Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, November 02, 2025

Amanah dan Kesihatan

Setiap rezeki adalah amanah. Kesihatan juga satu amanah. Jika kita tidak sihat, ujian dan cabaran menjaga amanah terasa lebih besar dan berat.

Kesihatan ada pelbagai, spt fizikal, mental, emosi, spiritual, sosiologi, kewangan. Kesihatan mempengaruhi produktiviti kita. Biasanya kesihatan dan produktiviti diandaikan mempunyai hubungan positif.

Menjaga anak perlu kesihatan berbeza bagi sebuah keluarga. Menjaga anak kembar memang mencabar kesihatan. Kos masa, kewangan akan berganda. Tanpa bantuan dan sokongan org ketiga spt pengasuh, kesihatan fizikal, mental, emosi suami isteri memang terkesan akibat tidak cukup rehat.


Menjaga Anak Kembar

Ramai dari kalangan keluarga, kawan, kenalan, pelajar dan rakan sekerja mempunyai ahli keluarga yg kembar. Sama ada diri sendiri, anak, ibubapa atau ahli keluarga yg lain.

Alhamdulillah, 25.08.25, saya dikurniakan rezeki dan amanah dlm bentuk anak kembar. Kedua2nya perempuan. Cabaran menjaga anak perempuan berbeza jaga anak lelaki. Cabaran menjaga anak kembar berbeza jaga anak bukan kembar.

Biasanya, sepasang suami isteri menjaga seorg bayi. Biasa juga dibantu dgn pengasuh, atau org lain. Amat mencabar 2org iaitu ibu dan bapa shj menjaga 2 anak kembar. Jika ikut nisbah biasa 1:2, maka nisbah anak kembar kpd penjaga, minima 2:4. Ada kawan yg nisbah 3:2, iaitu suami dan isteri jaga 3 anak kembar.

Amanah Menjaga Anak

Setiap rezeki adalah amanah. Setiap ada ujian dan cabaran. Menjaga anak ada ujian dan cabaran. Sabar penting dlm menjaga anak.

Biasanya, seorg anak dijaga sekurang2nya seorg penjaga. Ibu, bapa, ahli keluarga, kawan, kenalan, atau pengasuh. Bukan mudah seorg shj menjaga seorg anak. Bayangkan ibu tunggal bekerja menjaga seorg anak kecil.

Gaya hidup dulu2, lebih drpd satu keluarga tinggal dlm satu rumah. Datuk, nenek, pakcik, makcik, sepupu akan bersama jaga dan besarkan anak2 dlm keluarga besar.

Rezeki dan Amanah: Anak

Antara rezeki adalah dikurniakan anak. Kita berdoa dikurniakan anak yg sihat, berilmu, beramal soleh, yg menjadi aset kpd kita.

Setiap rezeki adalah amanah. Anak juga adalah amanah. Diterima putih bersih, dan cuba dikembalikan juga putih bersih.

Seperti rezeki lain, anak datang dgn ujian. Anak juga datang dgn rezekinya sendiri. Semoga anak2 kita menjadi antara asbab kita ke syurga.