apa beza kerja dan tugas? ramai yg nak kerja. tapi apabila dah dpt kerja tak nak buat kerja. jadi kerja atau pekerjaan adalah jawatan kot.
semalam saya berbincang lama dgn seorang ketua di tempat saya. ianya berkaitan kerja. saya maklumkan bgmana bos saya nyatakan saya tak capai tugasan yg diberi kpd saya. saya terima kenyataan bos saya kerana apa yg beliau nak tak saya penuhi sepenuhnya.
puncanya kerana apa diperlukan bos saya perlu saya dapat drpd staf saya. dukacita pergerakan kerja staf saya amat lambat dan lembab. maka saya nyatakan kpd seorang ketua lain. ianya dipersetujui oleh ketua tersebut. spt kata bos saya, ketua tersebut bagitau bhw saya perlu pantau dan sentiasa ingatkan kpd staf saya utk lakukan kerja mereka. letih lah macam ni.
saya bgtau bgmana staf saya di fakulti dan di ined dahulu amat cekap dan cepat selesaikan tugas diberi. mungkin budaya kerja, mungkin kebiasaan diri (habit). tetapi adalah tanggungjawab saya mendidik staf saya utk bekerja sbgmana keperluan saya dan bos saya. dan jika staf saya tidak mahu bekerja spt keperluan kami, maka mereka ada pilihan utk ke tempat lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan