Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management
Memaparkan catatan dengan label Adat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Adat. Papar semua catatan

Khamis, September 16, 2010

Majlis Perkahwinan

majlis perkahwinan atau majlis penikahan? yg penting adalah akad nikah. apakah syarat2 sah atau rukun nikah? antaranya mesti ada pengantin lelaki. ada pengantin perempuan. ini utk mengelakkan drpd berlaku nikah paksa.

di majlis perkahwinan, kita akan lihat seumpama majlis raya. mereka yg hadir akan berpakaian cantik dan segak. pihak pengantin selalunya berpakaian baru dan sedondong. dan sekarang adalah kebiasaan majlis perkahwinan mengikut tema. ada tema kebun (garden ikut orang putih).

hantaran akan berbekas2. duit hantaran beribu2 malah ada sehingga beratus ribu. ada yg terpaksa bergolok bergadai. sekarang moden dpanggil buat pinjaman bank utk kahwin. bilik pengantin akan dibuat 'inspection' oleh tetamu utk menilai kecantikkan atau keunikkan.

perlukah kita berbelanja besar utk mengikat jodoh? ada pasangan dah beranak pinak masih menanggung hutang perkahwinan. yg kurang sedap didengar, ada yg telah bercerai tetapi masih berhutang majlis perkahwinan. fikir baik2. apakah yg wajib utk ikat jodoh?

Jika Adat Itu Peraturan

jika adat itu peraturan, maka kita mesti mematuhinya. tetapi jikat adat itu budaya yg ditokok tambah mengikut masa dan suka kita, semak semulalah adat itu. sesuaikah dgn keselesaan kehidupan di dunia dan di akhirat.

tulisan saya adakalnya berkait dgn tulisan mereka yg lain. maklumlah, tulisan individu selalunya berkaitan dgn kehidupan mereka. dan dlm kehidupan kita, ada kalanya ianya akan bertembung atau berselisih. yg baik dijadikan teladan, yg buruk dijadikan sempadan.

benar jodoh adalah ditentukan Allah. bagaimana pula dgn peraturan mengikat jodoh? yg mesti dipatuhi adalh berdasarkan alquran dan assunnah. jika adat tidak menepati kedua2nya, tinggalkanlah adat tersebut.

saya membaca buku kisah junjungan besar kita, rasulullah s.a.w. tiadalah hantaran beribu2 atau berpuluh ribu. majlis keraian utk memaklumkan kpd masyarakat tentang ikatan yg sah disisi agama. bukannya utk menunjuk2. bak kata seorang pakcik 'nak menunjuk kpd sipa?'. apa yg kita ada sepatutnya menyenangkan kita.

Rabu, September 15, 2010

Adat dan Kita

peringatan, apa yg tertulis adalah pandangan saya. ianya berdasarkan pengalaman lampau, keadaan semasa dan akan datang. pengalaman berdasarkan ilmu secara langsung dan tidak langsung.

jika ada yg terguris kerana sengaja, ianya adalah luahan dan perkongsian. jika ada yg terguris secara tidak sengaja, saya minta maaf ye. kita insan biasa. adakalanya dah jadi adat. dlm alquran ada menyatakan bahawa manusia sentiasa dlm kerugian. bukan shj masa, tetapi juga perkara2 lain.

ada kerugian kerana adat. tiada kerugian kerana agama islam. jika adat bertentangan dgn agama islam. agama islam perlu diutamakan. tiada lagi penggunaan 'biar mati anak, jangan mati adat'. agama islam adalah sempurna. itulah ayat yg dibacakan oleh rasulullah s.a.w. junjungan besar kita.