Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Jun 14, 2026

Penat dan Sakit

Biasanya penat dikaitkan dgn sakit. Penat sebab sakit. Sakit sebab penat.

Penat juga berkait dgn risiko. Risiko negatif. Penat juga berkait dgn produktiviti. Penat boleh jadi punca. Penat boleh jadi kesan.

Penat mungkin dari segi fizikal, mental, emosi, spiritual, sosial, kewangan. Jika spiritual kita sihat, kuat, insyaallah dpt hadapi, atasi, kurangkan punca dan kesan penat pada elemen2 lain - fmesow.

Kursus Di Taman Negara

Alhamdulillah, 9-11jun 2026 saya ke taman negara pahang. Menginap dan perkongsian ilmu dlm bangunan/ indoor di tempat saya pernah pergi sejak 2005.

Pengalaman di taman negara kali ini kali pertama di kampung kuala sat. Sebelum ni hanya lihat di fb shj. Dan kampung ini telah berulangkali, Jad Hasriq jemput saya. Kursus outdoor diketuai kawan penduduk kg kuala sat, Camry al yahya.

2026 adalah tahun ke 35 saya ke taman negara pahang. Kali pertama pada jun 1991. Dgn 2org pakcik saya, dan 3 kawan2 mereka. Terima kasih kpd arwah ayah jan yg menimbulkan minat saya ke taman negara.

Geroh dan Jadi

Manusia merancang. Allah merancang. Allah sebaik2 perancang. Allah maha mengetahui.

Rancangan nak memandu 4jam ke kuantan. Baru 3/5 perjalanan, kereta bermasalah. Rancangan sampai ke kuantan 2.30ptg. Tapi smp 9.30mlm. Tunggu towtruck. Tunggu diambil isteri dari kuantan. Makan malam berserta mkn tgh.

Dah nk geroh. Dah nk jadi. Alhamdulillah semasa kereta rosak, semasa menunggu nak ke bengkel, nak ke kuantan diambil isteri, saya hanya seorg. Alhamdulillah tiada ahli keluarga lain, terutama ibu, isteri, anak kembar.

Alhamdulillah, kesihatan fizikal ok. Kesihatan kewangan yg terganggu. Mungkin dah biasa tunggu lama? Tidak berpeluh, tidak panik. Alhamdulillah.

Isnin, Jun 08, 2026

BnB Bas dan Burger

BnB biasa dikaitkan dgn perjalanan. Bed and breakfast. Penginapan dan dan sarapan pagi. Biasanya dikaitkan dgn tempat tidur dan makanan disediakan bersama penginapan.

BnB bas dan burger mula di Malaysia mungkin seawal tahun 70an atau awal 80an. Zaman di mana belum banyak RnR utk musafir berhenti utk rehat dan isi perut. Mereka yg naik bas utk perjalanan antara kota spt balik kampung atau outstation, akan boleh beli burger serendah rm1 sebiji. Burger bodoh. Hanya ada daging dlm roti, dgn sos tomato atau cili.

Sekrg, di rnr rasmi atau di tepi jalan dlm perjalanan, mudah nk beli burger. Ada jenama mahal, ada jenama sendiri. Semlm, dlm perjalanan dgn bas, saya beli sebiji burger di sebuah rnr gua musang. Rm4.70 termasuk cukai.

Selasa, Jun 02, 2026

Ekonomi dan Kereta

Ramai mengeluh, kos kehidupan sekrg lebih tinggi berbanding dulu2. Tapi ada juga yg kata sekrg lebih senang drpd dahulu.

Kereta di rumah, di jalanraya dikatakan antara petanda ekonomi. Jadi, dgn bilangan kereta yg banyak sekrg berbanding dulu2, ada yg katakan ekonomi sebenarnya lebih baik bagi majoriti rakyat kita.

40tahun dahulu, tidak ramai pensyarah dan kakitangan itm miliki kereta. Pelajar juga sgt sedikit pandu kereta ke kuliah. Berbanding sekrg, parkir kereta antara masalah utama kerana ramai yg pandu kereta ke uitm.

Balik Kampung dan Volvo

Tadi, baru sampai ke rumah. Setelah balik kampung untuk beraya. Perjalanan balik kampung dan kembali ke kampung baru kali ini lebih 12jam.

Dulu2 balik kampung dgn volvo ayah biasanya paling lama 10jam. Volvo pertama ayah, 144s. Warna asal putih. Apabila diberi kpd arwah atuk, dicat kuning. Terakhir warna biru. BX717.

Sekrg, balik kampung, saya lebih selesa naik volvo juga. Dgn pemandu khas. 2 org. Ada tandas. 2 tingkat. Perjalanan biasa 7jam, ikut gua musang.

Sabtu, Mei 16, 2026

16 Mei

Setiap tahun, 16 mei adalah hari guru. Hari biasanya guru terima paling banyak ucapan penghargaan. Hari ramai guru terima hadiah drpd anak murid.

Guru dlm bahasa sanskrit terbahagi 2. Gu dan ru. Seorg prof fakulti pendidikan yg telah pencen kongsikan dgn saya erti guru dlm bahasa sanskrit. Pemberi cahaya dlm kegelapan.

Ada institusi pendidikan gunakan moto, 'ilmu suluh hidup'. Atau moto yg hampir sama dgn erti guru. Selamat hari guru kpd semua guru. Terima kasih cikgu.

Round Di Hospital

Mei 2026, saya buat round di hospital. Hsip kkrai. 6hari 5malam. Seorg drpd kembar demam. Suhu tinggi.

Buat round di hospital peluang kesedaran utk diri. Melihat pesakit. Melihat pelawat. Melihat petugas kesihatan. Melihat petugas bukan kesihatan. Melihat suka dan duka.

Round sebelum ini lebih lama. 9hari 8malam. Di hospital uitm. Hasa puncak alam. Hospital berbeza peluang lihat benda yg sama, dan benda berbeza.


Ahad, April 05, 2026

Syawal dan Kenangan

Syawal 1447h, alhamdulillah, syawal pertama dgn 2puteri kembar. Syawal pertama sbg seorg bapa.

1 syawal kami balik kampung. Ke kg gaal, dan kg gong kepas. Ke rumah makcik2. Perjalanan memang lebih lama drpd biasa. Kenderaan perantau spt kami membanjiri laluan. Alhamdulillah, kedua2 puteri kurang kerenah mereka.

Perjalanan kembali dari rumah2 makcik juga lebih lama sedikit drpd biasa. Kelihatan trafik dari arah gua musang ke kb, dll bertali arus. Alhamdullilah, perjalanan kami tanpa gangguan.

Sabtu, April 04, 2026

Manusia dan 3L

Ada berkata, melayu mudah lupa. Ada berkata, manusia mudah lupa.

Manusia dan 3L adalah, leka, lalai, dan lupa. Mungkin ada lagi perkataan bermula dgn huruf L, yg beri kesan negatif kpd manusia.

Saya pun mudah terkena 3L. Biasanya berkait dgn sombong, dengki, tamak, kedekut. Ada juga diantara kita, 3L berkait dgn khianat.

Jumaat, Mac 27, 2026

Perjalanan Balik Kampung Ramadan 1447h

Tiket bas ekspres utk balik beraya 1447h saya beli 2minggu seblm trip bas. Alhamdulillah, dpt tiket yg beza rm10 drpd harga biasa. Ada tiket berharga rm120.

Alhamdulillah, sampai di terminal bas shah alam 45minit sebelum bas dijadualkan berlepas. Dihantar oleh pesara navy (bukan paskal).

Alhamdulillah bas bertolak lambat bbrp minit drpd dijadualkan. Bas blm penuh dgn penumpang, kerana ada 2 terminal selps shah alam utk ambil penumpang bas.

Balik Kampung Raya 1447

Saya balik ke kampung utk beraya tahun ni pada 19mac. Tarikh sama ada sehari sebelum raya atau 2hari seblm raya.

Saya naik bas ekspres semula, setelah lebih 6bulan tak naik bas ekspres. Alhamdulillah, bas ekspres sekrg sgt berbeza berbanding bas ekspres pada tahun 70an (setengah abad yg lalu).

Perjalanan dari turun rumah dan naik rumah di kampung hampir 14jam. Perjalanan bas dari stesen bas ke destinasi 13jam. Terima kasih kpd kedua2 pilot, perjalanan selesa.

Balik Kampung

Biasanya kita seronok balik kampung. Seronok antara lain, kerana suasana di kampung yg biasanya berbeza drpd suasana harian di sepanjang tahun mencari rezeki atau belajar.

Balik kampung tidak sama bg semua orang. Kerana makna kampung tidak semuanya sama bg semua. Balik kampung utk pelbagai sebab. Sebab sukarela, sebab paksarela.

Bagi budak sekolah jalan stesen, balik ke kualer spt balik kampung juga. Balik ke alma mater, kpd ibu yg memberikan ilmu kematangan.

Selasa, Mac 10, 2026

Ramadan dan Kenangan (4) Di Kualer

Ramadan adalah bulan puasa. Menahan diri dgn lapar makan, dahaga air, bisu dan pekak fitnah. Peluang juga utk jimat berbelanja wang.

Banyak kenangan ramadan di asrama sekolah antara 1980 hingga 1984. Dikejutkan dgn loceng utk sahur. Hidangan telur masin utk sahur. Ada yg terima grub spt sambal daging/ ayam/ bilis, sbg parcel di bulan puasa.

Lebih bnyk masa utk rehat dan tidur. Serta solat terawih di masjid rizwaniah kuala kangsar. Dan hidangan supper selepas terawih.

Waktu games hour tidak wajib. Tapi ada juga yg beriadah. Lebih ramai yg tidur. Dan ada yg siapkan kerja sekolah, ada yg mugging. 

Ramadan dan Kenangan (3) Iqra

Ramadan bulan ayat pertama alquran diturunkan. Iqra. Ramai terjemahkan sbg baca. Dlm bahasa inggeris ada kata read, recite, proclaim.

Ramadan dikatakan sbg madrasah. Bulan utk belajar. Bulan utk mengajar. Bulan mengingatkan. Bulan diingatkan.

Ramai akan berpuasa, berbanding bulan2 lain. Ramai akan solat, berbanding bulan2 lain. Ramai juga akan bersedekah dlm bulan ramadan berbanding bulan2 lain. Kanak2 berpeluang belajar solat dan berpuasa drpd org dewasa.