Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Jun 01, 2024

Kematian dan Peringatan

Kematian adalah peringatan kpd yg masih hidup. Peringatan bahawa mati itu pasti. Tidak kira umur, kesihatan, kekayaan, jawatan, pangkat, gelaran.

Sejak 10 ramadan tahun ini, sehingga hari ini, 4 ahli keluarga telah kembali kpdNya. Alasan rasmi, meninggal dunia sebab kesihatan. Jantung tidak lagi berfungsi.

Peringatan kpd kita, maafkan dan mohon maaf dgn mereka yg masih ada. Jaga makan minum. Rehat secukupnya. Luangkan masa bersama keluarga. Tahu keutamaan kita.

Kenangan di C3K

Deria membolehkan kita tahu. Tapi intepretasi ada yg sama, ada yg berbeza dgn org lain.

Setiap kali berada di rumah arwah nenek, di pasir puteh, kenangan lama akan kembali, kenangan baru akan tercipta. Rumah banyak berubah, sesuai dgn kegunaan semasa.

Jika sampai di c3k pada waktu malam, akan disambut dgn bau harum pokok. Melihat rumah c3k, terasa seronok, gembira, sedih. Mendengar suara2 saudara mara, menikmati makanan spt nasi belauk, nasi dagang, sate dan nasi impit, membuat terasa sebak juga.

Ramai yg telah kembali kpdNya. Arwah tok ayah, wan, beberapa anak menantu mereka, dan juga seorg cucu. Walaupun tiada lagi gelak ketawa mereka, suara masih kedengara di jiwa. Anak cucu cicit baru menggantikan mereka.