buat sekarang atau lakukan sekarang. atau 'immediate action'. ada yg gunakan 'asap'.
rujuk sebahagian arahan di laman web berikut "http://www.hardscrabblefarm.com/vn/immediate-action-drills.html". dan bekerja di swata memerlukan 'sekarang'. tidak boleh ditangguh2. lambat boleh akibatkan kerugian.
maka ada yg suka kerja sbg pegawai kerajaan sbb boleh bekerja sambil lewa. ikut suka sendiri aje. dan banyaklah kerja ditangguh2. malah ada yg sanggup bagitau,'kalau nak cepat ada caranya. encik nak cara biasa atau cepat?', sedangkan sudah jadi tanggungajawab mereka utk selesaikan segera.
sebenarnya sebab beberapa orang, rosak nama baik yg lain. sebab ada yg lambat buat kerja. sebab ada yg sebenarnya tak tahu dan tak boleh buat kerja. sebab ada yg memang tak layak memegang jawatan tetapi kerana 'kabel' mereka pegang jawatan tersebut. maka jadilah pecah amanah yg sebenarnya merugikan kerajaan dan rakyat. sebab tak buat sekarang kerana tiada ilmu utk faham tentang amanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan