Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Oktober 23, 2025

Beban Kehidupan

Hidup penuh dgn ujian. Ada ujian sama, ada ujian berbeza dihadapi kita. Tahap beban utk ujian dihadapi ada sama, ada berbeza. 

tadi semasa singgah di stesen minyak dlm perjalanan balik dari kerja, terlihat sepasang suami isteri bersama anak kecil berusia mungkin 2tahun. Mereka sedang bersedia meneruskan perjalanan balik ke rumah. Mungkin singgah utk solat maghrib. Mereka menaiki motorsikal.

Kita wajar bersyukur dgn rezeki kita. Dgn rezeki ada ujian. Jika saya rasa penat memandu 1jam lebih sehala dlm hujan, keluarga tadi mengingatkan saya beban dan ujian saya tidah seberat mereka.

Jumaat, Oktober 10, 2025

Jaga Malam

Jaga malam atau malam jaga. Berjaga malam atau malam berjaga. Jaga malam biasanya tidak tidur di waktu malam.

Ada pelbagai sebab berjaga malam. Sebab mungkin sama, mungkin berbeza dgn tempat, masa, keadaan. Semasa belajar di sekolah, di ipt, berjaga malam biasanya berkait dgn belajar. Walaupun ramai berjaga malam tidak berkait akademik.

Sekrg, apabila ada anak kecil, jaga malam utk layan anak. Buat susu, tukar lampin, dodoikan anak. Kitaran kehidupan kita libatkan berjaga malam.



P

Common Room

Common room (cr) atau bilik biasa(?). Di kualer ada cr dan senior cr. Cr di sekolah persediaan dan di hostel baru. Scr di sekolah besar.

Cr di ps tempat pendaftaran murid baru. Tempat perjumpaan dgn pengawas. Cr tempat kami berkongsi kehidupan baru di kualer.

Ada yg suka cr. Ada yg xsuka cr. Saya berpendapat, cr berkongsi persediaan kehidupan di kualer. Dan kehidupan di luar kualer. Ada yg boleh terima. Ada yg sehingga kini tidak boleh terima.

Khamis, Oktober 02, 2025

Budi dan Budu

Alhamdulillah. Tadi acu tera coba test Budi. 5 minit baca arahan, tak faham, tak betul. Lega dapat tunjukajar penjaga pam. Tap kad kredit, masukkan kp, masukkan mesra. Ada satu step lupa dah.

Org berbudi, kita berbahasa. Org memberi, kita merasa. Amanah pemimpin buat polisi sejahtera rakyat. Amanah penjawat awam buat prosedur sejahtera rakyat. Amanah peniaga berniaga sejahterakan rakyat.

Nak makan budu, ada cara utk dapat khasiat. Jika tak tahu, tanya. Jangan malu. Semoga harga budu kekal mampu milik. Masih adakah budu di dining hall koleq utk dimakan ramai?

Rabu, Oktober 01, 2025

Rezeki dan Keluarga

Rezeki ada baik, ada tak baik. Kita sentiasa inginkan rezeki yg baik2 dunia dan akhirat. Antara rezeki kita adalah keluarga kita.

Ada yg rezekinya, tiada keluarga. Tidak tahu asal usul. Dijauhkan atau jauh dari keluarga. Keluarga sentiasa berada hampir dgn kita. Ada keluarga semulajadi, ada keluarga dijadikan kita.

Kita mahu keluarga sentiasa di sisi kita utk disokong dan kita sokong, utk sejahtera dunia dan akhirat. Rezeki kita yg baik jika keluarga kita baik dgn kita utk sama2 sejahtera dunia dan akhirat.

Isnin, September 29, 2025

Rezeki dan Usia

Setiap masa kita, telah ditetapkan Allah rezeki kita. Rezeki dlm pelbagai bentuk utk kita. Dan usia kita adalah rezeki kita.

Ada rezeki yg terhad usia dlm kandungan shj. Ada rezeki usia hanya sekejap shj setelah dilahirkan. Ada rezeki usia lebih dari 100tahun.
Usia pendek tidak semestinya rezeki buruk. Usia panjang, tidak semestinya rezeki baik.

Yg penting adalah bgmn kita uruskan usahan rezeki dlm bentuk usia kita. Setiap hari, apabil masih diberi rezeki utk masih hidup di dunia ni, usahakanlah yg terbaik. Elak bodoh sombong, bangga diri, rasa diri shj betul. Iqra.

Rezeki dan Kehidupan

Rezeki adalah milik Allah. Dipinjamkan, diamanahkan kpd kita semasa kita hidup. Walau pun sbg hamba Allah, Allah berikan rezeki kpd kita.

Rezeki kita dlm pelbagai bentuk. Tidak terhad kpd kekayaan spt duit, emas. Diberi umur, kesihatan, ilmu, keluarga dan kawan antara rezeki juga.

Ramai yg mudah lupa dgn amanah diberi bersama rezeki. Ramai jadi sombong, dengki, kedekut, tamak. Jadi bodoh, biadab. Sentiasalah berpesan2 dan mengingatkan.


Selasa, September 16, 2025

Iqra 30 Juz

Alquran terbahagi kpd 30juz dan 114 surah. Semasa bulan ramadan, digalakkan membaca minima 1juz sehari.

Iqra biasa dikait dgn baca. Baca, tanya, rujuk. Fbuat, faham, buat. Satu kitaran setiap tahun. Satu kitaran dari sebelum dilahirkan, sehingga selepas mati.

Alquran sesuai setiap masa. Sbg peringatan utk sejahtera dunia dan akhirat. Bacalah. Ulanglah. Rujuklah. Dgn nama tuhan yg mencipta kita.

Isnin, September 15, 2025

Selalu

Selalu ada pelbagai maksud. Biasa kita faham, selalu adalah berulangkali. Bercakap atau buat benda sama berulang2. Atau sentiasa. Sokmo.

Maksud lain selalu adalah segera. Buat atau ikut arahan sebaik mendengar arahan. Tidak berlengah. Cepat.

Satu lagi maksud selalu adalah sekali sahaja. Buat tanpa perlu diulang. Tanpa diperbetulkan. Secara positifnya, jika cakap atau buat selalu, ianya secara sekali shj utk berkualiti dan berkesan/ efektif, cepat atau efisien, dan biasa buat yg terbaik.

Baca baca - Iqra

Saya menjadi sukarelawan utk projek belajar membaca bahasa melayu bagi murid sekolah rendah. Ianya projek sebuah ngo bersama sebuah ipt. 

Ini kali pertama saya sebagai cikgu murid sekolah rendah utk belajar membaca. Saya diberi amanah seorang murid india. Kelas secara online.

Ada pelbagai cara membantu membaca. Antaranya, cikgu baca dahulu, murid dengar. Kemudian cikgu baca, murid ulang baca yg dibaca cikgu. Seterusnya, murid baca, cikgu betulkan.

Khamis, September 11, 2025

Zalim dan Ilmu

Seorg yg zalim adalah seorg yg tidak berilmu. Seorg yg tidak beradab. Seorg yg tidak beramanah.

Seorg yg zalim adalah seorg yg tamak. Juga kedekut, sombong, dan dengki. Sifat2 seorg yg lupa diri kerana kuasa, jawatan, pangkat, harta, keturunan.

Seorg yg zalim secara automatik tidak lagi perlu dihormati. Jauhilah mereka yg zalim. Yg lupa nikmat yg diberikan sementara oleh Allah.

Khianat dan Zalim

Seorang pemimpin mesti amanah. Setiap manusia adalah pemimpin. Paling kecil, pemimpin kpd diri sendiri.

Jika seorg manusia itu pecah amanah, dia bukan lagi seorg pemimpin. Dia tidak layak sbg pemimpin. Dia telah khianat. Dia telah zalimi diri sendiri, dan mereka yg beri amanah kpdnya.

Seorg yg diberi amanah sbg pemimpin, tetapi khianat, tidak layak terus sbg pemimpin. Mereka yg dikhianati, adalah mereka yg dizalimi. Doa mereka yg dizalimi mudah dikabulkan Allah. Berdoalah.

Isnin, September 08, 2025

Tabik Hormat

Petang semalam, dah hampir pukul 7mlm, saya keluar rumah ingin mencari beberapa barangan keperluan, dan kehendak. Di luar kawasan rumah beberapa anak jiran sedang bermain bolasepak.

Sebaik kereta saya melintas seorang anak jiran yg sedang menunggu utk meneruskan permainan bolasepak, beliau berdiri tegak. Dia memberi tabik hormat kpd saya. Saya membalas tabiknya, sambil tersenyum. Beliau tersenyum balas. Tertanya juga, kenapa anak jiran beri tabik hormat kpd saya.

Di kejiranan semasa saya, ada beberapa bekas anggota pasukan berseragam. Ada juga yg masih aktif. Biasanya, yg tabik kpd saya adalah jaga laluan masuk/keluar kawasan.

Khamis, September 04, 2025

Jong

Biasanya ramai fahamkan jong sbg kapal layar cina. Tetapi bagi masyarakat tertentu, jong bermakna, tukang, boy, pembantu. Spt, jong kako, iaitu pembantu penyedia makanan, spt di kenduri kahwin.

Dlm kumpulan tertentu, jong/pembantu memudahkan kerja, atau kehidupan harian seseorang, atau kumpulan manusia. Termasuk di istana.

Jong ada yg formal, ada yg tak formal. Alhamdulillah, hampir di semua tempat, dan keadaan, ada yg sudi jadi jong saya. Ada yg perlu arahan, ada yg terus sempurnakan amanah tanpa tunggu arahan semasa.

Hidup dan Amanah Kita

Jika kita beriman, kita faham tentang hidup dan amanah. Ayat alquran mengingatkan kita, tidak dijadikan jin dan manusia, selain drpd utk beribadah kpd allah. Amanah hidup kita adalah beribadah kpd allah.

Amanah adalah satu keperluan yg wajib kita sempurnakan. Hidup berkait dgn rezeki. Amanah berkait dgn rezeki. Amanah juga berkait dgn pinjaman, tumpangan.

Kita hanya menumpang di dunia ini. Kita diberi pinjam dgn pelbagai rezeki, spt masa, sihat, keluarga, kerja, dll. Selagi kita hidup, sempurnakan amanah diberi kpd kita.