setelah rehat sekejap setelah sampai dari pulau pinang, saya bertolak ke kuala tahan, jerantut. nasib baik seorang adik saya sudi menemankan saya memandu ke sana. perjalanan mengambil masa hampir 5jam termasuk berhenti makan di jerantut.
saya memilih bertolak sehari sebelum perjumpaan diantara jkkk kuala tahan dan jk taman negara uitm. ini utk mengelakkan saya drpd tergesa2 dan memandu laju utk mengejar masa jika saya bertolak pada pagi isnin. walau pun perjalanan lebih lama drpd biasa dan hujan di tengah2 perjalanan, ianya tidaklah stres kpd saya. kami sampai hampir jam 12tgh malam. dan hanya tidur setelah jam 1pagi kerana berbual2 dgn wakil jkkk dan wakil sebuah yayasan.
keesokannya, perjumpaan bermula lambat drpd dijadualkan. seorang drpd jk uitm hanya dpt berlepas dr rumahnya selepas subuh. dan perjumpaan berjalan selama 3jam lebih, hampir kpd 4jam. banyak perkara dibincangkan. insyaallah, hasrat asal utk uitm bekerjasama dgn jkkk kuala tahan akan berjaya. insyaallah dgn sokongan yayasan kerabat pahang. antara khidmat masyarakat akan melibatkan kebersihan di kuala tahan dan taman negara yg akan dibantu oleh peers uitm shah alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan