bermula semalam acara tahunan pun bermula. acara balik kampung utk beraya aidil fitri. tahun ini cuti utk setengah2 orang amat panjang. secara kebetulan dgn cuti sekolah. maka ada yg mungkin cuti sehingga 2 minggu utk raya. bestnya jika beraya di kampung.
orang puterh kata 'mass exodus'. maka berjuta2 rakyat malaysia akan bergerak ke kampung masing2 semasa acara tahunan ini. sebabnya, ramai yg berhijrah ke bandar2 besar utk mencari rezeki. ada statistik beberapa tahun yg lepas mengatakan pada musim raya, seramai 1juta rakyat kelantan akan pulang ke kelantan.
para pelajar uitm di shah alam hampir kesemua sudah meninggalkan kampus pulang ke kampung. maka penduduk shah alam kekurangan lebih 40,000 orang utk 2minggu drpd bilangan pelajar uitm shj. perjalanan pergi dan balik akan mengambil masa yg lama jika pada masa utama. berhati2lah di jalan raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan