pada bulan syawal ramai drpd kita menyambut dgn penuh gembira. kita akan menyambut syawal dgn keluarga yg dikasihi. syawal dikaitkan dgn masa gembira bersama keluarga.
walau bagaimana pun, kita tahu bhw ramai juga yg akan berdukacita. mereka menyambut syawal tanpa mereka yg dikasihi. mungkin kerana tugas. mungkin kerana pembelajaran. dan ada kerana mereka yg dikasihi telah dipanggil kembali kpdNya.
di awal syawal kali ini, sahabat saya suami dan isteri menyambut syawal dgn perpisahan sementara drpd anakanda mereka. anakanda mereka yg sulong telah dipanggil kembali kpdNya. ianya setelah sakit barah selama beberapa tahun. dia berusia 17tahun. selepas menduduki peperiksaan percubaan utk spm tahun ini.
perpisahan sementara ini adalah peringatan kpd yg masih hidup. usia tidak menjaminkan kita masih jauh drpd dipanggil kembali kpdNya. perbanyakkanlah bekalan amal kita supaya timbangan amal kita lebih berat drpd yg satu lagi. alfatihah kpd roh mereka yg telah kembali kpdNya. semoga perpisahan sementara ini akan berakhir dgn pertemuan abadi di syurga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan