Semoga catitan di blog ini dapat memberi perubahan positif kepada saya dan pengunjung blog ini.
Mengenai Saya
- cebad
- focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management
Ahad, Jun 21, 2026
Sabar dan Redha
3K
Sabtu, Jun 20, 2026
Air dan Mata
Berbicara tentang air dan mata, berbicara tentang rasa. Rasa suka, rasa duka. Spt cerita kabhi kusha kabhi gum.
Mata air adalah sumber kesukaan. Sebab mata air adalah punca air utk kehidupan. Dari mata air sehingga mengalir ke laut. Mata air juga jadi duka jika suka bertukar duka.
Air mata boleh jadi suka, boleh jadi duka. Biasanya berbicara tentang air mata berbicara tentang duka. Nabi yaacob menjadi buta, kerana terlampau banyak air mata duka.
Doa adalah permintaan kpd Allah. Ada yg berdoa sehingga keluar air mata. Ada yg suka dan berterima kasih sehingga keluar air mata. Ada yg ketawa sehingga keluar air mata.
Musibah dan Sahabah
UMR Kita
UMR berkait umur, masa, dan rasa kita. Ketiga2 ini saling berkait. Ketiga2 ini saling memberi kesan kpd hidup kita.
Setiap masa, umur kita di dunia semakin bertambah. Setiap masa, baki umur kita di dunia makin berkurang. Semakin berumur, ada rasa yg bertambah, ada rasa berkurang.
Sebaiknya utk kita, UMR mengingatkan kita tentang dunia dan akhirat. Setiap kali UMR bertambah, setiap kali juga peluang UMR mendatang berkurang.
Masa dan Rasa
3 Cahaya Di Hari Jumaat
Rabu, Jun 17, 2026
Pinjaman Masa
Pinjam & Tumpang
Hidup kita adalah pinjaman. Hidup kita adalah tumpangan. Hidup di dunia hanyalah pinjaman dan tumpangan.
Ramai yg lupa. Apa yg kita ada di dunia, bukan milik kita. Apa yg kita ada di dunia, adalah amanah yg perlu kita jaga. Termasuk masa, ilmu, kesihatan.
Tapi ramai yg diberi pinjam kekayaan, lupa pemilik sebenar. Ramai yg bermewah2, berbelanja, seolah2 hak di dunia.
Ahad, Jun 14, 2026
Penat dan Sakit
Biasanya penat dikaitkan dgn sakit. Penat sebab sakit. Sakit sebab penat.
Penat juga berkait dgn risiko. Risiko negatif. Penat juga berkait dgn produktiviti. Penat boleh jadi punca. Penat boleh jadi kesan.
Penat mungkin dari segi fizikal, mental, emosi, spiritual, sosial, kewangan. Jika spiritual kita sihat, kuat, insyaallah dpt hadapi, atasi, kurangkan punca dan kesan penat pada elemen2 lain - fmesow.
Kursus Di Taman Negara
Alhamdulillah, 9-11jun 2026 saya ke taman negara pahang. Menginap dan perkongsian ilmu dlm bangunan/ indoor di tempat saya pernah pergi sejak 2005.
Pengalaman di taman negara kali ini kali pertama di kampung kuala sat. Sebelum ni hanya lihat di fb shj. Dan kampung ini telah berulangkali, Jad Hasriq jemput saya. Kursus outdoor diketuai kawan penduduk kg kuala sat, Camry al yahya.
2026 adalah tahun ke 35 saya ke taman negara pahang. Kali pertama pada jun 1991. Dgn 2org pakcik saya, dan 3 kawan2 mereka. Terima kasih kpd arwah ayah jan yg menimbulkan minat saya ke taman negara.
Geroh dan Jadi
Manusia merancang. Allah merancang. Allah sebaik2 perancang. Allah maha mengetahui.
Rancangan nak memandu 4jam ke kuantan. Baru 3/5 perjalanan, kereta bermasalah. Rancangan sampai ke kuantan 2.30ptg. Tapi smp 9.30mlm. Tunggu towtruck. Tunggu diambil isteri dari kuantan. Makan malam berserta mkn tgh.
Dah nk geroh. Dah nk jadi. Alhamdulillah semasa kereta rosak, semasa menunggu nak ke bengkel, nak ke kuantan diambil isteri, saya hanya seorg. Alhamdulillah tiada ahli keluarga lain, terutama ibu, isteri, anak kembar.
Alhamdulillah, kesihatan fizikal ok. Kesihatan kewangan yg terganggu. Mungkin dah biasa tunggu lama? Tidak berpeluh, tidak panik. Alhamdulillah.
Isnin, Jun 08, 2026
BnB Bas dan Burger
Selasa, Jun 02, 2026
Ekonomi dan Kereta
Ramai mengeluh, kos kehidupan sekrg lebih tinggi berbanding dulu2. Tapi ada juga yg kata sekrg lebih senang drpd dahulu.
Kereta di rumah, di jalanraya dikatakan antara petanda ekonomi. Jadi, dgn bilangan kereta yg banyak sekrg berbanding dulu2, ada yg katakan ekonomi sebenarnya lebih baik bagi majoriti rakyat kita.
40tahun dahulu, tidak ramai pensyarah dan kakitangan itm miliki kereta. Pelajar juga sgt sedikit pandu kereta ke kuliah. Berbanding sekrg, parkir kereta antara masalah utama kerana ramai yg pandu kereta ke uitm.