Kita digalakkan melakukan pelbagai ibadat di bulan ramadan ini. Banyakkan yg sunat tapi jangan lupa yg wajib. Sempurnakan puasa dan pastikan solat fardu dilakukan tanpa tertinggal. Pesan saya kpd saya dan yg sudi menerima pesanan saya, 'Dirikan solat pada awal waktu, dan berjemaah'.
Dan antara ibadah yg banyak dilakukan secara berlumba2 di bulan yg mulia ini adalah bersedekah. Ramai yg berebut nak menjamu anak2 yatim, memberi juadah berbuka dan more. Alhamdulillah, satu bentuk ibadah yg amat dihargai. Cuma pesan saya, bersedekahlah dgn memberi mereka yg berpuasa berbuka dgn hasil rezeki yg halal. Janganlah pula kita bersedekah dgn hasil yg haram, spt hasil pecah amanah, rasuah, menipu, berjudi, merompak, mencuri dsbnya. Saya seberapa yg boleh akan mengelak daripada merasa hasil2 sedemikian. Saya pernah memberi pelbagai alasan untuk mengelak daripada merasa hasil judi seorang kenalan. Akhirnya, sebab dia tak faham, saya bagitau 'direct', yg orang Islam tak boleh makan hasil judi.
Bersedekah bukan melalui wang ringgit sahaja. Kita boleh lakukan melalui tenaga untuk meringankan tugas kawan2 yg memerlukan atau yg tidak memerlukan. Dan yang saya rasa yg amat mudah adalah bersedekah atau menghadiahkan bacaan ayat2 dan surah Al Quran kpd ahli keluarga dan sahabat handai, serta umat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan