diantara tugas sebagai pensyarah di uitm melibatkan menghadiri mesyuarat. mesyuarat akademik dan bukan akademik. semalam mesyuarat penasihat2 peers dgn ajkt peers 2011. mesyuarat dgn peers tamat pada jam 7.20ptg. saya hadir sbg seorang drpd penasihat peers.
pagi tadi mesyuarat utk bengkel fakulti sains sukan dan rekreasi. ianya dipengerusikan oleh dekan. setiausaha adalah penolong pendaftar pentadbiran. pengurus bengkel adalah td hepa. selain saya, yg turut hadir adalah tda dan ppp. saya hadir sebagai membantu pengurusan bengkel.
selepas itu saya bermesyuarat dgn wakil obs. pihak obs diwakili oleh pengarah eksekutifnya, 2 graduan fsr dan seorang staf lain obs. fsr diwakili oleh dekan, ppp, ketua program sr113 dan pm dr anuar suun, doktor perubatan fsr. saya hadir utk membantu obs mendapat iso.
esok petang saya akan hadir mesyuarat berkaitan kualiti akademik di ined. pengarah uhek, sebagai wakil uhek akan memberi taklimat. ined akan diwakili oleh pengarah ined, kesemua timb pengarah, ketua2, timb pendaftar, penolong pendaftar dan beberapa koordinator. saya hadir sbg ketua unit pengurusan kualiti ined.
jadi, menjadi seorang pensyarah di uitm bukan bermakna bertugas sepenuhnya berkaitan akademik di bilik kuliah atau makmal shj. jika diperlukan, utk uitm, maka kita akan hadir ke mesyuarat dan pelbagai utk penambahbaikan kualiti akademik uitm dan nama baik uitm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan