Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Februari 22, 2026

Masa dan Pensyarah (2)

Lega. Tersangat lega. Perasaan setelah berjaya muatnaik keputusan kursus setiap semester. Terasa beban amanah telah diangkat dari diri pensyarah.

Walaupun ada lagi aktiviti yg belum selesai, pensyarah akan tarik nafas lega. Sebelum muatnaik markah keputusan kursus, kami seolah2 bernafas tak lepas. Tercungap2.

Maka bolehlah fokus masa dgn keluarga dan kawan. Boleh senyum simpul. Terasa sangat nikmat setelah selesai sempurnakan amanah sbg seorang pensyarah pada setiap sem.

Masa dan Pensyarah

Biasanya terdapat beberapa perkara berkait dgn masa dan pensyarah. Antara yg utama adalah kalendar akademik. Selain itu adalah jadual waktu kuliah. Dan juga, pengurusan peperiksaan akhir.

Antara masa yg kritikal dan mendebarkan adalah masa menyemak dan memuat naik markah keputusan kursus pada setiap semester. Selagi tidak selesai, selagi itulah stres pada tahap ekstrem. 

Setiap pensyarah diamanahkan utk pastikan keputusan dimuktamadkan. Pada masa ini, ada yg tangguh atau pendekkan cuti. Ada yg kurang fokus dgn keluarga dan kawan. Sentiasa berdoa, kita tidak sakit atau kembali kpdNya sebelum muktamadkan keputusan kursus yg diamanahkan kpd kita pada setiap semester.

Isnin, Februari 02, 2026

BP dan Adikberadik

Pagi semlm, bangun dari tidur, bp masih tinggi. Bacaan atas dan bawah tinggi. Nadi pun tinggi. Setelah makan ubat, bp turun.

Tengahari, saya keluar makan dgn 2 adik saya. Makan di gerai makan di medan selera. Kemudian ke kedai runcit dan kedai sayur/buah. Balik ke rumah, saya ambil bacaan bp. Yg atas bacaan cantikpada kali ke3. Yg bawah kurang drpd 100. Tapi nadi tinggi.

Bp dan nadi tinggi tanda tidak sihat. Tapi, apabila bersama adikberadik, mampu rendahkan bp. Kesihatan emosi dan sosial ada kesan kpd kesihatan fizikal.