Pemegang PhD yg dibeli tak layak menjadi pensyarah di IPT di Malaysia. Bagaimana dgn mereka yg mempunyai sarjana drpd IPT yg tak diiktiraf? Bgmana jika mereka ini juga memegang jawatan pentadbir akademik di IPT? Halalkah rezeki mereka?
Memanglah, topik rezeki adalah antara topik kesukaan saya. Tambah2 lagi jika yg bekerja tidak dpt rezeki yg setimpal dgn usahanya. Antara punca burnout. Dan organisasi yg akan rugi akhirnya. Rugi sebab simpan staf yg tak boleh buat kerja, dan hilang staf yg boleh buat kerja. Jadi kita mesti pastikan rezeki adalah adil dan setimpal.
Saya juga mempunyai saudara2 yg sangat mudah dpt rezeki. Tetapi rezeki tersebut sangat mudah hilang. Adakah mungkin kerana rezeki didapati salah drpd segi agama? Mungkin berkait dgn rezeki yg tak diberkati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan