Semoga catitan di blog ini dapat memberi perubahan positif kepada saya dan pengunjung blog ini.
Mengenai Saya
- cebad
- focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management
Sabtu, Januari 31, 2026
Bp dan sakit leher
BP dan ubat
BP dan Kesihatan
Rabu, Januari 28, 2026
Memori - laluan 84 (2)
Laluan 84 adalah laluan keluarga. Dari sebelum simpang 3 jertih ke kg raja, hingga ke kuala besut, ramai keluarga kami bina rumah dan kedai mereka. Sama ada di laluan 84 atau di kawasan hampir laluan 84.
Tahun 86 tahun terakhir arwah tok ayah melawat saudara mara beliau pada hari raya puasa. Naik kereta mecedih kuning arwah ayah jan. Singgah di jertih, kg raja, kuala besut.
Kereta masih tidak banyak pada 1986. Biasanya ke kubur di kg raja sebelum solat raya. Dulu sempat balik solat raya di pasir putih.
Memori - laluan 84
Isnin, Januari 26, 2026
Makan Malam Ini
Alhamdulillah. Malam ni makan nasi putih kuah kari ikan, dgn sup keting/urat. Hajat nak makan bersama daging dan lemak bakar. Tapi perut dah terasa kenyang, walau pun nasi separuh shj.
Sekrg, mkn mlm saya lewat. Tidak spt dulu, seblm 8mlm. Jima makan sebelum 8mlm, sempat utk IF selama 16jam, lunch 12tgh. Tapi jadual sekrg berkisar dgn kembar.
Apabila balik ke Kelantan, mmg nafsu nak makan besar. Apabila ke kedai makan, atau gerai makan, terasa nak banyak. Mungkin sbb harga murah sedikit berbang KL? Atau nostalgia makan malam beramai2 serentak dgn keluarga, dgn pelbagai juadah hidangan apabila balik kampung?
SKMK Lemak Bakar
Sekrg, di hari raya, telah jadi kebiasaan tuanrumah jamu kambing panggang, atau kambing bakar. Begitu di majlis perkahwinan, hidangan kambing bakar sudah jadi kebiasaan.
Di kelatae spt di negeri2 lain, kita biasa lihat kambing bakar sbg lauk pilihan utk nasi kerabu, nasi sup. Selain kambing bakar, ada ayam bakar, ikan bakar. Dan ada juga lemak bakar.
Hari ni, ambo makae nasi putih dgn daging bakar bercampur lemak bakar. Di bulan puasa, di bazar ramadan, lemak bakar antara lauk yg paling cepat habis dijual. Lemak bakar sedap dimakan panas2 dgn nasi panas.
SKMK Nasi Sup
SKMK Nasi Belauk
SKMK JJCM
Biasa kita dengar, skmk - sampai kelantan, mesti kahwin. Sekrg, skmk - sampai kelantan, makan kenyang. Atau skmk - sengoti kenyae maghi kelatae.
Kelantan spt negeri2 di negara kita punyai pelbagai juadah utk kita makan. Dari pagi smp dinihari, smp mlm.
Jika dulu2 hanya juadah masakan melayu dan siam, sekrg pilihan juga termasuk mamak, chinese muslim, western dll
Khamis, Januari 01, 2026
Kembar dan Kesihatan
1.1.26, kembar nĂ²2 sambut tahun baru di rumah dgn saya. Kembar no1 sambut tahun baru di hospital dgn ibunya.
Kedua2 kembar sakit rsv. No2 masuk wad dahulu. 3h2. Keluar rabu 25dis petang. 25dis malam, kakak no1 pula masuk. Sakit lebih teruk drpd adik.
Sihat dan sakit adalah ujian. Ujian kpd kembar secara langsung. Ujian kpd kami, ibubapa dan bibik yg menjaga. Ujian kpd sedara mara yg tahu kembar tidak sihat, risau ttg kesihatan kembar. Semoga diampunkan allah.
Ibubapa dan Tidur
Tidur biasanya cabaran kpd ibubapa. Menjadi ibubapa akan mengubah tidur ibubapa. Biasanya ibubapa tidak cukup tidur berbanding sebelum ada anak.
Tapi sebelum ada anak, suami isteri tak cukup tidur, berusaha utk dapat anak. Suami isteri juga tidak cukup tidur semasa isteri mengandung. Begitu juga apabila masa utk melahirkan semakin hampir.
Setelah dikurniakan anak, biasa utk ibubapa xcukup tidur. Kerap bangun di waktu malam utk beri susu, tukar lampin anak. Jika ke klinik utk pemeriksaan kesihatan anak kecil/bayi, jelas kelihatan ibibapa tidak cukup tidur.
01012026
Hari ini 1 januari 2026. Hari pertama utk 2026. Merayakan kali pertama dgn anak2 tahun baru.
Tapi seorg shj kembar di rumah, fatima. Maryam, kakak, merayakan tahun baru di hospital uitm, hasa. Masih belum sembuh drpd sakit rsv pneumonia.
2025, alhamdulillah, allah kurniakan kpd kami kembar 2 perempuan. Maryam dan fatima. Lahir pada 25.08.25. Pada usia saya 58tahun 6bulan.