Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Februari 08, 2011

RTBK Menu C



ianya satu drpd menu utk mereka yg dipertanggungjawabkan menjaga keamanan dan kesejahteraan negara. kalau ada menu c, mesti ada menu a dan menu b. menu d dan seterusnya ada ke?

rtbk adalah rangsum tempur. atau dlm bahasa orang putih, combat/battle ration. teringat kali pertama merasai ration spt ini adalah di fraser's hill, pada tahun 1974. saya, adik dan kawan2 sedang bermain di luar bungalow di bukit fraser. kami di sana utk cuti sekolah. dan semasa kami bermain di tepi jalan, satu kumpulan tentera malaysia/polis hutan(?) berjalan ke arah kami. saya tak ingat, adakah mereka baru hendak memulakan operasi atau baru balik drpd operasi.

tetapi kenangan yg saya ingat adalah kami diberikan bungkusan serbuk minuman oren. jadi mungkin mereka baru balik drpd operasi kot. dan pada mula2 saya mengikuti aktiviti berkhemah, saya akan cuba dptkan ration drpd saudara mara yg dgn penuh gembira sedia berkongsi rangsum mereka. terima kasih kpd ar akademik yg sudi berkongsi rangsum terbaru dgn saya.

Tiada ulasan: