khutbah jummat tadi di masjid ss19 subang jaya berkaitan memberi jawatan kpd mereka yg beramanah. antara contoh diberi bagaimana ada yg memegang jawatan memberi balik jawatan kerana takut tidak dapat menjalankan amanah.
siapakah mereka yg beramanah, yg boleh melakukan tugas dan tanggungjawab dgn amanah? kenapakah amanah itu penting dlm menjalankan tugas? bagaimanakah hendak menentukan seseorang itu boleh menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn amanah? ini satu tajuk yg menarik utk phd kot.
secara kasarnya, ramai drpd kita inginkan jawatan, harta dsbnya. kita lupa bahawa semua itu adalah amanah kpd kita yg perlu kita lakukan dgn baik utk dikembalikan kpd tuan pemilik sebenarnya iaitu Allah. kalau perkataan biasa kita gunakan adalah kita perlu lakukan 'accounting' utk terangkan kpd pemilik sebenar bagaimana kita jalankan tugas dan tanggungjawab kita sebagai pemegang amanah. kalau bahasa melayu lama,perakaunan bolehlah disamakan dgn 'hisab'. pandangan anda?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan