ada pelbagai tanda berjaya dlm kerjaya. antaranya adalah kenaikan pangkat.
tadi semasa nak buka pintu pejabat saya di pejabat jim menara 2 kompleks kejuruteraan uitm, saya lihat saya dah ada tanda jawatan saya di pintu pejabat. saya tersenyum dan memanggil staf saya. saya ketawa samabil bertanya 'bila saya naik pangkat?'. sebab tanda di pnitu bilik saya menyatakan di bawah nama saya, jawatan saya sebagai pengarah mobiliti pelajar. merasa juga saya jadi pengarah, walau sekadar silap cetak tanda jawatan.
dalam bidang akademik, jawatan yg menunjukkan kejayaan adalah sebagai profesor. seorang yg diiktiraf mempraktikkan ilmu dlm bidang khusus dan menjadi rujukan pihak dalam dan luar universiti. gred seorang profesor adalah vk7. saya tak tahu apa maksud vk dan kenapa 7. seorang pensyarah selalunya bermula dgn jawatan dm45 (berkelayakan sarjana). jika tiada sarjana, maka jawatan adalah dm41 (pensyarah muda). kemudiannya drpd dm45 ke dm52 (pensyarah kanan). jika mula bertugas di ipt, berpeluang mula dgn dm52. seterusnya dm54 (prof madya). dan jika cemerlang, vk7.
dulu2 jadi profesor tak eprlu phd. skrg sebab dah ramai ada sarjana dan phd, maka perlu ada phd kalau nak jadi profesor. majoriti ipt memerlukan phd utk menjadi seorang prof madya. tetapi ada kalanya bergantung kpd rezeki dari Allah. sebab Allah yang menentukan segalanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan