Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Januari 02, 2011

Shah Alam Kembali Jam

pagi tadi semasa saya masuk ke uitm utk hadir ke taklimat di fakulti perakaunan, saya dapati bulatan dan pintu masuk utama uitm kembali sibuk. tadi keluarga2 menghantar para pelajar uitm.

ada yg baru kali pertama di uitm. teragak2 jalan yg hendak dipilih dan diikuti. dan spt biasa, ada yg dari hala pintu utama meredah shj ke kolej seroja tanpa menghiraukan tanda 'no entry'. bahayanya pemandu2 ini. dan mereka menunjukkan contoh yg kurang baik kp ahli keluarga di dlm kereta dan mereka yg memerhati. adakah sikap pemandu ini mencerminkan pelajar uitm dlm kereta tersebut? saya harap tidak.

semasa dlm perjalanan balik dari uitm, lalulintas di jalan2 lain di shah alam juga sibuk semula. pelajar2 lama yg duduk di luar uitm juga sudah kembali berada di shah alam. pesan saya, jaga keselamatan anda semasa memandu, menunggang motorsikal, menaiki bas dan kenderaan lain, atau berjalan kaki. janganlah mereka yg mempunyai harapan terhadap anda menangis kerana kecuaian atau kekurangan ilmu anda semasa berada di jalan dan di uitm. selamat kembali ke uitm.

Tiada ulasan: