Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Julai 15, 2025

Ilmu dan Kaya

Ramai kaya dgn ada ilmu. Tapi jika kaya dunia shj, seseorg itu tidak berilmu. Ilmu itu utk kaya akhirat.

Ilmu dikaitkan dgn perkongsian apa yg kita tahu. Kita tahu dgn guna 5 deria kita. Tahu dgn iqra, berkomunikasi. Ada komunikasi secara langsung, ada secara tidak langsung.

Jika salah kongsi apa yg kita tahu, kita bukan kongsi ilmu. Kita kongsi ajaran sesat. Ajaran sesat nampak kaya di dunia. Perbetulkan. Kaya bukan dgn rumah mewah, kereta mewah, kehidupan mewah di dunia shj. 

Kita ingin kaya di dlm kubur, ruang kubur luas dan bercahaya, tanpa diseksa. Kita ingin kaya di akhirat, boleh makan apa shj. Kita berdoa utk sejahtera dunia dan akhirat.

Ilmu dan Pemimpin

Ilmu molek difaham sbg sesuatu yg akan beri kebaikan, dunia dan akhirat. Jika beri keburukan, ianya ajaran sesat. Pemimpin seorg yg berilmu. Pengkhianat seorg yg ikut dan beri ajaran sesat.

Seorg berilmu tidak akan sombong. Yg sombong adalah yg bodoh, yg sesat. Ada yg mulanya berilmu dan sbg pemimpin. Tapi setelah rasa dirinya shj betul, dia jadi sombong, tak boleh ditegur. Seorg yg tak boleh ditegur adalah seorg yg bodoh dan ingin terus bodoh.

Walau pun kita banyak berjasa, banyak buat kebaikan, tapi jika di pengakhiran kita sombong, kita telah jadi bodoh. Banyak contoh dlm sejarah, dan yg masih hidup. Antara jadi sombong kerana kerap dipuji, dipuja, dibodek, umpama maharaja dlm the emperor's clothes. Akhirnya terbogel di depan org ramai.

Bodoh Sombong

Sifat seorang pemimpin di dlm islam adalah siddiq, fatonah, amanah dan tabligh. Dipercayai dan diyakini, berilmu dan bijaksana, jaga dan cuba terbaik, dan kongsi ilmu utk kebaikan.

Lawan seorg pemimpin adalah pengkhianat. Antara sifat pengkhianat adalah tidak boleh dipercayai dan tidak boleh diyakini, bodoh dan sombong, dengki dan tamak, serta kedekut dan tidak peduli org lain.

Jika kita bodoh sombong, ianya tanda kita akan ada sifat pengkhianat yg lain. Sombong dgn pangkat, jawatan, gelaran, pujian, harta, kuasa, keturunan. Walaupun kita ada kelayakan akademik yg tinggi, tapi kita sombong, kita telah jadi bodoh. Bodoh dunia dan akhirat.

Isnin, Julai 07, 2025

Tempahan Seat

Biasanya, kita ada pilihan utk tempah seat atau sebaliknya. Tempahan seat di dlm bas dan keretapi biasanya tidak dikenakan caj. Tempahan seat dlm kapalterbang akan ada caj, sebab satu cara syarikat penerbangan buat duit.

Semasa maklumbalas drpd penumpang yg duduk di seat saya, saya antara yg saya tangkap adalah sakit dan jahit. Memang rupa beliau nampak tak sihat. Pemandu bas maklumkan kpd saya, tiket penumpang telah dibeli last minute oleh pdrm yg hantar beliau menaiki bas. Beliau seorg mangsa scam.

Tempahan seat ingatkan saya masa malam wayang gambar pada malam sabtu di koleq. Akan ada yg pergi cepat utk book seat terbaik. Senior biasanya akan dpt seat terbaik. Senior tak perlu cop kerusi bersaing dgn junior.

Kerusi Dalam Bas

Lebih biasa disebut 'seat', yg lebih hampir bermaksud, tempat duduk. Tempahan penggunaan pengangkutan spt kapal terbang, keretapi, dan bas sekarang membolehkan kita pilih nombor seat kita.

Tadi, semasa menaiki bas, saya terkejut melihat ada org lain dudik di seat saya. Setelah saya maklumkan seat yg beliau duduk adalah seat saya, beliau membalas dgn perkataan yg ada saya faham, dan ada saya tak faham. Saya hanya senyum, lihat ada lagi seat kosong di belakang, terus memilih seat berkembar.

Memang seat ditempah yg diduduki oleh org lain, biasanya boleh timbulkan pertengkaran. Tetapi, melihat kpd org tersebut, dan cara percakapan serta apa yg beliau bgtahu saya, saya biarkan dia duduk di seat saya.

Boleh dan Bolah

Boleh biasa difahami sbg mampu utk lakukan sesuatu, secara fizikal dan bukan fizikal. Secara langsung dan secara tidak langsung. Kemampuan atau keupayaan secara sukarela atau secara paksa.

Bolah dlm bahasa kelantan adalah tidak cermat, tidak berhati2. Bolah juga boleh berlaku kerana tidak mampu atau tidak berupaya lakukan dgn baik. Kerja dibuat akan ada kerugian spt benda pecah, manusia cedera fizikal atau bukan fizikal.

Kita boleh bolah. Jika kita fikir akan berlaku yg negatif apabila kita nak lakukan sesuatu, akan ada risiko kita bolah.

Rabu, Julai 02, 2025

Kerjasama & Kerja Sama

Sebutan sama. Ejaan sama. Tapi makna tak sama.Kita amat digalakkan bekerjasama utkebaikan bersama, diri dan organisasi. Kita sama2 bekerja dgn amanah.

Kerja sama biasanya buat kerja yg sama. Individu A buat kerja yg sama spt sebelumnya. Individu lain turut buat kerja yg sama spt individu B.

Ada pepatah, jika tidak rosak, buat apa nak betulkan. Tapi jika kerap rosak, kerana individu yg sama, kumpulan individu yg sama, ketua mesti bertindak. Sebab ketua yg perlu jawab. Jika ketua adalah ketua perosak, siapa perlu bertindak?