kita diminta dan dijangka melakukan sesuatu secara konsisten. ianya seperti cakap serupa bikin.
maka orang akan melihat seseorang itu setakat manakah dia melakukan sesuatu secara konsisten tanpa berat sebelah. ini selalunya berlaku apabila seseorang diharapkan menagmbil keputusan dan tindakan secara adil. janganlah apabila 'ayam tambatan' dah terperangkap dgn ketidakjujuran, maka dikeluarkan cara mengadili yg lain.
jika tindakan diambil atau tidak diambil secara tidak konsisten atau secara 'pilih bulu', seorang pemimpin akan hilan kepercayaan pengikutnya. dan kemungkinan pengikut atau orang bawahan akan meminta pemimpin baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan