setiap peserta ke forum eum-cci diberikan salinan laporan 2010 eum-ci. terdapat pelbagai bidang yg dilaporkan. kesemuanya berkaitan meningkatkan hubungan perdagangan diantara kesatuan eropah dan malaysia.
diantara bidang utama dibincangkan semasa forum adalah pengurusan sumber manusia. laporan turt menyatakan kebolehpasaran graduan malaysia. ianya juga menyentuh hubungan akademia dan industri. ia berkaitan dgn kehadiran kami mewakili jim dari uitm.
antara komen negatif adalah penguasaan bahasa inggeris oleh graduan malaysia. ini menjejaskan peluang pekerjaan dan motivasi syarikat eu melabur di malaysia. pelajar ipt digalakkan menjalankan latihan industri utk tempoh yg lebih lama utk bersedia ke alam pekerjaan.
ada juga komen drpd peserta yg merasakan bhw sebahagian drpd pelajar ipt sebenarnya tidak sepatutnya berada di ipt. begitu juga dgn tenaga pengajar di ipt. terdapat ipt yg ditubuhkan bukan utk tujuan pendidikan tetapi lebih kepada perniagaan. industri memerlukan lebih ramai tenaga kerja 'semi-skill' iaitu pekerja di peringkat bawahan. lambakan graduan ipt menyebabkan lebih ramai di pasaran kerja utk peringkat pengurusan. maka ini mungkin sebab ramai yg menganggur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan