pagi tadi saya bermesyuarat dgn staf upk saya. unit pening kepala. saya dimaklumkan bhw upk setelah saya tamat tempoh saya akan ditempatkan di bawah seorang timbalan pengarah. alhamdulillah, mungkin kata2 dan pandangan upk akan lebih bermakna dan akan diterima utk penambahbaikan organisasi.
saya bersama staf saya kemudiannya makan tengahari bersama staf unitec (dahulunya ktyag), kolej bersekutu di alor gajah. kami makan di medan selera sek.2 shah alam. tak silap saya, dah lama saya tak makan di situ setelah ianya diperbaiki. oleh kerana saya masih selsema, saya tidak dpt menikmati abc special yg menjadi tujuan utama staf unitec ke medan selera sek. 2. insyaallah, rezeki saya di masa akan datang.
pd petangnya saya bermesyuarat sebagai ahli lembaga. saya menandatangani cek kedua bernilai >rm800ribu. lupa bawa kamera. kemudiannya, alhamdulillah mesyuarat berjaya menyelesaikan masalah bernilai >rm1juta. terima kasih kerana ahli percaya terhadap kemampuan saya membantu lembaga. seorang ahli lembaga mencadangkan agar dividen saya lebih drpd ahli lain kerana membantu menyelesaikan masalah utama kewangan kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan