Semoga catitan di blog ini dapat memberi perubahan positif kepada saya dan pengunjung blog ini.
Mengenai Saya
- cebad
- focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management
Isnin, September 29, 2025
Rezeki dan Usia
Rezeki dan Kehidupan
Selasa, September 16, 2025
Iqra 30 Juz
Alquran terbahagi kpd 30juz dan 114 surah. Semasa bulan ramadan, digalakkan membaca minima 1juz sehari.
Iqra biasa dikait dgn baca. Baca, tanya, rujuk. Fbuat, faham, buat. Satu kitaran setiap tahun. Satu kitaran dari sebelum dilahirkan, sehingga selepas mati.
Alquran sesuai setiap masa. Sbg peringatan utk sejahtera dunia dan akhirat. Bacalah. Ulanglah. Rujuklah. Dgn nama tuhan yg mencipta kita.
Isnin, September 15, 2025
Selalu
Baca baca - Iqra
Saya menjadi sukarelawan utk projek belajar membaca bahasa melayu bagi murid sekolah rendah. Ianya projek sebuah ngo bersama sebuah ipt.
Ini kali pertama saya sebagai cikgu murid sekolah rendah utk belajar membaca. Saya diberi amanah seorang murid india. Kelas secara online.
Ada pelbagai cara membantu membaca. Antaranya, cikgu baca dahulu, murid dengar. Kemudian cikgu baca, murid ulang baca yg dibaca cikgu. Seterusnya, murid baca, cikgu betulkan.
Khamis, September 11, 2025
Zalim dan Ilmu
Khianat dan Zalim
Seorang pemimpin mesti amanah. Setiap manusia adalah pemimpin. Paling kecil, pemimpin kpd diri sendiri.
Jika seorg manusia itu pecah amanah, dia bukan lagi seorg pemimpin. Dia tidak layak sbg pemimpin. Dia telah khianat. Dia telah zalimi diri sendiri, dan mereka yg beri amanah kpdnya.
Seorg yg diberi amanah sbg pemimpin, tetapi khianat, tidak layak terus sbg pemimpin. Mereka yg dikhianati, adalah mereka yg dizalimi. Doa mereka yg dizalimi mudah dikabulkan Allah. Berdoalah.
Isnin, September 08, 2025
Tabik Hormat
Petang semalam, dah hampir pukul 7mlm, saya keluar rumah ingin mencari beberapa barangan keperluan, dan kehendak. Di luar kawasan rumah beberapa anak jiran sedang bermain bolasepak.
Sebaik kereta saya melintas seorang anak jiran yg sedang menunggu utk meneruskan permainan bolasepak, beliau berdiri tegak. Dia memberi tabik hormat kpd saya. Saya membalas tabiknya, sambil tersenyum. Beliau tersenyum balas. Tertanya juga, kenapa anak jiran beri tabik hormat kpd saya.
Di kejiranan semasa saya, ada beberapa bekas anggota pasukan berseragam. Ada juga yg masih aktif. Biasanya, yg tabik kpd saya adalah jaga laluan masuk/keluar kawasan.
Khamis, September 04, 2025
Jong
Biasanya ramai fahamkan jong sbg kapal layar cina. Tetapi bagi masyarakat tertentu, jong bermakna, tukang, boy, pembantu. Spt, jong kako, iaitu pembantu penyedia makanan, spt di kenduri kahwin.
Dlm kumpulan tertentu, jong/pembantu memudahkan kerja, atau kehidupan harian seseorang, atau kumpulan manusia. Termasuk di istana.
Jong ada yg formal, ada yg tak formal. Alhamdulillah, hampir di semua tempat, dan keadaan, ada yg sudi jadi jong saya. Ada yg perlu arahan, ada yg terus sempurnakan amanah tanpa tunggu arahan semasa.
Hidup dan Amanah Kita
Jika kita beriman, kita faham tentang hidup dan amanah. Ayat alquran mengingatkan kita, tidak dijadikan jin dan manusia, selain drpd utk beribadah kpd allah. Amanah hidup kita adalah beribadah kpd allah.
Amanah adalah satu keperluan yg wajib kita sempurnakan. Hidup berkait dgn rezeki. Amanah berkait dgn rezeki. Amanah juga berkait dgn pinjaman, tumpangan.
Kita hanya menumpang di dunia ini. Kita diberi pinjam dgn pelbagai rezeki, spt masa, sihat, keluarga, kerja, dll. Selagi kita hidup, sempurnakan amanah diberi kpd kita.
MCBC
Mcbc bukan mckk. Medical clinic bukit cerakah, atau klinik kesihatan bukit cerakah. Satu diantara kk dibawah kkm di selangor.
Luas kawasan mcbc tidak seluas mckk, malay college kuala kangsar. Juga tidak seluas mcpkk, medical clinic pahi kuala krai. Lot kkbc muat2 utk 2 bangunan utama. Tiada ruang parkir pesakit. Tiada kuarters kakitangan.
Walau bagaimana pun, khidmat kesihatan di setiap klinik kerajaan, klinik kesihatan, klinik desa, dll adalah sangat penting utk kelangsungan hidup rakyat. Bukan semua mampu dapatkan khidmat kesihatan di klinik, hospital, atau pusat perubatan swasta.