Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Januari 07, 2011

Masa dan Rasa

masa dan rasa. kita rasa kita ada banyak masa. tetapi sebenarnya kita semakin kurang masa di dunia ini. dan masa di dunia banyak melibatkan rasa kita.

rasa marah. rasa sedih. rasa kecewa. rasa gembira. dan pelbagai lagi. setiap masa kita ada rasa yg berbeza. memanglah kita akan rasa tidak suka kpd mereka yg tertentu. tambah2 kalau apa yg mereka buat kita rasa adalah tidak betul. mereka itu kita rasa tidak bertanggunjawab. lari drpd tanggungjawab. tetapi kita rasa mereka ini pula sentiasa lepas drpd keadilan. terlepas drpd penghakiman.

tetapi itu adalah rasa kita sbg manusia. ingatlah kita adalah hamba Allah. dan kita mesti yakin bhw Allah Maha Adil. maka kita perlu kurangkan rasa tidak seronok kpd manusia yg tidak adil, tidak jujur, tidak amanah dsbnya drpd memenuhi pemikiran kita sepanjang masa. berdoalah kpdNya. jika kita berupaya elakkan mereka ini drpd menyusahkan hamba Allah yg lain, maka kita wajib lakukannya.

Tiada ulasan: