Bermula dgn bertugas di Desa Ilmu, Perak 5-7 dis, saya sambung bertugas di royale bintang seremban, 8-10dis. insyaalah saya akan bertugas di le meridien, kl 13-15dis.
tugasan pertama utk teambuilding. tugasan kedua utk audit laporan kendiri. tugasan ketiga sebagai penunjuk arah tetamu konferens. dan sepatutnya pada 26-28dis saya di resort di kuala tahan, tetapi kerana majoriti ahli pasukan bercuti, terpaksa ditangguhkan.
yg berat apabila bertugas di resort dan hotel adalah badan saya. walaupun aktiviti fizikal saya cuba lakukan, tetapi input sumber tenaga lebih besar drpd output sumber tenaga. maka kesannya, berat bertambah. sebenarnya saya ada pilihan. dan keputusan di tangan saya. dan manusia akan mudah tergoda dgn nafsu. apabila melihat hidangan yg tersedia pada setiap kali waktu makan/rehat, saya tewas.
komen seorang staf, 'cebad dan naik 2inci'. maka saya perlu lebih berpeluh drpd biasa utk kurangkan berat badan. pilihan adalah utk sihat atau sebaliknya.
1 ulasan:
alamatnyer cebab sentap jer sumer mknan yg ader depn mate....bestuhhh...jgn membaziaq
Catat Ulasan