semalam saya di pulau pinang. saya menaiki kapal terbang jam 6.55pagi ke pulau pinang. saya naiki kapal terbang jam 4.20ptg ke subang kerana kemudiannya saya perlu ke kuala tahan, pahang. saya mendapat tugasam ke pulau pinang pada pagi jumaat. semasa bermesyuarat hal mobiliti. mula2 rasa keberatan. tapi kemudiannya kerana tugas, saya maklumkan kepd bos saya bhw saya kan ke sana pada hari ahad.
alhamdulillah, banyak manafaatnya. ianya juga pelaburan berkaitan tugas saya di jim. saya berkesempatan bertemu dan berkenalan dgn ramai bos2 sumber manusia. antaranya dari khazanah, epu, pemandu dan pelbagai organisasi lain. kebanyakan drpd industri eletrik dan elektronik. saya juga berpeluang berkenalan dgn bos mida di pulau pinang. beliau telah ditemuduga oleh datuk saudara saya semasa beliau memohon utk bekerja di mida.
tugas saya memasarkan graduan dan bakal graduan uitm. dan ianya turut melibatkan mendapatkan tempat utk latihan industri bagi pelajar uitm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan