kita biasa dengar orang berkata 'kita makan untuk hidup'. tetapi kita juga biass dengar ada yang 'hidup untuk makan'.
apa perbezaan diantara keduanya? makan utk hidup bermakna kita hanya makan utk membolehkan kita hidup. tetapi hidup utk makan bermakna kehidupan kita berkisar utk makan shj. walau bagaimana pun, yg penting apa yg kita makan mestilah halal. mestilah drpd rezeki yg halal.
ada mungkin pandai berdolak dalih. ada mungkin pandai bercakap. ada mungkin pandai mengkaburi orang dgn jawatan. ada mungkin pandai menipu dgn tidak bercakap benar kerana mengambil peluang melalui kepercayaan orang lain kpdnya. maka mereka gunakan peluang dan kemahiran yg ada utk mendapat rezeki secara tidak amanah.
tetapi mereka inilah melayu mudah lupa. mereka lupa kpd tugas dan tanggungjawab di uitm. maka apabila diberi tanggungjawab, mereka abaikan. mereka pecah amanah. pelajar hanya mengikut shj sebab pelajar percaya atau buat2 percaya apa yg pensyarah buat adalah betul. dan ini menyebabkan mereka makin lupa kpd Allah. bersamalah kita berdoa kita tidak tergolong dan dijauhi drpd tergolong dlm golongan manusia yg mudah lupa kpd Allah. apabila dah digulung dgn kain kafan, masa sudah terlambat utk kita menyesal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan