pagi tadi saya hadir ke mesyuarat di kpt. pasukan uitm diketuai tnc jim. ahli2 lain adalah pengarah employabiliti dan peg eksekutif jim.
kpt diwakili oleh 5 stafnya. kami berbincang berkenaan heigip. cadangan seramai 250pelajar uitm akan terlibat dlm pilot project. jika 'outcome' memberangsangkan, maka ianya akan digunakan ke semua ipt. dan uitm dicadangkan sebagai ipt perintis.
pelajar yg terpilih akan berdasarkan keputusan sem 1. mereka diperlukan hadir di organisasi setiap cuti sem selama 1 bulan, kecuali pada sem terakhir, mereka akan melakukan 'internship' selama 6 bulan. jumlah intership adalah 12 bulan. harapan kpt dan uitm, pelajar yg terlibat dlm internship akan ditawarkan pekerjaan dgn organisasi yg telah 'groom' mereka.
selalunya tempoh lantikan di suatu tempat adalah 2 tahun. adakah ini bermakna saya akan berada di jawatan baru selama 4 tahun minima?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan