya 1/3 drpd harga sebelum2 ini. Seorg penjual beritahu kilang yg beli banyak durian dah tutup tahun ini. Maka apabila ss>dd, harga akan turun.

Rezeki di Kampung

Kampung dimaksudkan adalah rumah ibubapa, tempat asal keluarga. Kampung di sini mungkin bukan kampung yg biasa dimaksudkan (rumah kayu, air telaga, jauh drpd kemudahan biasa yg ada sekrg).

Biasanya ramai hijrah dari kampung. Mencari rezeki atau rezeki yg lebih baik. Rezeki berkait kerja dan pendapatan. Sebab kampung biasa dianggap kurang atau tiada peluang cari rezeki sesuai dgn gaya hidup sekarang.

Sebenarnya, rezeki di kampung ada kalanya lebih baik berbanding di luar kampung. Perlu perbandingan yg wajar utk penilaian tahap rezeki di kampung. Selain bandingkan kesihatan kewangan, bandingkan juga faktor2 bukan fizikal. 

Berat & Kampung (3)

Saya suka balik kampung. Dan saya takut balik kampung.

Setiap kali balik kampung saya stres tentang fizikal saya. Stres berat badan akan naik. Biasanya jika balik kampung, rutin pemakanan harian saya akan ke laut.

Saya jarang makan pagi. Dulu2 orang kata wajib makan pagi. Tapi bergantung kpd banyak faktor. Jika bukan di kampung, jika tidak berpuasa, makanan utama pertama saya seawal 11pagi.

Tapi jika balik kampung, biasanya seawal 8pagi sudah makan pagi. Dan di kampung, makan pagi biasanya dgn nasi.

Jumaat, Jun 26, 2026

Berat & Kampung (2)

Tajuk berat dan kampung pun ada kaitan dgn berat fizikal, mental, emosi, spiritual, sosial dan kewangan. Keputusan balik boleh pengaruhi faktor2 tersebut.

Balik kampung biasanya akan kurangkan berat kewangan kita. Balik kampung banyak gunakan wang. Ramai di kampung andaikan mereka yg balik ke kampung adalah kaya. Sebab hijrah dari kampung utk cari makan, cari duit lebih banyak berbanding kerja di kampung.

Pada musim perayaan, majlis keraian, mereka yg balik kampung ditunggu oleh orang kampung utk 'belanjakan' org kampung. Selain stres duit, wujud stres airmuka.

Berat & Kampung

Berat dan kampung berkait utk beberapa perkara. Keberadaan dan timbangan adalah antara kaitan berat dan kampung.

Ada yg berat nak balik ke kampung. Balik ke rumah ibubapa. Balik ke tempat asal keluarga, walaupun mungkin bukan kampung. Maka ada yg tak nak balik kampung. Mungkin ada kenangan negatif berada di kampung.

Maka sebelum balik ke kampung, ada yg akan timbang berulang kali sebelum buat keputusan nak balik kampung.  Tapi jika kenangan adalah positif, maka biasanya berat nak tinggalkan kampung.

Selasa, Jun 23, 2026

3K Semasa Belajar

Alhamdulillah sejak tadika sehingga ke ipt, saya ada ramai 3k. Diantara 3k ni ada yg jadi 2k, kerabat dan karib. 2k ini bermaksud hubungan yg sangat akrab.

Tadika tempat bermula kumpul 3k. Ada bersama semasa sekolah rendah. Ada yg jumpa semula semasa sekolah menengah. Ada yg jumpa semula semasa di ipt. Alhamdulillah, hubungan 3k kekal baik.

Ada diantara 3k bersama dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ipt. Cuma tidak sepenuhnya. Apabila berjumpa 3k sekarang, terasa muda kembali. Ada yg lupa sudah bercucu.

3K dan KK

3 K. Keluarga, kawan, kenalan. Alhamdulillah di kk, kuala kangsar, saya punya ramai 3k.

Semasa masuk f1, 14org kawan dari sekolah rendah bersama saya. Ada yg pernah jadi rakan sekelas. Ada yg tak pernah jadi rakan sekelas. Awal2 lagi dah lebih 10% drpd 120 adalah 3k saya. 

Kemudian ada yg asal dari kampung di pasir puteh, ada asal dari jelawat, ada keluarga asal besut. Kampung2 keluarga saya, dan mereka kenal keluarga saya. Ada juga anak2 kpd kawan arwah ayah. Ada ibubapa yg ibubapa saya kenal.

Selain 3k sama batch dgn saya, ada 3k dari batch2 senior dan junior saya. Ada yg rumah mereka di depan rumah saya. Ada anak2 3k ibubapa saya, keluarga. Ada juga keluarga saya, anak sdara nenek saya.

Selepas saya keluar kk, ada junior dan senior jadi 3k melalui perkahwinan dgn 3k saya. Ada yg saya baru tahu 3k saya. Nasib baik tak bergaduh.

Isnin, Jun 22, 2026

4 A

4 A kali ni berkait A yg membantu membentuk kita sama ada secara positif atau sebaliknya. A ini ada kaitan dgn 3 K.

4 A ini berkait dgn tahap atau aras hubungan kita. A yg pertama, aras Ayah, termasuk ayah saudara. A kedua, aras Atok. A ketiga, aras adik beradik. A ke 4 aras anak, termasuk anak buah, dll. 4A ini boleh jadi keluarga, kawan, atau kenalan kita.

Org sekrg biasa sebut ttg kabel. Beruntung jika berada di mana2, ada 4A yg sedia bantu kita.

Beruntung jika kita masih ada 

Ahad, Jun 21, 2026

Ayahanda

Ayahanda. Ayah. Bapa. Daddy. Abi. Appa. Dll. Panggilan kpd lelaki yg dimurahkan rezeki melalui anak. Anak kandung, anak tiri, anak angkat, anak buah, anak menantu, dll.

Hari ini hari bapa. 364 hari lain dlm setahun adalah hari ibu. Selamat hari bapa kepada bapa2 semua. Terima kasih bapa2. Terima kasih ibu2. Terima kasih anak2. Untuk jadi bapa mesti ada ibu, ada anak.

Alhamdulillah, 250825 Allah kurniakan kpd saya dan isteri saya 2 anak kembar. Menjadikan saya seorg ayah. Semoga Allah permudahkan dan panjang usia bapa2 dlm menjalankan amanah sbg seorg bapa.

10 30 60

Jarak dlm kiraan km. Angan2 atau arahan. 1 3 6 pun belum pernah.

Seorg kawan jemput saya utk larian 30km. Larian denai, trail run. Sempatkah utk bersedia atau semput semasa bersedia? Kayuhan 5km pun saya dah semput. Belajar berenang dlm 1m pun hampir lemas. Berjalan 28km pun 3h2 mlm. 

Tapi, menarik juga cabaran 30km. Kalau xlarat sbg peserta. Boleh turut serta sbg urusetia. Kalau sbg pengiring, naik scrambler atau mtb?

Lelaki Seterika

Semasa di sekolah asrama dan itm, tiada peluang jadi lelaki seterika. Pakaian yg berkedut biasanya di letak di bawah tilam. Atau di himpit dgn apa2 yg berat utk kurangkan kedut.

Di langkawi pada 2017, berpeluang lihat ketibaan lelaki dan perempuan seterika tiba untuk acara Ironman. Ada dikalangan mereka adalah 3k saya, tapi tak terserempak dgn mereka.

Ramai drpd 3k saya adalah ironman. Saya hanya setakat lelaki seterika, atau lelaki besi biasa. Bukan spt mereka yg berupaya berenang, berlari, dan berbasikal untuk jarak yg jauhdan tempoh yg lama.

Sabar dan Rezeki

Kita dinasihatkan, digalakkan, dianjurkan. Sabar dlm hadapi ujian. Dan hidup adalah ujian. Sabar hadapi ujian buruk, dan ujian baik kpd kita.

Rezeki juga adalah ujian. Biasanya rezeki berkait perkara baik kpd kita. Perkara baik yg berlaku kpd kita adalah ujian utk bersabar. 

Elak adalah satu cara bersabar. Elak sombong, tamak, kedekut dgn rezeki kita. Elak dengki dgn rezeki org lain. Ada yg eja sabar dan rezeki spt sabr dan rizqi.

Sabar dan Redha

Sabar dan redha. Maksud berbeza. Tapi ada kaitan. Dan ramai salahfaham. Sebab ramai salahguna diantara keduanya pada keadaan yg tidak sesuai.

Ilmu sekarang buktikan ilmu berada di hujung jari. Malah telah terbukti, ilmu di hujung mulut. Paling mudah, bertanya utk tahu apa itu sabar, apa itu redha. Sama ada tanya secara lisan, atau tanya secara bukan lisan.

Sabar dikatakan sebagai menahan diri. Sabar semasa hadapi ujian yg duka. Redha adalah tahap selepas sabar.  Terima ketentuan Allah. Dan sabar serta redha juga berkait dgn suka, bukan hanya duka. Setiap kesusahan itu ada kesenangan.

3K

Rumah arwah wan di pasir puteh dijenamakan sbg c3k. Lokasi di cabang 3 kamil. Atau cabang 3 sekolah kamil. Cabang 3 adalah simpang jalan kamil dgn laluan kb bandar pasir puteh.

Apa itu 3k? 3k juga boleh bermakna 3 sekolah kamil. Tapi ada lebih dari 3 sekolah kebangsaan sk kamil? Tapi sebuah sekolah menengah smk kamil. Sekolah2 amil ini adalah di kompleks sekolah kamil.

3k juga berkait dgn hubungan. Keluarga, kawan, kenalan. Ada hubungan darah daging, ada hubungan bukan darah daging. Hubungan terbaik adalah hubungan yg beri kebaikan dunia dan akhirat, kepada kesemua pihak.

Sabtu, Jun 20, 2026

Air dan Mata

Berbicara tentang air dan mata, berbicara tentang rasa. Rasa suka, rasa duka. Spt cerita kabhi kusha kabhi gum.

Mata air adalah sumber kesukaan. Sebab mata air adalah punca air utk kehidupan. Dari mata air sehingga mengalir ke laut. Mata air juga jadi duka jika suka bertukar duka.

Air mata boleh jadi suka, boleh jadi duka. Biasanya berbicara tentang air mata berbicara tentang duka. Nabi yaacob menjadi buta, kerana terlampau banyak air mata duka.

Doa adalah permintaan kpd Allah. Ada yg berdoa sehingga keluar air mata. Ada yg suka dan berterima kasih sehingga keluar air mata. Ada yg ketawa sehingga keluar air mata.

Musibah dan Sahabah

Musibah atau musibat, biasa dikaitkan dgn yg tidak baik. Adakala kerana subahah, atau subahat, kerana terlibat dgn yg tak baik. Kerana kita turut lakukan yg tidak baik.

Sahabah atau sahabat adalah kawan. Mereka yg membantu kita jadi baik. Baik secara fizikal dan bukan fizikal. Baik sekarang, dan baik utk masa akan datang.

Musibah kerosakan kereta saya, membolehkan bertemu sahabah baru. Musibah kereta saya membolehkan saya dibantu sahabah lama. Terima kasih prof M, sudi hantar saya balik dari fsr. Terima kasih juga prof M, belanja saya makan. Terima kasih sahabat, bro.

UMR Kita

UMR berkait umur, masa, dan rasa kita. Ketiga2 ini saling berkait. Ketiga2 ini saling memberi kesan kpd hidup kita.

Setiap masa, umur kita di dunia semakin bertambah. Setiap masa, baki umur kita di dunia makin berkurang. Semakin berumur, ada rasa yg bertambah, ada rasa berkurang.

Sebaiknya utk kita, UMR mengingatkan kita tentang dunia dan akhirat. Setiap kali UMR bertambah, setiap kali juga peluang UMR mendatang berkurang.

Masa dan Rasa

Masa boleh pengaruh apa kita rasa. Apa kita rasa boleh pengaruh masa kita.

Masa boleh dikaitkan dgn masalah. Rasa boleh dikaitkan dgn perasaan dan perasan. Bolehkah masa dikaitkan dgn kecemasan?

Jika kita rasa masa adalah emas, kita akan hargai setiap masa yg kita ada. Jika kita rasa masa adalah tidak ternilai kerana masa yg ada tidak dapat diganti semula, kita akan gunakan masa yg ada sebaik mungkin utk kita.

3 Cahaya Di Hari Jumaat

Alhamdulillah. Selesai solat jumaat di masjid uitm, saya diketemukan dgn 3 cahaya.

Cahaya dlm bahasa arab adalah nur. Selain drpd nur, adalah zahra dan azhar. 3 cahaya yg saya jumpa adalah 3 azhar. 3 org kawan saya di uitm.

Azhar pertama, pernah kerja bersama saya di fsr. Azhar kedua, rakan sekerja semasa di ined. Dan azhar ke3 kawan pensyarah di masscomm. 2 drpd cahaya sek kito jangae pecoh. Semoga 3 azhar ini terus bercahaya utk diri mereka dan org lain.

Rabu, Jun 17, 2026

Pinjaman Masa

Kita di dunia dgn masa yg dipinjamkan. Setiap saat adalah pinjaman.

Adakala kita pinjam masa org lain. Ada masa org lain pinjam masa kita. Pastikan masa yg dipinjamkan, sama ada daripada kita, atau kepada kita, digunakan utk kebaikan bersama.

Pinjaman masa jarang boleh dikembalikan. Setiap saat adalah masa yg baru. Tahun baru maal hijrah adalah pinjaman masa baru untuk kita. Gunakalah sebaiknya.

Pinjam & Tumpang

Hidup kita adalah pinjaman. Hidup kita adalah tumpangan. Hidup di dunia hanyalah pinjaman dan tumpangan.

Ramai yg lupa. Apa yg kita ada di dunia, bukan milik kita. Apa yg kita ada di dunia, adalah amanah yg perlu kita jaga. Termasuk masa, ilmu, kesihatan. 

Tapi ramai yg diberi pinjam kekayaan, lupa pemilik sebenar. Ramai yg bermewah2, berbelanja, seolah2 hak di dunia.

Ahad, Jun 14, 2026

Penat dan Sakit

Biasanya penat dikaitkan dgn sakit. Penat sebab sakit. Sakit sebab penat.

Penat juga berkait dgn risiko. Risiko negatif. Penat juga berkait dgn produktiviti. Penat boleh jadi punca. Penat boleh jadi kesan.

Penat mungkin dari segi fizikal, mental, emosi, spiritual, sosial, kewangan. Jika spiritual kita sihat, kuat, insyaallah dpt hadapi, atasi, kurangkan punca dan kesan penat pada elemen2 lain - fmesow.

Kursus Di Taman Negara

Alhamdulillah, 9-11jun 2026 saya ke taman negara pahang. Menginap dan perkongsian ilmu dlm bangunan/ indoor di tempat saya pernah pergi sejak 2005.

Pengalaman di taman negara kali ini kali pertama di kampung kuala sat. Sebelum ni hanya lihat di fb shj. Dan kampung ini telah berulangkali, Jad Hasriq jemput saya. Kursus outdoor diketuai kawan penduduk kg kuala sat, Camry al yahya.

2026 adalah tahun ke 35 saya ke taman negara pahang. Kali pertama pada jun 1991. Dgn 2org pakcik saya, dan 3 kawan2 mereka. Terima kasih kpd arwah ayah jan yg menimbulkan minat saya ke taman negara.

Geroh dan Jadi

Manusia merancang. Allah merancang. Allah sebaik2 perancang. Allah maha mengetahui.

Rancangan nak memandu 4jam ke kuantan. Baru 3/5 perjalanan, kereta bermasalah. Rancangan sampai ke kuantan 2.30ptg. Tapi smp 9.30mlm. Tunggu towtruck. Tunggu diambil isteri dari kuantan. Makan malam berserta mkn tgh.

Dah nk geroh. Dah nk jadi. Alhamdulillah semasa kereta rosak, semasa menunggu nak ke bengkel, nak ke kuantan diambil isteri, saya hanya seorg. Alhamdulillah tiada ahli keluarga lain, terutama ibu, isteri, anak kembar.

Alhamdulillah, kesihatan fizikal ok. Kesihatan kewangan yg terganggu. Mungkin dah biasa tunggu lama? Tidak berpeluh, tidak panik. Alhamdulillah.

Isnin, Jun 08, 2026

BnB Bas dan Burger

BnB biasa dikaitkan dgn perjalanan. Bed and breakfast. Penginapan dan dan sarapan pagi. Biasanya dikaitkan dgn tempat tidur dan makanan disediakan bersama penginapan.

BnB bas dan burger mula di Malaysia mungkin seawal tahun 70an atau awal 80an. Zaman di mana belum banyak RnR utk musafir berhenti utk rehat dan isi perut. Mereka yg naik bas utk perjalanan antara kota spt balik kampung atau outstation, akan boleh beli burger serendah rm1 sebiji. Burger bodoh. Hanya ada daging dlm roti, dgn sos tomato atau cili.

Sekrg, di rnr rasmi atau di tepi jalan dlm perjalanan, mudah nk beli burger. Ada jenama mahal, ada jenama sendiri. Semlm, dlm perjalanan dgn bas, saya beli sebiji burger di sebuah rnr gua musang. Rm4.70 termasuk cukai.

Selasa, Jun 02, 2026

Ekonomi dan Kereta

Ramai mengeluh, kos kehidupan sekrg lebih tinggi berbanding dulu2. Tapi ada juga yg kata sekrg lebih senang drpd dahulu.

Kereta di rumah, di jalanraya dikatakan antara petanda ekonomi. Jadi, dgn bilangan kereta yg banyak sekrg berbanding dulu2, ada yg katakan ekonomi sebenarnya lebih baik bagi majoriti rakyat kita.

40tahun dahulu, tidak ramai pensyarah dan kakitangan itm miliki kereta. Pelajar juga sgt sedikit pandu kereta ke kuliah. Berbanding sekrg, parkir kereta antara masalah utama kerana ramai yg pandu kereta ke uitm.

Balik Kampung dan Volvo

Tadi, baru sampai ke rumah. Setelah balik kampung untuk beraya. Perjalanan balik kampung dan kembali ke kampung baru kali ini lebih 12jam.

Dulu2 balik kampung dgn volvo ayah biasanya paling lama 10jam. Volvo pertama ayah, 144s. Warna asal putih. Apabila diberi kpd arwah atuk, dicat kuning. Terakhir warna biru. BX717.

Sekrg, balik kampung, saya lebih selesa naik volvo juga. Dgn pemandu khas. 2 org. Ada tandas. 2 tingkat. Perjalanan biasa 7jam, ikut gua musang.