Dalam proses pengambilan staf, antara ciri2 dilihat adalah, kelayakan akademik, pengalaman kerja, latarbelakang pemohon. Kelayakan akademik adalah penting untuk memastikan jika pemohon ingin menjadi seorang pendidik, beliau mempunyai ilmu yang boleh dikongsi dgn mereka yg bakal dididik. Pengalaman akan memberi makna kpd kelayakan akademik yg dimiliki. Teori akan dapat dikaitkan dengan realiti.
Dan tidak kurang penting adalah latarbelakang seperti peribadi seseorang. Bukannya mudah untuk menilai sikap seseorang. Bukannya mudah untuk menilai perangai seseorang. Walau pun dilakukan temuduga, perlu ada semakan tambahan. Dan antara ciri2 yg perlu ada adalah beramanah. Maka disarankan bahawa kursus perakaunan dikongsi dgn para pelajar di IPT. Etika dan moral lebih sesuai dipelajari di rumah, tetapi jika tidak cukup boleh dicari di IPT. Jadi bagaimanakah jika terdapat pendidik yg tidak amanah? Jika diberi amanah menjaga kewangan, duit tersebut diambil untuk kegunaan peribadi. Pelbagai tuntutan berlebihan, palsu dilakukannya.Apakah tindakan wajar perlu dilakukan?
Memang kita dapat lihat bagaimana mereka yg tidak jujur dan tidak amanah berbangga dengan tipu daya mereka di dunia ini. Malah mereka berbangga kerana merasakan bahawa tiada tindakan boleh dilakukan terhadap mereka. Dan sebenarnya mereka lupa bahawa Allah Maha Adil. Saya hanya melihat sahaja mereka yg tidak amanah apabila mereka perlukan bantuan tanpa memberi bantuan. Amanah saya kepada mereka yg beramanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan