Setiap rezeki adalah amanah. Kesihatan juga satu amanah. Jika kita tidak sihat, ujian dan cabaran menjaga amanah terasa lebih besar dan berat.
Kesihatan ada pelbagai, spt fizikal, mental, emosi, spiritual, sosiologi, kewangan. Kesihatan mempengaruhi produktiviti kita. Biasanya kesihatan dan produktiviti diandaikan mempunyai hubungan positif.
Menjaga anak perlu kesihatan berbeza bagi sebuah keluarga. Menjaga anak kembar memang mencabar kesihatan. Kos masa, kewangan akan berganda. Tanpa bantuan dan sokongan org ketiga spt pengasuh, kesihatan fizikal, mental, emosi suami isteri memang terkesan akibat tidak cukup rehat.