alhamdulillah. tadi berbuka posa di depalma shah alam. bersama2 kawan2 dari ined. terima kasih kpd nur krn sudi belanja saya berbuka. terima kasih kpd cik deris, kak kis dan muiz krn sudi meraikan saya (perasan?).
memang banyak juadah dihidangkan. yg pertama saya ambil adalah popiah. lepas tu ambil masa juga tengok2 juadah yg banyak. ianya berkonsepkan makanan ikut negeri. negeri ambo hide nasi dage dgn nasi kerabu. ada grai melaka, nogori sembilan. haajt nak makan daging kambing tak kesampaian sebab q panjang. dan terdengar meja sebelah komplen daging kambing tak berapa masak. maka kempunan la jugak.
selepas berbuka ada persembahan. mula2 oleh kumpulan friends(?). menyanyi sambil berdakwah. tapi yg saya tunggu2 adalah persembahan oleh jay jay. beliau mendendangkan lagu fevret saya iaitu rindu bayangan dan belaian jiwa. jay jay turut menyanyikan beberapa buah lagu lain. setelah hampir semua tetamu balik, saya turut mengambil peluang bergambar bersama jay jay. insyaallah, esok saya upload gambar saya bersama jay jay.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan