ramai tidak suka berpisah. ramai lebih suka tiada perpisahan. tetapi lumrah kehidupan, bertemu dan berpisah. ada perpisahan hanya sementara. ada perpisahan selama2nya.
salam perpisahan mungkin bermakna kita bersalaman sebelum berpisah. ianya juga bermakna ucapan selamat dgn perpisahan kita. ianya berlaku dlm majlis kecil. dalam majlis besar. ianya berlaku dgn yg hidup, dan dgn yg mati.
kita tahu bahawa yg kekal abadi hanyalah Allah. kita adalah manusia, makhluknya. makhluknya pasti akan mati. maka kita perlulah bersedia sebelum salam perpisahan kita dgn mereka yg masih hidup di dunia. saya galakkan kita tengok drama tv 'tanah kubur' sebagai peringatan.
perpisahan bukan shj dgn manusia. setiap tahun apabila hampir penghujung ramadan, kita akan berasa sedih. kita tidak tahu adakah kita akan bertemu dgn ramadan akan datang. tetapi ramai lebih sedih dgn perpisahan syawal drpd ramadan. perpisahan syawal berkaitan kegembiraan dunia. semoga kita berpisah utk kebaikan dan mendapat kebaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan