semalam saya hadir ke bengkel berkaitan penyelidikan di um. ianya anjuran bersama perkama dan um. saya shj drpd uitm. peserta2 lain adalah drpd kementerian pelajaran.
jangkaan asal 40peserta. tetapi sekolah2 mengadakan kelas gantian utk cuti tahun baru cina. walau bagaimana pun, penceramah/fasilitator bersemangat juga utk kendalikan bengkel. terima kasih dr siti.
saya sempat ke kedai buku um. maklumlah, setelah tidak belajar di um, jarang2 saya ada peluang ke kedai buku, pekan buku um yg utama. bilangan buku2nya berganda2 lebih drpd di cawangannya dan kedai buku uitm. saya sempat membeli 2 buah buku dan satu permainan pendidikan shj. rupa2nya, pada hari sabtu, kedai buku um tutup pada jam 12tgh. dan seorang pelajar um komen bhw harga buku di pekan buku um sekarang dah mahal.
setelah tamat bengkel di um, saya ke amcorp mall. matlamat utama ke kedai buku yg harganya amat2 murah berbanding tempat lain. saya membeli beberapa buah buku di kedai bookexcess selain 2buah buku di gerai2 yg terdapat pd hujung minggu di amcorp mall. keseluruhan kos penambahan koleksi buku saya semalam melebihi rm300. macam ni, 2kali lagi dah sure capai maksima utk pengurangan cukai melalui pembelian buku rm 1000 setahun.
ada buku yg mahal harganya mempunyai nilai ilmu yg setaraf dgn buku yg berharga murah. jadi, harga buku tidak menunjukkan kualiti dan nilai ilmu adalah sejajar dgn harganya. sebuah buku bernilai rm5 semalam mempunyai nilai bg saya melebihi rm100. penjual meletakkan pada harga rm5 kerana bgnya ianya buku lama, nampak tak elok. saya terus membayar utk buku trsebut setelah melihat ringkasan kandungannya, iaitu bagaimana berhutang akan menyebabkan kita sengsara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan