tadi semasa kelas kaunseling sukan utk kumpulan sr223 4s2, saya mainkan dikir barat oleh halim yazid. dua buah lagu dimainkan, pesan mak dan bangkit asal. saya minta pelajar2 saya utk menghayati maksud dikir barat yg dimainkan.
ada yg faham. ada yg tak faham. sebab dikir barat adalah dlm bahasa melayu kelate. saya cuba kaitkan dgn kursus ps 550 dan pembentangan oleh para pelajar. saya cuba kaitkan juga dgn pelajar dan keberadaan mereka di uitm. ada yg faham. ada yg tak.
dlm kaunseling, kesedaran atau 'awareness' adalah antara matlamat utama. kaunselor ingin sedarkan klien akan potensi mereka utk menjadi lebih baik drpd sekarang. ebgitu juga dgn seorang pensyarah akan cuba menyedarkan pelajarnya akan potensi mereka di masa hadapan. kesedaran memerlukan seseorang itu bersedia utk sedar dan berubah. jika seseorang tidak ingin sedar, memang susahlah utk mereka berubah.
setiap drpd kita bebas membuat keputusan. dan kita mesti faham bhw dgn keputusan yg kita buat, kita mesti bertanggungjawab ke atas hasilnya. janglah disalahkan orang lain.
1 ulasan:
memang susah nak faham bila communication medium jadi barrier.
tapi sir dah tolong translate juga untuk kami kan :D
Catat Ulasan