Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Oktober 05, 2011

Pemimpin Pelajar

di ipt terdapat pelbagai peringkat kepimpinan pelajar. ada di peringkat fakulti. ada di peringkat kolej kediaman. ada di peringkat persatuan hep. ada di peringkat kebangsaan. dan ada di peringkat antarabangsa.

di uitm, peringkat tertinggi sebagai pemimpin adalah sebagai wakil pelajar. setiap fakulti akan diwakili oleh 2 wakil pelajar. dan mereka ini akan dipilih oleh para pelajar di fakulti mereka. saya bertuah kerana 2 (kalau tak silap) bekas wakil pelajar telah memilih saya menjadi penyelia mereka untuk penyelidikan tahun akhir. dan kedua2nya memang sibuk sehingga mengganggu proses menyiapkan tesis mereka.

alhamdulillah, apa yg mereka lakukan sbg pelajar mereka teruskan selepas tamat pengajian bacelor. mereka tetap ikhlas, dan beramanah di mana mereka berada. tahniah. tapi ada juga mereka yg saya lihat semasa menjadi pemimpin pelajar yg sentiasa mencari jalan pintas utk berjaya. kejayaan bagi mereka ini adalah dgn memegang jawatan dan berkuasa. janji dpt apa yg diingini, walaupun tidak secara lurus. dan sifat dan sikap ini berterusan semasa bekerja.

bagi kategori yg tidak lurus, saya akan elak drpd dikaitkan sbg guru mereka. guru memberi cahaya kpd yg dlm kegelapan. saya bukannya rugu, pemberi kegelapan kpd mereka yg bercahaya. kalau cikgu kencing berdiri, anak muridnya akan kencing berlari. jauhilah drpd anda dikencing oleh mereka ini.

Tiada ulasan: