alhamdulillah, semalam di hotel depalma shah alam, peers berjaya mendapat anugerah untuk program terbaik khidmat sosial dan penasihat peers encik din juga berjaya mendapat anugerah khas untuk penasihat terbaik program. bagi saya anugerah untuk cik din bermakna program peers adalah program terbaik utk 2011.
seronok juga hajat hati utk bergambar dgn vvip iaitu timb menteri pengajian tinggi dipenuhi. kali pertama apabila peers menerima anugerah. kali kedua semasa saya wakil menerima anugerah untuk en din. kali ketiga apabila pemenang dijemput bergambar di atas pentas bersama vvip dan vip. mantan presiden peers azwan bgtau saya ramai tergelak/senyum melihat saya pantas berdiri di tempat strategik dibelakang diantara tm pt dan tnc hep. kalau saya tak mulakan saya yakin lambatlah orang nak bersedia utk bergambar.
seterusnya bergambar lagi dgn tm apabila pelajar antarabangsa minta bergambar bersama. kemudiannya gambar terakhir apabila peers minta dgn tm. sekarang ni dok tunggu gambar dari jurugambar rasmi.
sekali lagi tahniah dan terima kasih kpd peers, penasihat, alumni peers, mantan penasihat peers, para kaunselor dan mantan kaunselor, dan pihak2 lain yg sentias amenyokong peers. semoga peers terus cemerlang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan