Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Februari 11, 2011

Gua Kepayang, Taman Negara

semalam saya dimaklumkan oleh dr anuar tentang cadangan utk ke taman negara pada hujung bulan februari. satu kumpulan trekkers akan ke gua kepayang besar.

kali pertama saya di gua kepayang besar adalah pada 1991, iaitu kali pertama juga saya ke taman negara. kami bermalam di dlm gua tersebut. malam yg pertama kami bermalam di kuala perkah di pos renjer. kami seramai enam orang. kami dirikan khemah dan masak dlm gua kepayang besar. di suatu sudut gua, terdapat tahi2 gajah dan tapak2 gajah. alhamdulillah, saya dpt tidur dgn nyenyak. tetapi pakcik saya dan rakannya tidak selesa berada dlm gua tersebut kerana tahi2 gajah dan tapak2 gajah. semasa berada di dlm gua2, pelbagai bunyian kami dengar dari luar gua.

kali kedua saya ke sana adalah pada 1999 juga seramai 6orang. tetapi kami tidak dapat tidur di dlm gua tersebut walaupun itulah niat asal kami. kerana lama mula trekking, kami berkhemah di tengah2 trek. keesokan hari baru kami sedar bhw kami hanya 10minit drpd gua kepayang besar. insyaallah, jika tiada halangan, saya akan cuba sertai kumpulan ke gua kepayang di taman negara pada hujung bulan ini.

Tiada ulasan: