Semoga catitan di blog ini dapat memberi perubahan positif kepada saya dan pengunjung blog ini.
Mengenai Saya
- cebad
- focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management
Jumaat, Oktober 31, 2025
Mengurus dan Gagal
Khamis, Oktober 23, 2025
Beban Kehidupan
Hidup penuh dgn ujian. Ada ujian sama, ada ujian berbeza dihadapi kita. Tahap beban utk ujian dihadapi ada sama, ada berbeza.
tadi semasa singgah di stesen minyak dlm perjalanan balik dari kerja, terlihat sepasang suami isteri bersama anak kecil berusia mungkin 2tahun. Mereka sedang bersedia meneruskan perjalanan balik ke rumah. Mungkin singgah utk solat maghrib. Mereka menaiki motorsikal.
Kita wajar bersyukur dgn rezeki kita. Dgn rezeki ada ujian. Jika saya rasa penat memandu 1jam lebih sehala dlm hujan, keluarga tadi mengingatkan saya beban dan ujian saya tidah seberat mereka.
Jumaat, Oktober 10, 2025
Jaga Malam
Jaga malam atau malam jaga. Berjaga malam atau malam berjaga. Jaga malam biasanya tidak tidur di waktu malam.
Ada pelbagai sebab berjaga malam. Sebab mungkin sama, mungkin berbeza dgn tempat, masa, keadaan. Semasa belajar di sekolah, di ipt, berjaga malam biasanya berkait dgn belajar. Walaupun ramai berjaga malam tidak berkait akademik.
Sekrg, apabila ada anak kecil, jaga malam utk layan anak. Buat susu, tukar lampin, dodoikan anak. Kitaran kehidupan kita libatkan berjaga malam.
P
Common Room
Common room (cr) atau bilik biasa(?). Di kualer ada cr dan senior cr. Cr di sekolah persediaan dan di hostel baru. Scr di sekolah besar.
Cr di ps tempat pendaftaran murid baru. Tempat perjumpaan dgn pengawas. Cr tempat kami berkongsi kehidupan baru di kualer.
Ada yg suka cr. Ada yg xsuka cr. Saya berpendapat, cr berkongsi persediaan kehidupan di kualer. Dan kehidupan di luar kualer. Ada yg boleh terima. Ada yg sehingga kini tidak boleh terima.
Khamis, Oktober 02, 2025
Budi dan Budu
Alhamdulillah. Tadi acu tera coba test Budi. 5 minit baca arahan, tak faham, tak betul. Lega dapat tunjukajar penjaga pam. Tap kad kredit, masukkan kp, masukkan mesra. Ada satu step lupa dah.
Org berbudi, kita berbahasa. Org memberi, kita merasa. Amanah pemimpin buat polisi sejahtera rakyat. Amanah penjawat awam buat prosedur sejahtera rakyat. Amanah peniaga berniaga sejahterakan rakyat.
Nak makan budu, ada cara utk dapat khasiat. Jika tak tahu, tanya. Jangan malu. Semoga harga budu kekal mampu milik. Masih adakah budu di dining hall koleq utk dimakan ramai?