minggu ini saya mula membuat rumusan utk kaunseling dlm sukan. diantara terapi yg dikongsi pada sem ini adalah yg menyatakan kepentingan persekitaran yg sesuai utk menggalakkan perkembangan seseorang.
ini bukan shj utk sesi kaunseling. ianya juga berkaitan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, ipt dsbnya. ianya juga berkaitan di tempat kerja. manusia akan berkembang ke arah yg positif berdasarkan hubungannya dgn persekitarannya. dan antara elemen2 dlm persekitaran adalah pemimpin, rakan sekerja dan staf bawahan kita.
struktur adalah penting dlm organisasi. ianya membantu warga organisasi mengetahui hubungkait diantara tugas dan tanggungjawab. maka jika struktur organisasi tidak jelas, ianya boleh mengganggu keberkesanan dan kecekapan kerja.
seorang pemimpin perlu mempunyai kemahiran interpersonal yg cemerlang. jika seorang pemimpin tiada kemahiran ini yg merangkumi kemahiran berkomunikasi, jawabnya beliau tidak layak jadi pemimpin kerana tiada yg ingin dipimpin olehnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan