Deria membolehkan kita tahu. Tapi intepretasi ada yg sama, ada yg berbeza dgn org lain.
Setiap kali berada di rumah arwah nenek, di pasir puteh, kenangan lama akan kembali, kenangan baru akan tercipta. Rumah banyak berubah, sesuai dgn kegunaan semasa.
Jika sampai di c3k pada waktu malam, akan disambut dgn bau harum pokok. Melihat rumah c3k, terasa seronok, gembira, sedih. Mendengar suara2 saudara mara, menikmati makanan spt nasi belauk, nasi dagang, sate dan nasi impit, membuat terasa sebak juga.
Ramai yg telah kembali kpdNya. Arwah tok ayah, wan, beberapa anak menantu mereka, dan juga seorg cucu. Walaupun tiada lagi gelak ketawa mereka, suara masih kedengara di jiwa. Anak cucu cicit baru menggantikan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan