Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, November 03, 2026

Masa dan Urusniaga

Satu surah yg pendek, al Asr mengingatkan kita tentang masa. Tentang ramai drpd kita rugi dgn masa kita. Tentang bgmn kita tidak pandai menguruskan kekayaan yg diberi Allah kpd kita, iaitu dlm bentuk masa.

Setiap hari, kita sepatutnya bersyukur. Setiap kali kita buka mata utk hari yg baru, kita ditambah kekayaan masa kita. Masa utk kita kurangkan kerugian kita dan tambahkan bekalan keuntungan kita utk dibawa ke kubur dan ke akhirat.

Ramai kita biasa lihat rezeki dlm bentuk kaya dunia. Spt wang, kereta, rumah, jawatan, pangkat, keturunan. Ramai jadikan masa utk kaya dunia sbg matlamat hidup. Sedangkan kaya dunia adalah ujian. Kaya dunia sepatutnya alat utk kaya di akhirat.

Tiada ulasan: