Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Disember 17, 2010

Daftar AC990

setelah 7 hujung minggu bertugas, di dlm dan di luar uitm, esok saya mempunyai hujung minggu utk diri saya. walau bagaimana pun, hujung minggu ini masih berkisar di uitm dan sekitar shah alam.

insyaallah, esok saya akan mendaftar sebagai pelajar ijazah kedoktoran perakaunan, fakulti perakaunan uitm (ac990). saya mula mendaftar sebagai pelajar itm pada 1985. sebagai pelajar diploma lanjutan pada 1989. sebagai pelajar program profesional pada 1992. sebagai pelajar diploma lepasan ijazah pada 1996(atau 1997 atau 1998, tak ingat). dan saya mendaftar sbg pelajar sarjana pada 2006.

tetapi program yg saya daftar sbg pelajar pada 1992 dan 1996/97/98, saya tak tamat. kalau tak, selepas nama saya akan ada spt berikut: dip accountancy (itm), adv.dip accountancy (itm), macpa, postgrad dip in system analysis (itm), master foresic accounting & financial criminology (uitm). dan sebenar bagi seorang ahli akademik, kelulusan di peringkat ijazah sarjana kedoktoran adalah kelayakan yg diimpikan.

doa dan harapan saya, di kad perniagaan saya akan tertera spt berikut:
Badrul Hisham bin Hussein
PhD Accountancy (UiTM), C.A.(M).
Insyaallah.

Tiada ulasan: