tadi saya bergambar dgn kedua ibubapa saya. saya mengambil peluang bergambar dgn mereka sebelum mereka salin pakaian setelah balik dari kenduri.
kami bergambar dgn saya memakai jubah master uitm. kami tidak dpt bergambar semasa konvo pd 25nov 2010 kerana mereka berdua berada bersama adik saya di jerman. jadi saya simpan dulu jubah uitm yg sepatutnya dihantar sehari selepas konvo. maka kesannya, denda rm30 + (rm2x hari lewat dihantar)= rm30 + rm36 (18hari lewat) = rm66. takpela, bukan tiap2 hari dpt jubah master uitm utk saya bergambar dgn kedua ibubapa saya.
ini adalah kali ketiga saya bergambar dgn kedua ibubapa saya utk konvo di itm/uitm. saya pernah bergambar dgn baju melayu penuh (dulu2 itm graduan diploma tak pakai jubah). saya dah bergambar dgn jubah itm bersongkok (diploma lanjutan). dan alhamdulillah, kali ini dgn jubah master uitm. insyaallah,saya doakan agar saya dpt bergambar dgn kedua ibubapa saya dgn berjubah phd uitm.
kedua2 mereka banyak memotivasikan saya utk mencapai kejayaan dan kelayakan tertinggi dlm akademik. terima kasih tidak terhingga kpd mereka berdua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan